salam.
hari ni saya akan bincangkan berkaitan "PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT"
persoalannya di sini;
berapa lama kita hidup di dunia ini?
berapa banyak perkara yang kita belajar sehingga umur kita hari ini?
berapa banyak sistem/peringkat pendidikan kita lalui sehingga hari ini?
berapa banyak kurikulum kita dah lalui?
berapa banyak sijil@kelayakan akademik telah kita perolehi?
namun, semua persoalan di atas bukanlah merangkumi semua "alam pendidikan kita" sebenarnya.
pada saya, pendidikan seumur hidup atau lebih dikenali sebagai long life learning ini dikategorikan kepada 3 aspek iaitu:
1) pendidikan formal
2)pendidikan non-formal
3)pendidikan in-formal
apa yang dikatakan sebagai pendidikan formal?
pendidikan formal ialah pendidikan yang melibatkan kurikulum tertentu cth : upsr, pmr, spm, sijil, diploma, degree, master sampai phd
apa yang dikatakan pendidikan non-formal?
pendidikan non formal ialah sebarang bentuk pendidikan berbentuk kursus jangka pendek, ceramah, kuliah jumaat, bengkel penampilan diri, seminar, persidangan, taklim, tazkirah dan sebagainya yang lebih bersifat terbuka penyertaannya.
apa yang dikatakan pendidikan in formal?
pendidikan in formal ialah pendidikan yang diperolehi hasil dari penerapan nilai oleh masyarakat terutama olah ibu bapa, keluarga, persekitaran kerja, majikan, kawan-kawan, internet dan lain-lain. pendidikan in formal ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seseorang kerana pengaplikasian pendidikan formal dan non formal hanya akan berjaya jika pendidikan ni formal ini berjaya. nilai-nilai agama, pengalaman, kasih sayang, nilai kemanusiaan dan rasa jiwa berTUHAN perlu diterapkan dalam diri seseorang sejak kecil lagi sebelum melalui pendidikan formal dan non formal.ia juga dikenali sebagai pendidikan secara tidak langsung.
jelas di sini, pendidikan sepanjang hayat ialah pendidikan yang menitikberatkan kesepaduan antara pendidikan formal, pendidikan non formal dan pendidikan in formal. tidak bermakna jika seseorang itu mempunyai phd sekalipun, jika dia tidak mempunyai jiwa kehambaan pada Tuhannya. dan tidak wajar juga jika seseorang itu hanya memberikan tumpuan kepada meningkatkan pencapaian pendidikan formal sahaja tanpa melengkapkan diri dengan pendidikan non formal dan pendidikan in formal. kita sebagai manusia biasa perlu sentiasa "bersedia belajar dan diajar" kerana kita tidak sempurna. penuhkan ilmu di dada dengan pelbagai ilmu kerana hanya dengan ilmu kita akan berjaya. ilmu tentang kehidupan dan ilmu tentang akhirat sama pentingnya kerana hidup ini adalah persinggahan dan apabila tiba masanya nanti, kita akan sambung perjalanan ke akhirat yang kekal abadi.
wasalam.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
0 comments:
Post a Comment