Jun 17, 2009

~apa yang perlu dibuat~

. Jun 17, 2009

apa yang perlu dibuat vs apa yang kita nak buat.

banyak perkara dalam dunia ni yang kita nak buat tapi sebenarnya tidak perlu kita buat.
sabda Rasulullah S.A.W
"sebaik-baik kamu adalah orang yang meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan kamu"

oleh itu mama sentiasa berpesan dengan diri mama supaya tidak sibuk-sibuk sangat dengan hal orang kerana Nabi dah pesan macam tu. banyak kebaikannya jika kita meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan kita. antaranya ialah:
1. elak kejadian add on - tokok tambah (jadi fitnah pulak nanti)
2. elak pra sangka buruk
3. pupuk rasa bertanggungjawab pada hal kita sendiri dan yang bersangkutan dengannya.

ada juga pepatah yang sangat mama gemari iaitu DYP which is Do Your Part.
jika semua orang menjalankan tugas masing2 insyaAllah semua perkara akan berjalan dengan lancar. contohnya dalam sesebuah organisasi, jika seorang pekerja itu buat tugas dengan baik, bos pun mampu memberi arahan dengan baik dan klien pun mampu memberi respon yang membina sudah pastinya sesebuah organisasi itu akan cemerlang.

dalam melaksanakan sesebuah tugas, kita harusnya berfikir dahulu sama ada perkara itu perlu atau tidak. kadangkala kita banyak buat apa yang kita hendak buat. bukan yang perlu kita buat. contohnya jika seorang bos mendapat aduan dari pihak luar tentang pekerjanya, sudah pastinya dia PERLU memdapatkan maklumbalas dari pekerja itu sendiri, bukannya menceritakan hal tersebut kepada orang yang tidak sepatutnya. tidak pastilah apa alasan sekalipun tapi bos itu dianggap tidak profesional jika tidak bijak mengatur permasalahan anak buahnya. perkara ini akan menjejaskan organisasi dan tidak mustahil ada orang luar yang ingin melihat organisasi porak peranda gara-gara sikap bos yang tidak profesional menjalankan tugas. dasar kepercayaan sangat penting.

kita dapat perhatikan sekitar kita, ada aduan berkaitan hal peribadi pun dicampuradukkan dengan kerja. dan ada juga masalah berkaitan kerja dikaitkan dengan peribadi pula. mungkin kita sekadar hendak bercerita, tapi sebenarnya kita TIDAK PERLU BERCERITA terutamanya kepada orang yang langsung tiada kaitan dengan sesuatu masalah itu.

mama > Alhamdulillah sentiasa positif di tempat kerja :-)

2 comments:

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salammm tikah itteww

Unknown said...

salam en me...thanks sudi ziarah.adakah kita saling kenal?atausekadar di alam cyber ni.