Curi Milo untuk anak
POLIS menahan lelaki yang mencuri Milo di sebuah kedai runcit di Kampung Sireh, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Mencuri Milo untuk keperluan anak di rumah. Begitulah dakwaan seorang kakitangan kerajaan yang ditahan kerana mencuri dua bungkus Milo di sebuah kedai runcit di rumah pangsa Kampung Sireh di sini semalam.
Walaupun merayu-rayu untuk dilepaskan tetapi lelaki yang mendakwa berasal dari Pasir Mas dan bertugas di Kota Darulnaim itu dibelasah oleh orang ramai.
Suspek ditahan pemilik kedai runcit itu selepas perbuatannya disedari oleh pemilik kedai tersebut.
Pemilik kedai runcit terbabit, Abdullah Zakaria, 61, berkata, selepas melihat lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu berada dalam keadaan mencurigakan dia menahan lelaki itu.
“Saya melakukan pemeriksaan di dalam jaket yang dipakainya dan menemui dua bungkus Milo bernilai RM15 yang cuba dibawa keluar,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian meminta bantuan anaknya dan penduduk kampung supaya menahan lelaki terbabit sebelum menghubungi polis.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
p/s : Ya Allah, berikanlah rezeki yang secukupnya untuk kami sekeluarga sehingga kami tidak perlu meminta-minta dan jauh sekali melakukan perkara dosa..amin
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
0 comments:
Post a Comment