Mar 22, 2009

kenduri arwah Mohd Azlan (sepupu sblh hubby)

. Mar 22, 2009
0 comments

salam.



hujung minggu hari tu (sabtu) aku bersama family menghadiri kenduri arwah di rumah mak saudara. ramai org dtg termasuk saudara mara terdekat dan jiran tetangga. memang best kenduri macam nih sbb dapat berkumpul dan bertanya khabar setelah lama tak jumpa. kesempatan ini aku gunakan sebaiknya untuk belajar tentang kehidupan sosial masyarakat kampung.



jika nak dibandingkan kehidupan di kampung mertua dengan kampung aku (kampung ikm aka ikatan kasih mesra) memang banyak sangat bezanya. nama sj kampung tapi kehidupan sudah jauh moden.

antara juadah yang dimasak secara gotong royong dalam majlis itu ialah
1. gaging masak kicap (diperap dengan rempah sblm dimasak)
2. masak lemak cili api nenas + ikan sepat masin)
3. asam pedas ikan selar
4. ayam gornag salut tepung

pencuci mulut

1. tapai pulut 9mme kesukaan aku)
2. tembikai
3. puding mangga (mak lang bikin)
4. kuih muih yang dibawa oleh jiran2 dan ditempah dari kedai.

selesai bacaan tahlil+yasin jamuan makan. memang seronok sbb golongan kanak2, muda dan tua sama2 beramah mesra..gitu lah kemanisan ukhwah :-) sempatlah aku bertanya resipi puding mangga mak lang yang sedap tuh...hehehe.

p/s : gotong royong atau rewang (kata org jawa) memang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. tp golongan muda skrg semakin lupa yer. lebih2 lagi jika tinggal di bandar mahupun kampung yang dh mengamalkan kehidupan bandar macam aku...

Read More »»

Mar 20, 2009

zaman sekolah rendah (dedikasi buat kwn2 ex-srtm dan cikgu2)

. Mar 20, 2009
0 comments

sekolah rendah merupakan sekolah pertama aku. aku tidak mendapat pendidikan sekolah tadika seperti kawan2 yang lain. adik beradikku 10 orang hanya adikku yang bonsu sahaja yang bersekolah tadika. mungkin disebabkan tinggal di kampung dan keluarga kurang senang kami tidak bersekolah tadika. lebih2 lagi sekolah jauh dari rumah.

bila bercakap tentang sekolah rendah aku rasa SANGAT SERONOK!!!

aku bersekolah di sekolah rendah kebangsaan tengku mahmud. 1988-1993

lagu sekolah aku masih igt sampai sekarang

SRTM sekolah berjasa
mendidik kami semua
pada guru-guru yang tercinta
mendidik kami semua
restuilah srtm
majulah sekolah yang dipuji


kelas aku di srktm - i kenanga,2 kenanga, 3 kenanga, 4 seroja, 5 seroja, 6 seroja.

semasa darjah satu, aku sangat seronok belajar dan suka g sekolah. walaupun tak g sekolah tadika, tp cikgu byk membantu. aku suka g sekolah sbb ramai kawan. dari kecik lagi aku nih memang suka berkawan.kawan2 masa darjah satu - nasha, zana, liza, zafirah,linda, juwairi (dah meninggal dlm kemalangan),yani dan ramai lagi. aku paling suka time pjk sbb dapat main lari2 dan cikgu kelas masa tu cikgu zainab. tak tau lah ada lagi ke tak sbb dia sebaya dgn arwah ayah. jika ada skrg umur 69 thn. rumah dia dekat dgn sekolah. mmg best darjah 1k.

semasa darjah 2, aku lagi seronok sbb cikgu kelas aku teacher umi kalsom n dia ajar english. aku selalu dapat 100% markah. aku mmg seronok belajar. memori aku tak leh lupa aku kena chicken pot ms darjah 2 nih sbb berjangkit dgn zanariah abdul majid. dia duk sebelah aku jer dalam kelas. aku suka g berkawan dgn bdk2 pendidikan khas (bisu dan pekak) kat sebelah kelas aku. menarik berkawan dgn mereka. dpt belajar bahasa isyarat. ada gak yg ensem.hehehe darjah 2 dh pandai skodeng.hahahaha... :-)

semasa darjah 3, lagi seronok cikgu kelas cikgu yasnizah. memang seronok. teacher masyitah pun seronok. yang tak boleh lupa bila aku berjaya poser penuh dan dapat hadiah pencil case dua tingkat yang sgt menarik. di perbuat daripada besi...fuh....terima kasih cikgu. masa nih juga wakil sekolah hoki. becoz of aku exam dapat no3, cikgu yasnizah bg hadiah buku stamp album yang sangat menarik sampai sekarang aku simpan.waktu lapang aku suka main lompat getah kt depan kelas.seronok.... :-) masa darjah 3 nih lah aku masuk pertandingan bercerita tajuk " ayam togel" memang kelakar cerita nih. sampai satu sekolah panggil aku tikah ayam togel.terkentut..pu put put put.....lawak habiissss.ces..kurang asam siap panggil aku ayam togel. ayam togel tuh cerita knk2 aku hafal rentetan dari cerita kanak2 dari radio yang aku dengar kalu tak salah Radio RTM kOTA bAHRU segmen bakat kecil. sekali aku dengar terus aku hafal dan masuk pertandingan kat sekolah. aku dpt no.3. hahahaha cikgu kata aku dpt no3 sbb aku ikut ketawa sama dgn penonton ms bercerita. (tak kisah kita tak dapat no 1, yang penting kita tahu kenapa kita tak jd juara)

darjah 4-6 aku sambung nanti post satu lagi yer :-)

p/s : zaman sekolah rendah memang seronok...bermakna dan ceria.

Read More »»

bangga jadi bekas pelajar SRKTM (UPSR 93)

.
0 comments

Besut muncul daerah terbaik UPSR di Terengganu

BESUT 13 Nov. - Sebanyak 615 daripada 3,723 calon dari 52 sekolah rendah di daerah ini berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang diumumkan hari ini.

Pencapaian itu membolehkan Besut muncul sebagai daerah terbaik di negeri ini dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmud terus unggul sebagai sekolah terbaik di daerah ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tuan Yusof Tuan Sulaiman berkata, seramai 72 daripada 175 murid SK Tengku Mahmud berjaya memperoleh 5A diikuti Sekolah Kebangsaan Kampung Raja dengan 56 daripada 134 muridnya memperolehi 5A.

Menurutnya, 13 calon SK Tok Motong pula memperolehi 5A diikuti Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh dengan 34 daripada 132 muridnya memperoleh 5A.

''Sekolah lain yang mencatatkan 5A ialah SK Pusat Jerteh (32 orang), SK Tengku Mahmud II (27 0rang) dan SK Kampung Baharu (23 orang)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, anak kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Besut yang belajar di tiga buah sekolah turut tersenarai dalam bilangan murid yang memperolehi keputusan 5A.

Mereka ialah anak kepada bekas Menteri Besar yang juga ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh iaitu Umi Kalthum yang belajar di SK Tengku Mahmud serta anak ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof iaitu Amir Hakim yang belajar di SK Tengku Mahmud II.

Seorang lagi ialah anak ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad iaitu Fatin Noraina yang belajar di SK Darau.

Idris turut menyampaikan slip keputusan peperiksaan UPSR dalam satu majlis di SK Tengku Mahmud anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Read More »»

Mar 19, 2009

azzahra

. Mar 19, 2009
0 comments


gambar ni aku hasilkan semasa menghadiri kursus asas fotoshop hari tu. melihatkan perkembangan dan pertumbuhan anak bermula dari hari pertama di lahir memang menakjubkan.

anakku lahir pada tanggal 4 jun 2006. kami namakan dia nur fatimah azzahra sempena nama puteri Rasulullah dan penghulu wanita syurga.

4 jun 2006
lahir di hospiatl besar seremban dengan berat 2.9kg.

17 Ogos 2006
ara dh boleh meniarap.

20 November 2006
ara dah boleh duduk dan mula merangkak

16 Januari 2007
ara dah boleh menyebut 'abah' n 'mama'

4 April 2007
ara dh boleh berjalan

30 Mei 2007
ara dah berlari

2007-2009 - menyaksikan perkembangan positif ara berkat rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih lagi Pemurah........ara semakin bijak belajar banyak perkara baru. semoga menjadi anak yang solehah. amin.

kalu tengok raut wajah ara nih aku tgk mcm muka abah dia masa kecik2 dulu. tp ada juga yang kata muka mcm aku. tp yg paling ketara watak dia sebijik watak aku.itu memang tidak dapat disangkal lagi.

yang aku risau skrg nih ara kurang makan nasi. makan pun sikit jer. dia sgt suka makan coklat bar (cadbury) dan ais krim.

kalu aku marah, dia akan cakap... " mama kata mama sayang ara. tp kenapa mama marah ara?mama tak sayang ara ker?" aduh...sukar nyer..then aku jawab, " mama sayang tapi ara buat salah mama marah lah. kalu tak nak mama marah, dengar ckp mama"...

kalu nak tido, dia kata " mama, jom tido" tp bila dia dh mula nk tido kt pangkuan aku, dia lasak, terus sepak aku lah...hehehe lawak pulak. tadi ajak tido tp sepak2 lak.huhuhuh...

ara oh ara... penyeri hidup mama.

Read More »»

cuba2

.
0 comments

Read More »»

cuba2

.
0 comments



Read More »»

team building kelab jka @ pantai poly - 14 feb 09

.
0 comments

All the participants of jka team building
the chairman of civil eng club with committee (jalil wif fazli)
ice breaking (is it melting?)


taaruf session




Read More »»

calis 2009

.
0 comments

in group activities (ADK)
tough assignment

part of committee members


all participants of calis



as i promised before, this is few pictures of program CALIS which was organized by Civil Engineering Club on last 22nd february.

Read More »»

rindu sayang mama

.
0 comments

sayangku,
sehari tidak berjumpa denganmu tersangat lah rindu pada mu anakku... masih terngiang2 suaramu bercakap dlm telefon denganku malam tadi.. " mama...ara nak gi umah mama..." dia terus menangis...aku pun mcm nk nangis gak...sunyi betul malam tadi tanpamu di sisi...macam apa jer duk kat umah sorang2 tgk tv mcm tgk wayang.ishh....bosan takder tempat nk bergurau senda.anakku, mama pun rindu kamu. tidak lain yang ku mahu hanya kamu dalam hidup ku.
sabarlah wahai anakku, esok kita berjumpa insyaAllah sayangku...

Read More »»

kursus asas fotoshop

.
0 comments

salam.

yesterday and today (rabu dan khamis) aku telah melalui satu kursus iaitu asas fotoshop. instructor ialah en samsul and en fizi. that was very interesting course as well. thanks to them.

semoga ilmu ini boleh di praktikkan nanti :-)

p/s : al ilmu bi laa amalin kassyajarin bi laa thamarin.... ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah... falsafah arab :-)

Read More »»

kursus teknologi mobile

.
0 comments

salam.
hari isnin n selasa hari tu aku sertai kursus teknologi mobile. instructor nya tn haji isham shah yang sekarang nih tgh sambung phD kt ukm. memang mencabar kursus ni. al last, terhasillah satu laman web menggunakan telefon bimbit
http://www.nuratikahseman.param.mobi.com/

alhamdulillah.sesungguhnya ilmu Allah sangat luas. bersama lah kita obses mencari ilmu di dunia ini agar kehidupan lebih bermakna. :-)

p/s : ilmu adalah cahaya... cahaya atikah :-)

Read More »»