harga minyak dah turun. masa 4 june 2008 hari tuh naik sampai rm2.70 perliter berbanding rm1.92 perliter sebelum tu. sekarang disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia, harga minyak jatuh teruk sehingga rm1.90 perliter. tapi harga barang tetap naik. walaupun kerajaan dah berbuih mulut minta peniaga turunkan harga barang. nak naik senang, nak turun punyalah liat!
sekarang harga getah dh turun dari rm4 (masa naik dulu) hingga sekarang rm0.80 sahaja. bagaimana agaknya org2 kampung yang bergantung hidup pada hasil menoreh getah sahaja?dulu masa harga getah melambung tinggi, ada yang sanggup berhenti kerja dan kerja menoreh getah.
tadi aku pergi ke pasar uk beli ikan. punya lah terkejut harga ikan selar RM13 per kg. ikan kembung pun RM13 per kg. bayangkan aku beli ikan 5 ekor saiz sederhana saja dgn harga RM7.60!which is mean seekor ikan RM1.52!!! minggu lepas aku beli ikan kembung saiz besar baru RM6 perkg. ikan segar lagi. ikan tongkol pulak yang besar RM8 perkg.dalam seminggu harga ikan naik (daripada rm6 menjadi rm13) kira2 117%...
udang dan sayur kt tesco masih murah lagi.aku cadangkan kalu nk beli udang (saiz sederhana - rm9.99 perkg) dan sayur seperti bayam, sawi, cili merah, cili api, bawang2,cili kering baik beli kt pasaraya tesco, murah dan segar. tapi ikan dah tak segar kt tesco. takde pilihan dah memang kena beli kt pasar. ayam pun sama, kt tesco kurang segar. kerang kt tesco murah gak cuma rm0.90 perkg.
so, plan our bujet yar!
p/s - tiap kali g tesco, memang wajib beli udang..murah tuh..
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
0 comments:
Post a Comment