TIPS FOR FINAL - JKA
Pada 22 November 2008, Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan satu program iaitu “Tips Fir Final”. Program ini merupakan program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan dengan kerjasama Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam. Peserta program ini ialah semua pelajar semester satu JKA dan beberapa orang pelajar semester dua JKA yang dikenalpasti mempunyai masalah akademik.
Matlamat program ini adalah untuk sebagai satu persediaan dan menambah keyakinan di kalangan pelajar JKA terutama pelajar semester satu dalam menghadapi peperiksaan akhir sesi Julai 2008. Antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah Ceramah Kenapa Peperiksaan Diperlukan, Ceramah Strategi Menghadapi dan Menjawab Soalan Peperiksaan, Ceramah Strategi Mengulangkaji dan Teknik Belajar, Teknik Menangani Panik Semasa Peperiksaan dan Apa perlu Dilakukan Selepas menduduki Peperiksaan.
Hasil dari analisis program yang dijalankan, para pelajar amat berpuas hati dengan pengisian yang telah diberikan dan amat praktikal sebagai sesuatu yang berguna untuk mereka menghadapi peperiksaan akhir. Program ini juga disertai oleh Penasihat Akademik pelajar semester satu dan dirasmikan oleh Pemangku Ketua Jabatan JKA, En Hassan bin Siraj.
Harapan penganjur adalah seminar seperti ini dapat dijalankan pada setiap semester sebagai satu langkah membantu pelajar mencapai kejayaan khususnya dalam bidang akademik terutama kepada pelajar semester satu JKA. Peningkatan program pada masa akan datang perlu dilaksanakan dengan mengaplikasikan pelbagai pendekatan yang lebih efektif seperti melibatkan pelajar senior JKA sebagai pemudahcara program.
Oleh- Puan Nuratikah Seman- jka
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
0 comments:
Post a Comment