Dec 17, 2008

hari senibina 2008

. Dec 17, 2008

Hari Senibina 2008


Unit Senibina Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan program Hari Senibina 2008 pada 23 Oktober dan 24 Oktober 2008. Antara objektif program itu ialah untuk memberi memberikan pendedahan kepada semua pensyarah dan pelajar senibina dari semester satu hingga semester enam berkaitan asas kemahiran melukis lukisan perspektif, teknik mewarna menggunakan pelbagai media iaitu pen marker, cat air, pensel warna dan sebagainya.

Bengkel melukis dan mewarna ini dikendalikan oleh pakar ilustrasi iaitu Ilustrator terkenal, Saudara Jomaithir dari AJ Reka. Beliau telah banyak mengendalikan bengkel berkaitan senibina dan telah menjayakan beberapa projek senibina dan ilustrasi sama ada di peringkat dalam mahupun luar negara.

Dalam program ini juga, para pensyarah dan pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan paparan untuk persembahan (presentation board) yang baik sama ada dari segi rekabentuk dan juga reka letaknya. Di samping itu, Hari Senibina ini dilaksanakan bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Unit Senibina dan seterusnya mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah senibina.

Program yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Pihak penganjur dan peserta berharap agar program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dengan lebih mengfokuskan kepada teknik dan kemahiran melukis dan mewarna di kalangan pelajar senibina terutama pelajar semester satu dan dua.
Oleh: Puan Nuratikah Seman-jka

0 comments: