CALIS – Anjuran JKA
Program Seminar Gaya Hidup Kampus –Campus Lifestyle (CALIS) telah dijalankan pada 24 Februari 2008 bertempat di Dewan Kuliah 5, Politeknik Port Dickson. Seramai 50 orang pelajar lelaki dan 58 orang pelajar perempuan telah menyertai program ini yang terdiri dari pelajar semester satu kursus Diploma dan Sijil Kejuruteraan Awam dan Diploma dan Sijil Senibina.
Pengisian program ini adalah ceramah “Mengenal Personaliti” oleh Cr. Shamsul Bahrain bin Haron dari Politeknik Shah Alam dan Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK)yang dikendalikan oleh PBKJ dan AJK Kelab JKA yang terdiri daripada pelajar senior JKA.
Hasil dari maklum balas peserta, program ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, mengenali personaliti masing-masing dan mengeratkan hubungan antara pelajar baru dan lama dan PBKJ JKA.
Oleh : Puan Nuratikah Seman-jka
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
1 comments:
CALIS..
rindu la masa join CALIS dulu..
dpt abg fitri jadi fasi..pastu time jungle trekking, abih kena ragging kat check point abg dat..tapi best!
Post a Comment