Dec 17, 2008

malam pra graduasi jka

. Dec 17, 2008

Malam Pra Graduasi JKA

Pada 28 November 2008, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson telah mengadakan Malam Pra-Graduasi JKA. Majlis Makan Malam ini sertai oleh pelajar semester akhir dan para pensyarah JKA bertempat di Ruang Legar Dewan Kuliah 5. Program ini bertujuan untuk meraikan pelajar kursus kejuruteraan awam dan senibina yang akan menamatkan pengajian mereka dan mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah JKA.

Dalam program ini juga, pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Kelab JKA yang baru iaitu untuk sesi Januari 2009 telah dijalankan. Di samping itu, acara cabutan bertuah dan hadiah best costume untuk kategori pelajar, pensyarah dan si cilik (anak-anak pensyarah) merupakan acara kemuncak untuk majlis makan malam yang berkonsepkan pakaian tradisional warna hijau, putih dan hitam ini. Semoga Malam Pra-Graduasi JKA ini meninggalkan seribu satu kenangan manis untuk pelajar JKA yang bergelar graduan nanti.

Oleh: Puan Nuratikah Seman - jka

0 comments: