Jul 9, 2009

rasa hati

. Jul 9, 2009

kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati. betul ke?

pada mama, sebenarnya dalam kehidupan ini yang paling penting ialah hati kita. bersesuaian dengan hadis Nabi " dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal darah, jika baik daging itu maka baik lah keseluruhannya, dan daging itu adalah hati "

justeru, dengan hatilah kita dapat mendidik jiwa dan akal kita agar sentiasa berbuat baik dan mencuba yang termampu bagi kita untuk terus survive di muka bumi Allah ini.berapa ramai di kalangan kita yang mempunyai akal yang tinngi yakni kecerdikan sampai phD tetapi masih tidak mampu untuk mengeluarkan sedekah, membantu org susah dan menghormati orang lain? malah terdapat juga golongan yang bijak pandai inilah yang memudaratkan sesebuah masyarakat melalui cara mereka yang seolah-olah mengambil kesempatan di atas kecetekan akal orang lain.

mama juga teringat bait2 lirik nasyid dendangan kumpulan hijaz suatu masa dulu.
"pandangan mata selalu menipu, pandangan mata selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan HATI itu yang HAKIKI...andai hati itu bersih."
persoalannya ialah hanya jika hati itu bersih.

bersama-samalah kita berdoa dan berusaha agar hati kita sentiasa bersih dan benar.
"sesungguhnya sebaik2 kamu ialah yang banyak kebenarannya"- al- hadis

mama> tiada siapa yang tahu apa di dalam hati kita, hanya yang Maha Pencipta hati itu sahaja yang Maha Mengetahui.

0 comments: