Jan 10, 2019

APABILA JADI IBU

. Jan 10, 2019
0 comments

Apabila jadi ibu
Tengah mandi pun anak kecil ketuk pintu
Tanya ini dan itu
Ada saja yang tak kena nak diadu
Adoi mama nak mandi ni nak oi

Apabila jadi ibu
suapan makanan di bibir mulut kita, tapi anak nak
kita tak jadi makan
kita suap anak dengan makanan itu

Apabila jadi ibu
Apa-apa yang kita masak kita fikirkan anak nak makan apa
Sukakah dia
Habis ke dia makan
Alergi kah dia

Apabila jadi ibu
Pergi pasaraya nak beli barang kita
Kerap berakhir dengan beli barang anak
Barang kita nanti-nantilah dulu

Apabila jadi ibu
Nak pergi ke mana-mana
Fikir sukakah anak
Selesakah anak
Apa dia boleh buat di sana

Apabila jadi ibu
Kita hampir tiada hobi
Kerana hobi kita semua tentang anak

Apabila jadi ibu
Anak seolah segala-galanya
memenuhi ruang hidup kita

Walau diuji macam-macam tentang anak
Anak sakit
Anak alergi
Anak nakal
Anak merajuk
Anak meragam
Anak tidak seperti yang kita harapkan
Anak tak boleh berenggang dengan kita

Dan kita masih di sini
teguh berdiri bersama anak-anak

Dengan kasih melimpah ruah
Dengan sayang kadang tidak terluah
Dengan tabah tiada mempamer resah
Dengan usaha tidak mengenal payah

Kerana 
Apabila jadi ibu
Sebenarnya,ibu adalah segalanya bagi anak

" A happy mother will lead to a happy family"

Ibu adalah hati rumahtangga
 there is no one can love you like mother
 ibu akan terus melindungi kalian
pelbagai karenah ibu telan

Read More »»

Jan 8, 2019

NOZEL PAM TENDANG

. Jan 8, 2019
0 comments


Buat pertama kalinya hari ini  9 Januari 2019 mama dapat  isi minyak penuh tangki dengan nilai RM71.99 untuk kereta 1.8 cc. Selalunya RM50 tu baru separuh tangki.

Setelah sekian lama sejak 4 tahun tak pernah lagi isi minyak penuh dengan harga begitu. Terkejut mama pagi ni pergi isi minyak yang tinggal satu bar di bawah. Selalunya apabila mula isi dengan satu bar tinggal di bawah, RM90 lebih baru penuh . Memandangkan mama dapat tahu harga minyak Ron 95 sudah turun, tak ingat berapa banyak turunnya, jadi mama hulurkan RM80.

Sedang syok isi minyak, tiba-tiba nozel pam tu menolak keluar dan terus menendang beberapa kali. Kali kelima menendang mama terus panggil pekerja dan menggamit mereka keluar. Sebab mama tidak pernah ada pengalaman nozel pam minyak tendang begitu. Dalam kepada mama ada juga terfikir “Eh, takkan dah penuh kot? Baru RM70! Tak pernah macam ni weh.”

Sebaik pekerja tu datang, dia terangkan bahawa itu tanda tangki dah penuh dan mereka akan mengembalikan baki RM8 tu kepada mama.

Wah, ini sudah bagus!

Mama senyum, meletakkan semula nozel pam semula di tempatnya, menutup tangki minyak dan terus berjalan ke kaunter dan mengambil baki RM8 itu.

Mama gembira!

“Enjoy a simple thing”


Read More »»

Jan 7, 2019

LATIHAN PENGUCAPAN AWAM UNTUK CALON MPP 2019

. Jan 7, 2019
0 comments


Pada hari Sabtu lepas 5 Januari 2019, mama diminta oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar memberikan pengisian kepada 41 orang calon MPP Polipd. Tajuk yang diberikan kepada mama ialah Pengucapan Awam atau dalam Bahasa Inggeris kita panggil Public Speaking. Tajuk ini antara tajuk kegemaran mama selain dari tajuk kepimpinan, komunikasi berkesan dan motivasi.

Slot diberikan kepada mama ialah semalam 120 minit. Mama bahagikan slot kepada 5 bahagian iaitu :
1)     Pengenalan ( 5 minit )
2)     1 minutes talk  iaitu setiap peserta ke depan berucap selama 1 minit ( 49 – 60 minit termasuk masa    berjalan ke pentas utama )
3)     Analisis bakat 13 pengucap awam terbaik. ( 20 minit )
4)     Perkongsian berkaitan tips pengucapan awam. (30 minit)
5)     Kesimpulan ( 5 minit )

Berikut adalah gambar semasa mama tengah beri penerangan. Semasa mereka bercakap ( 41 orang) tiada gambar disertakan.

Mama kongsikan 3 perkara yang paling penting sebagai Pengucap Awam yang baik.
1) Kandungan ( isi )
2) Kejelasan suara (bahasa, nada dan intonasi )
3) Gaya dan Penampilan (rupa diri, keyakinan diri dan eye-contact)

Seramai 13 orang dilihat dapat menjadi pengucap awam yang baik. Semoga semua peserta dapat input yang berguna dan memperbaiki teknik masing-masing untuk jadi pengucap awam yang lebih baik. Apa yang mengejutkan ialah semua 41 orang tidak membawa dan memegang sebarang  nota bertulis semasa berucap. mereka berucap dengan yakin dan spontan walau ada yang kali pertama ke depan bercakap.

Mama doakan semua dapat berkempen dengan berkesan dan menang pilihanraya kampus pada 9/1/2019 nanti.

          “ Pemimpin itu perlu benar dan berani ”






Read More »»

POST PERTAMA 2019 - BENTO

.
0 comments

Minggu lepas bermulalah satu penghijrahan anak-anak di sekolah baru. Sekolah baru mereka ni memang padat pelajarnya. Semasa waktu rehat pagi, anak mengadu terpaksa beratur panjang dan masa untuk makan sangat pendek kerana masa dihabiskan untuk beratur.


atas asbab inilah, mama dengan gigih dan rasa gembiranya mula memasak bekal kepada anak-anak untuk tahun 2019. Perancangan mama menu minggu ini ialah seperti berikut :

Isnin – nasi putih + ayam masak kicap
Selasa – kue tiaw goreng + naget
Rabu – sanwic telur 
Khamis -  mee goreng + sosej
Jumaat – nasi goreng

Sudah dua hari berjaya buatkan bekal untuk mereka. Harap dapat memudahkan anak-anak belajar dengan lebih baik dengan adanya bekal kasih sayang dari mama.

Terima kasih kepada kawan-kawan fb yang selalu lalu ‘wall’ mama dengan gambar-gambar bento.  Seperti Norsilawati, Nora Aurora, Isha Baizura dan ramai lagi. Ia sesungguhnya memberi inspirasi kepada mama. Mama mulakan dengan sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan. Bangun pun perlu lebih awal dari biasa.

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

*Cuma mama ada satu masalah. Sejak dua hari ni, mama dapati periuk nasi mama ambil masa hampir 1 jam untuk masak nasi . Selalunya 20 minit je. Fuh! Kena fikirkan alternatif ni.


Bekal untuk abah

bekal untuk mama - lebihan malam tadi mama panaskan.

makan malam tadi

tak suka tau kena tunggu 60 minit untuk nasi.

bento anak-anak dengan gembiranya.

Read More »»

Jan 26, 2017

Eksplorasi Antarabangsa United Kingdom : London

. Jan 26, 2017
0 comments

Pada Ogos 2013 yang lalu, mama berkesempatan ke London, United Kingdom :-)
Mari kita layan gambar-gambar berikut :
Hari pertama :










Hari kedua :























Read More »»
.
0 comments

assalamualaikum dan selamat petang semua...


selepas 5 tahun mama melahirkan aisyah al humaira. hari ni mama buat satu post yang bermakna.asiyah akandapat adik insyaAllah bulan tiga nanti.

hari ni 27 februari 2017 mama check up sempena 36 minggu mengandung anak keempat. insyaallah kali ni bayi lelaki ikut apa yang doktor scan. hari ni mama kena cucuk att (anti tetanus) untuk cegah kancing gigi. due date kalu ikut kiraan ialah pada 20 februari 2017 (sama dengan tarikh birthday mama) dan ikut tarikh scan ialah 1 mac 2017. tak kisahlah bila-bila baby lahir di antara dua tarikh itu. mama berdoa semua selamat dan mudah.

semua persiapan untuk bayi dah ada. yang belum cukup hanyalah beberapa item lagi untuk mama iaitu :
1. nursing bras
2. set selepas bersalin NR
3. losen halia mustajab
4. gel mandian serai wangi afiat
5. pad over night
6. minyak afiat/ mestika/bayini

dan kemas beg mama..beg baby dh siap. beg mama je belum. harap dapat siapakan menjelang 37-38 minggu ni nanti.

sekarang cuti tahun baru cina. mama dan abah je kat rumah. anak-anak kat kampung dengan nenen dan atuk mereka.

Ok nanti mama sambung lagi ye.


Read More »»

Apr 23, 2014

Lawatan Kerja ke Jakarta Indonesia

. Apr 23, 2014
0 comments

pada bulan jun 2013 yang lalu mama telah ke jakarta untuk menyertai Lawatan kerja di antara politeknik Port dickson bersama Institut Sains Teknologi Nasional Jakarta ISTN.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang mama di jakarta.


































































>>> wonderful memory in Jakarta :-)

Read More »»