hari ni 4 jun. birthday ara.kek kami dah tempah semalam. kami plan nak raikannya malam nanti bersama keluarga yang lain. hari nih kami ke pasir mas sbb nk hadiri jemputan kenduri kawen abg fizi (ofismate).
sepanjang perjalanan ke sana kereta kami riuh rendah dgn suara bdk2. kakak, ain, kakchik n ara sudah cukup menggamatkan suasana petang tu. dlm perjalanan, perut lapar pulak jadi kami singgah beli kuih baulu n akok kt tepi jalan kt kota bahru. air pulak takder.kering pulak tekak nih. sabar jer lah. selepas 1 jam setengah perjalanan, sampailah kami di rumah pengantin. rumah betul2 selepas round about.apa lagi, selepas jumpa pengantin lelaki (pengantin perempuan belum sampai la masa tu) kami terus ambil pinggan dan ceduk nasi.waaaaa...dah lamo dok make nasi gulai kawoh wei...sedap sungguh.yum yum...make dok ingat doh.tekak pun masing2 tgh kering.apa lagi...
ni lah dia pasangan pengantin (abg fizi + ilyani) semoga bahagia selamanya
abg fizi nih aku kenal sejak kt ittho lagi. dia merupakan antara orang yang plg pro wat drawing either using manual or autocad. sampai skrg kt polipd pun dia tetap pakar. tabik spring ar kt dia. rupanya barulah aku tahu abg fizi satu2 nya lelaki dalam adik beradik dia. wah nampaknya pakcik abdul fatah dapat menantu perempuan satu2 nya hari ni. rumah ilyani dekat jer dgn umah abg fizi. kira kalu blk raya tak gaduhlah.hehehe.. selamat pengantin baru buat kedua nya. ramai juga staf ppd yang dtg majlis ni.
on the way blk ingat nk gi rantau panjang, tp dengar dr kawan yg jalan ke sana sesak giler. so tak jadi lah kami ke sana. huhuhu..
kiranya berliku juga la jalan kami nk ke sana. kerete juga terpaksa parking dekat nk masuk semak. hehehe..
pastu kami teruskan perjalanan dan singgah sekali lagi beli kuih baulu dan air sirap bandung. jauh juga pasir mas nih. sampai jertih, kami singgah kedai kek ambil kek hari jadi ara. sibuk budak2 tanya kek warna apa, macam mana...kami cakap surprise lah...
0 comments:
Post a Comment