Jun 20, 2011

alangkah bahagianya

. Jun 20, 2011

alangkah bahagianya apabila seorang isteri itu dapat menjaga suaminya seperti mana yang dikehendaki suaminya. bahagia nya kerana mama hari ini telah memasak untuk abah dan anak-anak.abah puasa hari ini tanpa mama ketahui. sebenarnya abah dah bagi tahu mama tapi mama lupa. pukul 7 malam baru mama tahu dan masa tu juga baru mama masuk dapur. mama masak ringkas sahaja kerana nak kejar waktu berbuka puasa. mama masak nasi. mama tgk beras tinggal 1/2 cawan sahaja. memang tidak cukup. jika mama khabarkan hal ini kepada abah sudah pastinya abah akan makan sedikit sahaj kerana bagi keutamaan kepada mama dan anak-anak. jadi mama teruskan masak seperti biasa. mama masak lauk sardin, kacang buncis+ bilis dan goreng tempe. lauk yang ringkas kerana nak kejar masa. dalam masa 15 minit siap semuanya. mama mesin bubur untuk fatih. masuk sj waktu maghrib, abah dan zahra mula makan dan mama suapkan fatih. tgh2 makan abh perasan mama tidak makan nasi.
abah tanya.: mama tak makan?
mama jawab: tak
mama teruskan menyuap fatih. bila nasi abah sudah nak habis,
mama :  abg, beras dh habis. td last tinggal setgh cawan, lupa nak bg tahu
abah : hbs tu mama nk makan apa?
mama: roti ada...pisang ada....
abah : kesian mama... 

mama sgt bahagia jika keluarga mama bahagia...kenyang perut rasa menyaksikan org2 tersayang kenyang. alangkah bahagianya apabila membahagiakan.

>>>kita hidup dgn apa yg kita dpt. tp kita bina kehidupan dgn apa yang kita berikan ;-)