Dec 17, 2008

seminar personaliti jka

. Dec 17, 2008

Seminar Personaliti Unggul dan Pengurusan Stress Anjuran JKA

Pada 26 September 2008, Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan Seminar Personaliti dan Pengurusan Stres. Program ini disertai oleh 120 orang peserta yang terdiri daripada semua staf JKA dan 60 orang staf dari JKE, JKM, JMSK,JP dan Unit Pentadbiran Politeknik Port Dickson.

Antara objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada semua peserta mengenali karakter personaliti masing-masing berdasarkan Ujian Personaliti Dr. Sidek Noah dan menganalpasti kaedah mengurus tekanan dengan baik. Penceramah yang mengendalikan seminar ini ialah Kaunselor Berdaftar iaitu Cr. Shamsul Bahrain bin Haron dari Politeknik Shah Alam.

Pengisian seminar ini ialah Inventori Ujian Personaliti Dr Sidek Noah yang dijalankan oleh semua peserta, kupasan karakter setiap jenis personaliti dan kaedah-kaedah menangani stres dengan baik. Seminar ini berjalan dengan lancar dan telah berjaya mencapai matlamatnya.

Diharapkan seminar seperti ini dapat diteruskan lagi dengan memberi penekanan terhadap potensi yang ada dalam diri setiap peserta berdasarkan ciri personalit masing-masing untuk dibangunkan pada masa akan datang.

Oleh: Puan Nuratikah Seman - jka

0 comments: