May 27, 2009

rumah idaman ku

. May 27, 2009

pagi td baca blog adik iza. tentang rumah idaman ku..memandangkan mama masih belum membeli rumah sendiri jadi mama boleh lah bercerita tentang rumah idaman mama

1. saiz - sederhana sahaja sebab maklumlah mama ni tak berapa nk rajin menyapu rumah. jika rumah besar tp tak bersih pun tak boleh juga. melainkan abah dapat sediakan maid utk membantu mama buat kerja2 membersihkan rumah. :-)

2. jarak dengan tempat kerja - dekat le sbb insyaAllah mama n abah akan kekal ngajar kat poli so kami akan juga mengekalkan kerja di tempat yang sama. jadi jarak ant rumah dgn tempat kerja mestilah dekat. jika dekat mama boleh blk rumah cepat n masak utk family mcm selalu. (sbb skrg sgt dekat) rumah depan hhp poliPD jer. kos petrol pun jimat.

3. harga rumah - mampu milik dalam di bawah rm200k harapnye.

4. ruang2 dlm rumah - ada ruang tamu, family area utm mama+abah+ara lepak2 tgk movie, dining, dapur yang luas sbb mama suka masak jadi ruang mesti selesa dan nk buat kenduri pun mudah family n kwn n student nk dtg tlg mama masak, bilik tidur 4 (bilik utama, 3 bilik extra) mcam skrg nih.

5. bil. tingkat - mama suka rumah dua tingkat sbb jimat tanah n ruang atas lebih privacy.

6. hiasan dalaman - mama suka yang simple dan konsep modern. warna pun yang ceria2 je.

7. landskap - mama tak pandai bercucuk tanam so mungkin serah kt kawan mama mr andy utk design landskap terbaik utk mama. yg ptg ada kolam ikan, air pancut.hehehe...

8. karpet @ tikar - mama prefer tikar buluh sbb karpet blh menyebabkan habuk berkumpul n kalu tumpah air susah nk bersihkan.

9. kejiranan - mama prefer majoriti org Islam dan dekat dengan surau @ masjid.mudah abah nk solat jemaah n mama blh wt aktiviti bsama komuniti kt sana.

10. jarak dgn rumah mak@mak mertua@saudara mara - mesti dekat , tapi jgn dekat sangat. yang ok dalam sejam dh blh sampai. kita mudah nk berkejar ke sana jika apa2 hal. sbb jika terlalu dekat takut kita terlalu bergantung, jika terlalu jauh takut kita jarang sgt balik pulak. rumah mertua mama sejam je dh sampai. mcm tu br ok.

p/s: hidup ini terlalu singkat, hayati lah makna kehidupan dgn menghargai apa kita ada. mama br dapat sms dr shbt mama, jue : marini telah kembali ke rahmatullah pagi td. al fatihah.

0 comments: