Dec 3, 2008

SIKAP SEORANG PEKERJA

. Dec 3, 2008


salam.

apa pandangan kalian berkaitan seorang pekerja? mestilah bila ada pekerja mestilah ada majikan kan. so setipa pekerja sama ada sektor swasta atau kerajaan sudah mestinya patut dan taat pada majikan. patuh dalam erti kata yang sebenar ialah mengamalkan sifat ASERTIF dalam kerja yang dilakukan.

apa itu asertif?

mungkin ini adalah perkataan baru bagi kita..kita sudah biasa dengan perkataan pasif dan agresif kan. pasif ialah sifat seorang pekerja yang tidak pernah atau takut memberikan maklum balas setiap kali tugasan diberikan oleh majikan mereka. golongan macam ni bahaya utk setiap organisasi kerana akan berlaku "makan dalam" atau memendam rasa...

hal ini berbeza pula dengan agresif... yang mana agresif seorang pekerja ialah ciri-ciri pekerja yang "asyik komplen.....elak kerja...tak puas hati...dsb"

ASERTIF ialah jalan penyelesaian bg kedua-dua ciri yang disebutkan di atas di mana pekerja yang asertif ialah melakukan seseuatu kerja berdasarkan keupayaan diri dengan bersungguh2 dan sentiasa positif dalam menerima tugasan yang diberikan oleh majikan. jika beliau mampu, beliau akan laksanakannya dan jika tidak mampu beliau akan berbicang dengan majikan hal sebenarnya...tanpa perlu MEMENDAM RASA atau pun KOMPLEN memanjang...

so bersama jd pekerja yang asertif yer.. :-)

0 comments: