sudah sekian lama mama tak update blog mama. rindu terasa. percutian kami sekeluarga ke sabah baru-baru ini pun mama tak tulis banyak. lantaran kesibukan melayan facebook sebab itu lah mama tidak update blog ni.
hari sabtu yang baru ni kami menghabiskannya di rumah sahaja. masak sarapan, makan tengahari dan makan malam, basih baju dan sekali lagi menemankan ara tgk tv kegemaran dia sampai tak boleh kacau. pening gak kadang-kadang tu tp seronok tgk dia seronok.
hari ahad mama masak sarapan cucur udang. memang sedap cucuk udang adabi. cuma tambah air sahaja. mudah dan cepat. tengah hari tu mama masak ayam goreng kunyit bersama kacang dan lobak sahaja. ara pulak leka melayan nabilah (anak jiran) bermain di bilik dia dan kejap-kejap main kat ruang tamu, main buai dan main basikal.
selepas solat zohor kami bergerak balik ke rumah mother in law (mil) kat air mawang, johol. kali ni kali ikut jalan lain kata hb nak uji jalan mana dekat. sampai Giant tampin kami singgah beli barang dapur sikit. hajat di hati nak singgah di bank islam untuk masukkan duit tapi tak singgah juga. bagusnya kat tampin ni ada mesin deposit cash, kt PD tiada.jika nak masukkan duit kena ambil nombor.
sampai saja rumah mil dah asar. kami solat asar dan mama mula masak untuk makan malam. menu malam itu behoon sup ayam dengan sambal kicap. tapi kali ni mama tak letak sup bunjut. mama letak jintan manis+jintan putih+ketumbar+lada hitam yang telah disangai dan dikisar halus. tak perlu tumis, hanya rebus sahaja sup. sedap juga dan yang paling penting berkhasiat dan tak perlu tumis guna minyak. mil bawa balik nenas dari batu pahat johot. ara tiba-tiba je teringin nak makan nenas dan habis juga dua keping nenas. akibatnya, tiga kali masuk tandas malam tu. sakit perut katanya.
hari isnin tu kami berehat. hb keluar bawa mil, bro in law dan ara gi cari ubat untuk chicken pox. bil kena chicken pox. mama dan fil duk rumah. tengah hari ni mama mesin kelapa, perah santan, masak nasi, masak sup sayur cendawan, masak lemak cili api nenas + ikan masin dan goreng ayam. bila time makan tengah hari ni mama tambah tempoyak. sedap juga. tapi tangan mama yang luka masa potong ayam menjejaskan sedikit sebanyak selera mama.
pukul 6.15 petang kami bertolak balik PD untuk solat maghrib berjemaah di masjid jamek port dickson dan ceramah israk mikraj. nanti mama tulis tentang ceramah yang mama hadiri ye.
mama > cuti je mama busy dengan aktiviti masak memasak...macam mana nak diet ni.huhuhu..
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Jul 20, 2009
hari cuti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-
2 comments:
bznyerr mama itteww.. ehehe, salamm
jawabnya makin tembam la mama awak tu ara. tgk macam umi balqis ni. mantain je tau. heheh! jgn marah ye tikah
Post a Comment