Dec 10, 2012

mencari makna

. Dec 10, 2012
0 comments

assalamualaikum.

siapa kah kita sebenarnya?
adakah kehidupan kita bergantung kepada selama mana kita hidup?
apa makna kehidupan kepada kita?

kehidupan sama sekali tidak bergantung kepada selama mana kita hidup atau banyak mana harta yang kita miliki.

tapi kehidupan ialah sejauh mana kita memaknakan masa dan harta yang ada untuk orang di sekitar kita. itulah kehidupan, bermakna kepada yang memberi. dan terus memberi sebanyak-banyaknya.

setiap masa dan harta yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita pasti dipersoalkan di akhirat kelak.
mama sedaya upaya cuba untuk menggunakan dua perkara ini sebaiknya kerana hidup ini hanya sementara, jadi manfaatkanlah masa yang ada ini kerana ia akan diambil bila-bila masa sahaja. masa adalah antara nikmat yang jarang disyukuri. insaf bila fikirkan tentang ini.

andai dapat ku undurkan putaran dunia. apabila telah mati kelak, org yg baik akan menyesal kerana tidak dapat membuat kebaikan dengan lebih banyak dan org yang tidak baik menyesal kerana tidak berbuat kebaikan di dunia. semua tentang masa.


benarlah manusia itu dalam keadaan kerugian jika tidak tahu kenapa kita hidup di muka bumi ini.

seringkali kita lupa. jagalah 5 perkara sebelum 5 perkara.
  • masa sihat sebelum masa sakit
  • masa kaya sebelum miskin
  • masa lapang sebelum sibuk
  • masa muda sebelum tua
  • masa hidup sebelum mati.

>>>apa yang paling jauh??? sudah pastinya masa lalu. dan cukuplah mati itu sebagai peringatan bagiku.

Read More »»

Dec 9, 2012

sudah masanya

. Dec 9, 2012
0 comments

assalamualaikum

tahun 2013 nanti sudah pastinya mendambakan satu jadual perancangan yang jitu. mama berazam tahun ni nanti akan ada beberapa perkara yang mama lebih outstanding dari biasa. memandangkan tiada rezeki mama untuk mencuba kerjaya baru sbg PTD, jadi mama akan lakukan yang terbaik tahun 2013 untuk permulaan kepada satu transformasi diri selepas berehat selama dua tahun. tahun 2009 boleh dikatakan tahun yang cemerlang bagi mama kerana tahun tersebut kelab jka menang kelab terbaik selama dua semester berturut-turut. tahun itu juga mam mengandung anak kedua dan tahun 2010 mama melahirkan muhammad al fatih. tahun 2011 pula mama mengandung , tahun 2012 mama melahirkan aisyah al humaira. 2010,2011 dan 2012 dianggap mama sebagai tahun melahu/berehat mama dari aktiviti membangunkan modal insan secara langsung.

perancangan 2013:

januari - bengkel coaching and mentoring fasa 1
februari - seminar pembentangan intelek ppd
mac- kursus protokol dan event management jka (permintaan dari unit senibina)
april - hari jka (projek pelajar)
mei - tack force ppd - 40 think tank ppd (orang muda)
jun - kursus interpersonal skill fasa 2 - lanjutan dari program di bukit tinggi 2011

julai - alumni talk series jka
ogos hingga december  - ppd and jka coaching series

mama sangat berharap agar Allah permudahkan segala perancangan mama dan team mama untuk bersama manfaatkan kemahiran mama untuk membantu organisasi ppd khususnya jka supaya lebih trampil dan cemerlang. mama perlukan sokongan dari semua pihak bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar. sudah sampai masanya untuk ATIKAH SEMAN kembali proaktif dan responsif terhadap apa jua cabaran mendatang, inshaAllah. :-)

>>> jika kembali aktif, diharapkan juga badan semakin ringan untuk bergerak aktif :-)

Read More »»

Dec 8, 2012

mama masih di sini

. Dec 8, 2012
0 comments

assalamualaikum

mama masih di sini.
lamanya mama tidak menulis di sini. nak dikatakan sibuk, sibuk juga. tapi sebenarnya jika nak menaip boleh je. puteri mama sudah berusia 7 bulan dan masih fully breastfeeding, alhamdulillah. semenjak pindah dirumah baru, banyak betul perubahan yang berlaku terhadap diri mama. dan yang paling ketara ialah mama sangat penat bila berada di rumah selepas balik dari kerja. tapi mama cuba juga memasak makan malam untuk keluarga mama.

jiran-jiran mama semuanya baik-baik. syukur sangat. cuma masih belum berkesempatan nak berziarah dengan lebih kerap. selalu juga bertukar juadah. aduh cakap pasal jiran teringat pasal jiran lama mama iaitu kak wani yang telah selamat melahirkan baby boy awal november hari tu. mama masih belum lagi pergi ziarah. nak sangat tengok kak wani dan bb boy baru ni. namanya muhammad nafi kalau tak salah. minggu depan mama mesti pergi!insyaAllah.

kak huda pun dan balik dari berkelana di bumi china. rindu nya kat kak huda dan famili nya ,abg tajul dan anak2 lelakinya. kak huda masuk kerja januari ni. mama ada niat nak gi ziarah kak huda dan masih mencari masa yang sesuai.

tentang kerja pula mama sangat sibuk sepanjang november dan dicember ni bermula siapakan markah pb pelajar, pergi membuat lawatan pelajar li, menanda paper final, menyiapkan analisis item dan xcompile, mesyuarat sana sini, siapkan kertas kerja untuk program 2013 dan banyak lagi. pergh kerja2 ni mmg tidak pernah selesai.

dan yang PALING MAMA GEMBIRA ialah
hari ni bermula 10 am hingga 1pm mama menghadiri usrah helwa dan mesyuarat helwa ABIM di seremban. ada pengisian dan perkingsian yang bermanfaat. mama membawa semua tiga anak mama. abah menguruskan rumah tangga hari ni. anak2 mama perlu dibiasakan dengan suasana majlis ilmu seboleh mungkin. walau susah juga memandu ke seremban with the 3 kids, tapi mama puas hati sebab inilah mujahadah namanya. petang tadi selepas asar sepatutnya mama ke perhimpunan youth for gaza anjuran ABIM  tapi puteri mama yang 7 bulan tidur sepanjang petang dan tidak jadilah mama ke sana. insyaallah ada peluang mama akan sertainya. balik rumah tghri tadi abah sudah siapa kemas rumah. sapu, mop, lipat kain, jemur kain dan memasak. pergh mmg suami mithali lah. dahsyat abah.

>>>hidup ini perlu berjuang, walau susah kerana syurga itu amatlah manis :-)

Read More »»

Aug 5, 2012

kembali ke blog

. Aug 5, 2012
2 comments

alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di bumi Allah ini. sekarang dah bulan ramadan. ni entry pertama mama sejak mama bersalin pada 25/4 yang lalu. sekarang sudah 3 bulan berlalu barulah mama berhasil menjenguk dan membuat entry dalam blog ni. macam-macam perkara berlaku dalam tempoh 3 bulan ni. perkara yang paling besar ialah :
- bersalin aisyah al humaira
- mama cuti bersalin 3 bulan dan dah naik kerja pun 1 ogos yang lalu
- urusan pindah ke rumah baru kami iaitu Teratak Cinta di bandar spring hills
semoga Allah bg kesempatan untuk mama terus menulis di blog kesayangan mama ni :-)

> badan dah mula rasa sakit-sakit mungkin sebab kerja berat masa pindah rumah.

Read More »»

Apr 17, 2012

signature kitchen dan grille

. Apr 17, 2012
4 comments

semasa entry ini ditulis. mama dan abah baru balik dari rumah baru yang kami beli di bandar spring hill. ada temujanji dengan signature kitchen yang nak datang untuk ukur dry kitchen untuk dipasang kabinet dapur. rasa lega sangat sebab dah selesai satu fasa iaitu tempahan kabinet dapur.

satu lagi yang kami selesaikan hari ini ialah tempahan grill untuk satu rumah. syarikat yang kami pilih ialah lee welding iaitu kedai di spring hill. selepas membayar deposit tadi kami singgah di yuvana ambil sebut harga untuk peralatan elektrik.

jadi sekarang ni hati mama sedikit lega sebab hal kabinet dapur kering dah setel dan begitu juga hal grill rumah. cuma tunggu mereka siapkan sahaja. dalam masa tiga minggu dijanjikan siap. insyaAllah semoga dipermudahkan semuanya. walaupun sudah 39 minggu ni kandungan mama, tapi tetap gagahkan diri juga untuk melihat rumah baru kami bersedia untuk menerima kehadiran kami sikit masa lagi.

>>> grill warna putih dan kabinet dapur punwarana putih. mama tersenyum gembira. nantikan saja hasilnya nanti.

Read More »»

Apr 12, 2012

kalau boleh

. Apr 12, 2012
0 comments

kalau boleh mama nak gembirakan sahaja hati menjelang persediaan bersalin kali ini. dan mama juga amat mengharapkan agar orang-orang di sekeliling mama juga boleh menjaga hati dan menggembirakan mama. mama tidak mahu stres dan disusahkan dengan hal-hal yang menyebabkan mama susah hati. tolonglah Ya Allah.

Read More »»

29 april 2012

.
2 comments

29/4 ini adalah tarikh due utk kelahiran kali ini. cuma tinggal 14 hari saja lagi. semakin dekat dengan tarikh due, hati mama semakin berdebar-debar. apa pula kisah kali ini. jika masa azzahra di tahun 2006 dulu, mama terpaksa di bedah kerana poor progress due to oligo (masalah kurang air ketuban) dan al fatih pada tahun 2010 dulu dipaksa bersalin awal iaitu minggu ke 37 kerana masalah yang sama air ketuban sikit dan bayi disyaki mengecut di dalam rahim dengan saiz yang kecil sahaja 2.6 kg. hasil dari ujian ultrasound bersama doktor pakar pada minggu ke 36 iaitu 2 april yang lalu, air ketuban ok dan bayi pun ok. jadi kita tunggu sahaja tanda dan kesakitan bersalin normal atau hasil keputusan temujanji pakar o&g di htj pada 20 april ini.
rasa sudah tak larat dah mama ni. bukan tak larat dengan kandungan ni. tp tak larat dengan kerja-kerja menyiapkan kerja-kerja sebelum mula bercuti nanti :-)

Read More »»

menunggu hari

.
0 comments

mama masih lagi menunggu detik2 kelahiran adik azzahra wal al fatih ke dunia ini. sekarang sudah masuk 38 minggu. 20 april nanti temujanji  bersama doktor pakar kt hospital seremban. tiap kali kawan-kawan tanya nak bersalin dimana. mama tak tahu nak jawab apa. kalau diikutkan hati ini, mahu sahaja terbang balik ke terengganu bersalin di negeri kelahiran mama. tapi jarak jauh perjalanan balik kampung boleh menjadikan mama stres :-( 

Read More »»

Apr 5, 2012

sayangilah diri

. Apr 5, 2012
1 comments

 carilah kehidupan yang membahagiakan, bukan yang menyakitkan :-) jika tidak dapat membahagiakan orang lain, janganlah menyusahkan orang lain :-) hidup perlu diteruskan dengan diisi dengan pengisian yang bermakna, bukan dengan alasan dan kekecewaan akibat kesilapan masa lalu dan kejahilan yang tidak sudah. carilah pencerahan dalam diri agar kehidupan lebih membahagiakan diri demi mencipta masa depan dunia dan akhirat yang lebih bermakna. jauh dari segala kesempitan dan kedukaan.

Read More »»

sangat teringin

.
0 comments

mama sangat teringin melakukan sesuatu. tapi ada sesuatu yang menghalang mama dari melakukannya. sampai bila mama nak tahan hasrat di hati mama ini?

Read More »»

selesai sudah temuduga ptd m41

.
3 comments

minggu lepas 29 mac ialah tarikh mama di temuduga untuk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik m41. hari tu mama apply cuti dari bos. pagi2 lagi bos dh hantar mesej mengatakan mama boleh apply cuti tanpa rekod :-) tapi malas lak nk isi.
temuduga ni kt wisma negeri. abah yang hantar dan abah pun cuti juga hari tu. sampai kt sana tepat pk8 dan mama dapat no giliran terakhir iaitu no9.

secara keseluruhannya proses temuduga tu berjalan lancar. setengah jam mama ditemuduga oleh dua panel. seorang nama dato' abd rahman dan tuan saadon :-) dato ialah pemangku pengerusi spa. mmg pengalaman orangnya. memang mama dah agak dah mereka akan 'belasah' mama tentang hal berikut :
1. u dah gred 44 skrg, so kenapa nk jd ptd gred 41?
2. u tak takut ke jika dpt bos lebih muda?
3. tak sayang ke jika kena tinggal suami n anak2 sbb posting kerja jauh? sedangkan sekarang u dh selesa dan ramai org di luar sana nak berada di tempat u skrg.
4. u adalah aset penting tempat kerja u skrg. u tak sayang k?
 dan mcm2 lg soalan yg sememangnya mmg mereka uji kesediaan mama menghadapi apa jua kemungkinan tukar kerjaya dari DH44 skrg ke M41 as ptd nanti jika ada rezeki :-)

so secara keseluruhannya. semua ok :-)

>>> penat mama study ttg obama lah, pm lah, persidangan liga arab lah...perjanjian pakistan n us lah...aduh yang ditanya hanya ttg hal peribadi mama je. adoi... tak berapa mencabar IQ tapi mencabar EQ :-)

Read More »»

Feb 19, 2012

hari ni birthday mama yang ke 31

. Feb 19, 2012
1 comments

hari ni 20 februari 2012 adalah ulangtahun kelahiran mama yang ke 31. dan semasa entry ini ditulis mama baru sahaja balik dari lunch date dgn abah di secret recipe.

on the way back, abah tanya. apa azam awak sempena birthday ni?

mama tanpa teragak-agak menjawab " untuk lebih berjaya"  sesuai dgn doa2 seharian kita tiap kali lepas solat. kurniakanlah kebaikan/kejayaan di dunia dan akhirat ;-)

amin.

>>>januari - februari 2012 : keputusan pac ptd (berjaya), keputusan kenaikan pangkat (berjaya), urusan pembelian rumah di bandar spring hill (berjaya), join consultant cac sbg penceramah dan master trainer (berjaya). alhamdulillah permulaan 2012 yang baik. semoga Allah izinkan untuk mama semakin berjaya :-)

Read More »»

persiapan menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga kecil kami

.
6 comments

masa anak pertama: Nur fatimah azzahra binti Noorhafiz (umur sekarang 6 tahun)
mama mula beli barang untuk persediaan menyambut kelahirannya seawal usia kandungan 6 bulan. boleh dikatakan persediaan amat sederhana. lebih-lebih lagi masa tu mama baru mula kerja. jadi duit pun tak berapa nak ada. setiap bulan ambil duit simpanan rm100 untuk membeli barang bayi. beli sedikit demi sedikit mana yang penting je.  antara yang masih diingat ialah kain lampin, baju bayi jenama fiffy warna biru,sarung tangan dan kaki fiffy, selimut, botol susu, berus botol susu, tisu lembab, tuala jenama fiffy, beg anakku, baju anakku, changing mat, bantal dll. set tilam kekabu di taja oleh ibu dan kain bedung warna biru kartun dan putih ditaja oleh mak mertua. tempat duduk bayi dalam kereta dibeli apabila sudah dapat gaji sebab gaji tunggakan mama dapat semasa dalam pantang. jadi, masa dalam pantang tu banyak jugalah barang bayi yang dibeli termasuk jugalah buaian dan lain-lain.


masa anak kedua : muhammad al fatih (umur sekarang 1 tahun 8 bulan)
memandangkan jarak kelahiran kedua ini 4 tahun dan rasa keterujaan untuk membuat persediaan lebih meriah. lebih-lebih lagi ekonomi mama sudah stabil. banyak betul barang bayi yang dibeli seolah-olah nak sambut anak sulung pulak. bila dapat tahu bayi yang bakal lahir ialah lelaki, banyaklah baju baru dibeli sebab baju yang lama tidak sesuai lagi.memang banyak lah pakaian bayi yang dibeli. bila dihitung keseluruhannya pakaian bayi baru dengan yang lama ialah hampir 30 pasang. yang mama baru beli ialah dalam 10 pasang. disamping baju, mama juga mula shopping online. barut,bedung dan baju bayi mama shopping online. bengkung bersalin pun beli online.memang banyak jugalah habis untuk kelahiran kedua.

masa anak ketiga : jantina belum diketahui (umur sekarang 7 bulan di dalam perut mama)
genap setahun umur al fatih mama mengandung lagi. cepat pula kali ni. bagus juga sebab mama memang suka anak ramai. sabtu lepas kami sekeluarga ke jaya jusco. membeli barang-barang bayi. mama sudah rancang untuk beli yang penting je kali ni. sebab barang-barang bayi semasa kelahiran al fatih dulu masih elok lagi. cuma tambah sepasang baju (untuk sambut bayi dalam bilik bersalin), sepasang sarung kaki dan sarung tangan, dua helai tuala, selimut. semua ni untuk persediaan semasa di hospital sahaja. mama juga beli 2 helai kain bedung (di taska nanti memang sangat berguna bedung untuk kegunaan setiap hari sebab bayi dalam bilik penyaman udara 8pg-5ptg). persediaan menyusu pula mama hanya perlu beli ice pack dan storage ebm. dua benda ni belum beli. takpe beli lewat sikit sebab nak guna bila dah kerja nanti selepas cuti 3 bulan.
setakat ini, bajet untuk menyambut kelahiran bayi ketiga ini sangat sedikit :

tisu lembab pureen -4.40
set mandian dll baby johnson - 8.90
sarung kaki dan tangan anakku - 6.90
seluar pureen- rm8.41
tuala - 10.90
baju pureen - 9.26
selimut bebe - 24.90
pet pet disposable diaper NB 56 - 29.90
minyak yuyi- 5.20
minyak bayi - 3.50
kain bedung 2 helai - 9.00
Jumlah = rm120.60

bajet ni besar kemungkinan akan bertambah lagi :-) itu belum persediaan untuk mama semasa dalam pantang nanti. insyaAllah minggu ni akan scan baby. semoga selamat semua ;-)

>>>makin besar keluarga makin bermakna kehidupan ini dan makin bertambah tanggungjawab menjaga dan mendidik amanak Allah ini :-)

Read More »»

Feb 15, 2012

tahniah!anda dinaikkan pangkat.

. Feb 15, 2012
3 comments

KEPUTUSAN PEMANGKUAN PPPT GRED DH44


Makluman : Berikut adalah keputusan pemangkuan PPPT GRED DH44 .





Status Keputusan : TAHNIAH.. ANDA BERJAYA





Nama Staf : NUR ATIKAH BINTI SEMAN

No. KP : *************


Jawatan Baharu : PENSYARAH, PPPT DH44

Gred Memangku : DH44

Penempatan Baharu : POLITEKNIK PORT DICKSON

Tarikh Kuatkuasa Memangku : 26hb Januari 2012

Lapor Diri : Anda dikehendaki melapor diri di penempatan baharu pada tarikh 16hb Februari 2012. Surat penyiaran pemangkuan akan dikirim dalam masa terdekat.



Status Lapor Diri : Belum Lapor Diri


>>> mama tersenyum syukur :-) alhamdulillah. terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah, suami, keluarga, tn haji kharir, hj asri, Encik Hassan, Hajah Zaleha, kak ani, kak nik, kak asiah, kak daz, kak jijah, kak ziela, kak liza, en shahrul, en reduan, kak yati, kak ayu, kak yusra, kak diha, fakhriah, kak ina.kak huda, semua pensyarah senibina, pensyarah awam, penasihat2 jpp, rakan2 coaches politeknik, rakan2 abim, pkpim, ex uthm, guru2 srtm, smkatj, uthm/kuittho/ittho, byk nya nama2 yang mama perlu berterima kasih di sini. tanpa anda semua. kejayaan ini tidak bermakna :-)




--------------------------------------------------------------------------------

Read More »»

Jan 31, 2012

tahniah!anda lulus pac ptd gred m1-1

. Jan 31, 2012
3 comments

Assalamualaikum.

semalam 31 januari 2012 mama masuk ofis setelah lama out station kep ulau pangkor dan cuti rehat sehari pada hari isnin kelmarin. bila buka emel ada emel yang menyatakan keputusan pac ptd sudah keluar.

dan apabila mama klik, ini lah hasilnya :
Semakan Keputusan Assessment Centre

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-1


No. Kad Pengenalan : **************
Nama Penuh : NURATIKAH BINTI SEMAN


Tahniah! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 09/11/2011.
 
 >>hati mama rasa gembira dan syukur. terus call abah. tapi rasa gembira ini tidak lama kerana tiba-tiba terfikir. betul ke aku ni???????????selepas hampir 7 thn jadi pensyarah nak tukar profesion jadi ptd lak. gred m41 tu. sekrang mama tgh tunggu keputusan kenaikan pangkat dh44. so apa2 yang jadi pun kita cuba yang terbaik. semua itu adalah pengalaman. kita merancang, Allah juga merancang. dan perancangan Allah adalah lebih baik :-) dua step sudah lepas (peperiksaan bertulis dan pac) dan sekarang tunggu step terakhir sahaja iaitu temuduga. semoga segalanya berjalan lancar.

Read More »»