salam.
dalam keadaan ekonomi yang dijangkakan sangat tidak stabil sepanjang thn 2009 ini, kita perlu berhijrah terutama dar isegi pengurusan belanjawan. di sini saya akan kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman dan pengisian yang didapati dari Hijrah Wealth Management (Konsultan Kewangan)
1. menabung
2. mengurangkan belanja
1. menabung?
ada yang berazam tahun baru ini akan menambahkan tabungan. kenapa tabungan itu perlu? kerana langit tidak selalunya cerah dan kadang kala pada waktu terdesak kita perlukan sumber kewangan. bagaimana nak menghadapi saat2 terdesak jika kita tiada tabungan? lebih2 lagi pada waktu itu gaji dah habis? oleh itu, saya menyarankan kepada diri saya agar jika mampu, menyimpanlah paling kurang 5-10% dari gaji kita setiap bulan. jika gaji rm2000, simpanan perlu sebanyak rm100-rm300.
tabungan diperlukan untuk
- bayar insurans tahunan kereta
-belanja keperluan sekolah anak
-percutian keluarga
-perayaan (hari raya dsb)
bagi yang ada anak, galakkan mereka menabung. dan berikan ganjaran kepada mereka jika mereka dapat menabung.
insurans perubatan anak?
satu perkara lagi yang perlu ialah insurans. ada yang bertanya kenapa perlu insurans? insuran yang sangat diperlukan sekarang ialah insuran perubatan. terutama untuk anak2. terdapat banyak insurans perubatan sekarang ini. dan hasil dari pengamatan saya insurans "takaful prudential bsn" yang paling rendah kadar bayarannya yang mana lengkap dengan kad medic. dengan rm100 setiap bulan kita sudah boleh mendapatkan insuran perubatan anak.
pelaburan hartanah atau pelaburan amanah saham?
analisis dari perunding pelaburan negara, dianggarkan harga nilai hartanah akan jatuh teruk sepanjang 2009 ini. hartanah yang dimaksudkan ialah rumah, tanah, shop lot dsb.
antara yang dicadangkan ialah berhati2 membeli hartanah dengan menitik beratkan 3 aspek berikut:
a. berapa banyak nilai tunai yang kita ada (elakkan membuat pinjaman - ekonomi tidak menentu)
b. lokasi hartanah
c. return on investment -adakah hartanah itu akan kita sewakan atau guna sendiri
jika kita membeli hartanah yang tinggi, pastikan nilai pulangan itu dapat menampung semula wang yang telah dilaburkan.
jadi, adalah lebih baik jika kita membuat pelaburan amanah. terdapat baynak jenis saham amanah sekarang ini.
2. mengurangkan belanja
bila bercakap tentang belanja. terdapat beberapa jenis perbelanjaan kita:
- installment (kereta, rumah dll)
- pakaian
- makanan (di rumah dan di pejabat)
- minyak kereta
- bil air, elektrik, telefon, intenet
- kesihatan (ubat2 dan bil hospital - di galakkan dapatkan insuran)
- keperluan rumah (sabun, ubt gigi dll)
ada perbelanjaan yang melibatkan harian (makanan), mingguan (lauk2 dll) bulanan (keperluan rumah, kereta dll)
jadi, amatlah penting untuk kita merancang dan melaksanakan perancangan kita. jangan sesekali biarkan "over budjet" berlaku.
dalam berbelanja, kita perlu kenalpasti-
-keperluan atau kehendak
-sumber yang ada
-kualiti dan jangka hayat penggunaan
saya teringat dengan ungkapan
"berbelanjalah mengikut keperluan, bukan mengikut kemampuan" :-)
kerana kadangkala kita perlu sesuatu, tetapi kita tidak mampu, pada masa inilah pelbagai cara perlu digunakan termasuk mencari pendapatan tambahan kerja lebih) dan elakkan berhutang!
dan ada kadangkalanya kita mampu, tapi kita berjimat kerana kita tidak perlu sesuatu itu
peringatan untuk diri saya dan kita semua
> beli yang perlu. yang hendak tu, sabar dulu.
kesimpulannya, berhijrahlah dalam menguruskan kewangan demi masa depan gemilang bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk kesenangan keluarga kita dan keturunan kita juga.
p/s: yang perlu itu kereta, yang hendak itu aksesori kereta, modify sana modify sini
yang perlu itu tudung menutup aurat, yang hendak itu tudung ekin, tudung datuk siti
yang perlu itu hotel untuk tempat tidur, yang hendak itu hotel 5 bintang jaga reputasi
semua yang perlu itu tetap perlu, yang hendak itu sekadar memuaskan hati
setuju tak?
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
10 hours ago
2 comments:
semua aku setuju, kecuali tang insrans tu. huhuhuhuh.
pada aku better ko ambil "term insurance". bukan "investment link insurance". kebanyakan produk insurans/takuful sekarang ni lebih kepada "investment link".
sebenarnya, konsep insurans adalah untuk "melindungi". itu pasal aku cadangnkan ambil "term insurans". biasanya term insurance ni murah, rm30 sebulan tu kira dah mewah dah dia punya cover.
katakan ko sanggup keluar rm100 sebulan utk insurans, apakata rm70 tu ko masuk dalam tabung haji. lagi untung beb untuk jangka masa panjang. aku dah kira dah.
tapi, nak cari ejen yang nak jual "term insurans" kat ko memang susah, sebab komisyen diorang kecik. tapi, aku boleh cadangkan ko gi maybank atau kontek cuepacs untuk dapatkan "term insurans"
p/s: just my 2cent. maklum la, org kampung. huhuhuhuh
very good suggestion..i want to know more about it (term insurance)ijam!
Post a Comment