Jul 30, 2011

ramadan

. Jul 30, 2011
0 comments

hari ni sabtu.terasa sgt malas nak buat kerja-kerja rumah seperti biasa. basuh baju, masak sarapan, masak lunch, sapu lantai, mop lantai, lipat bj...byk lagi...tp hari ni.mama mcm bercuti.duk umah dgn anak2. tengok tv bersama azzahra dan alfatih. makan apa yang ada je. sbb abah ke kl seharian.

 dengan harapan dapat habiskan masa bersama anak-anak sebab minggu lepas mama out station. bermula khamis minggu lepas ke politeknik merlimau bagi ceramah coaching and mentoring di sana bersama kak mala dan en arman. then jumaat ke bentong pahang ceramah event management di dusun eco resort. isnin bersiap ke uniten. selasa - khamis berada di uniten untuk menyiapkan modul coaching untuk politeknik bersama pasukan coach yang lain.

jumaat semalam di pejabat ada kenduri tahlil sempena nak sambut ramadan. juadah sedap terutamanya nasi dagang yang di bawa oleh liza, soto dan banyak lagi.
mama berharap ramadan kali ni mama dapat teruskan aktiviti seperti biasa terutamanya penyusuan fatih. risau juga kerana ramadan tahun lalu fatih kencing berdarah sebab susu mama kurang akibat puasa. masa itu fatih baru dua bulan lebih. sekarang fatih dah setahun lebih dah makan nasi dan lain-lain. harap Allah mudahkan.


Azam Ramadan kali ni:
- tambah ibadat sunat
- khatam Quran
- pengepaman di pejabat 2 kali
- sahur tak tinggal
- minimumkan beli juadah berbuka (hanya dua kali seminggu)
- kumpul duit untuk beraya di kampung bersama saudara mara... dah lama takjumpa anak sepupu nurul huda akmal
- kurangkan makan - kurangkan paling kurang 2 kg sebulan ramadan.
- nak ajar fatimah azzahra berpuasa sebab solat dia dah pandai.

semoga Allah beri peluang ramadan kali ni puasa penuh juga seperti tahun lepas :-)

>>>abah minta ramadan ni tak beli jaudah kt bazar, tp mama tak sanggup sbb sgt rindu kuih akok dll yg mama tak tahu masak.

Read More »»