SEMINAR INTELEK DAN HARI PRODUK JKA 2008
Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson telah mengadakan Seminar Intelek dan Hari Produk JKA 2008 pada 21-23 Mei 2008. Matlamat program ini ialah untuk memupuk budaya menyelidik di kalangan pelajar-pelajar disamping meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran di dunia pekerjaan.
Program yang melibatkan semua staf dan pelajar JKA ini juga diharap menjadi pemangkin kepada pensyarah-pensyarah politeknik melibatkan diri dalam budaya penyelidikan yang kini kerap diberi penekanan.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini ialah Ceramah “Kecemerlangan Melalui Budaya Penyelidikan” yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM iaitu Prof. Dr. Ir Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad, Ceramah “Sumber dan Dana Peruntukan Dalam Menjalankan Kajian” dari wakil MIGHT iaitu Major (B) Zailani, Ceramah “Kerjaya dalam Kejuruteraan Awam” oleh PM IR Azizan bin Aziz dari UTHM, ceramah “Hala Tuju Pendidikan Dalam Senibina” oleh Encik Zulkefli Ismail dari Politeknik Sabak Bernam, pembentangan projek akhir pelajar, aktiviti Senamrobik dan Ceramah PROSTAR.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Port Dickson iaitu Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim pada 21 Mei 2008. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan sesuai diadakan pada setiap semester sebagai satu usaha meningkatkan kualiti produk JKA dan inovasi di kalangan pelajar dan pensyarah JKA.
Oleh: Puan Nuratikah Seman -jka
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
0 comments:
Post a Comment