Dec 11, 2008

kelebihan kayu sebagai binaan (C 1022)

. Dec 11, 2008

Kelebihan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan struktur yang lain:
· Mempunyai ratio kekuatan berbanding berat yang tinggi;
· Mempunyai nilai estetik yang tinggi;
· Mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik;
· Bolek dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi;
· Mudah di ubah bentuk (modify) semasa ditapak binaan;
· Mudah di guna semula;
· Mempunyai insulasi terma dan insulasi bunyi yang baik;
· Mempunyai ketahanan fizikal yang baik apabila menghadapi kejutan (shock) ssecara tiba-tiba (seperti gempa bumi atau kekuatan angin yang tinggi);
· Penyelangaraan yang mudah dan murah;
· Mempunyai harga yang baik apabila menjadi bahan buangan (scrap) ;
· Boleh menghadapi tekanan penggunaan (wear and tear) dengan baik dan mempunyai jangka hayat yang tinggi jika dirawat dengan bahan pengawet tertentu;
· Mempunyai pelbagai jenis kekuatan bergantung kepada jenis kayu, sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan;
· Pengeluaran kayu tidak memerlukan pengunaan tenaga (energy) yang tinggi.

Kekurangan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan lain:
· Ketahanan yang lemah terhadap serangan fungi dan serangga (anai-anai);
· Ketahanan yang lemah terhadap api;
· Kemampatan (compression) kayu lemah apabila mengalami tekanan yang bersudut tepat dengan urat kayu

1 comments:

Anonymous said...

Sgt bermanfaat.. terima kasih.