May 27, 2009

bersangka baik

. May 27, 2009

mama akan sambung lagi persoalan menjaga hati. setiap kali kita membaca buku motivasi dan menghadiri mana-mana ceramah, kita sedar yang betapa pentingnya mempunyai pemikiran yang positif. mama amat bersetuju yang kita perlu berfikiran positif.

antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahawa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.

bersangka baik ini perlu kerana :
- dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
- dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
- elakkan dari permusuhan sesama manusia
- jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
- menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
- semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya

persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?
contoh nya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita, mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita, menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam, selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dam sebagainya.

cara penyelesaiannya: Kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
- Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
- cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
- sentiasa memaafkan orang lain.
- anggap semua orang sayangkan kita.
- anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
- ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
- banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
- cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
- kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
- pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
- ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan!

dan sangka baik yang PALING PENTING ialah sangka baik dengan Allah. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan untuk kita belajar dan terus belajar dan bersykur padaNya.

bersangka baik penting dan sama penting juga berhati-hati kerana tidak semua orang bersangka baik macam kita. maklumlah manusia ni kan macam-macam.

p/s: bersangka baik dan teruskan belajar erti kehidupan sebenar.

0 comments: