Jun 20, 2011

ayah adalah hero pertama saya

. Jun 20, 2011

al fatihah buat allahyarham Haji Seman bin Haji Abdullah

saya hanya mempunyai seorang ayah.
saya sangat sayang ayah saya
tapi ayah saya telah pergi buat selama-lamanya
meninggalkan kami sekeluarga
tatkala saya ingin disatukan di hari bahagia saya
tarikh 3/4/2005 itulah tarikh ayah pergi

ayah
masih terbayang lagi wajah ayah
berlesung pipit dan berkulit cerah
wajah tua ayah yang menderita sakit tapi sentiasa ceria melayan anak dan cucu-cucu

semasa majlis konvokesyen ijazah pertama saya
ayah menyatakan hasrat nya untuk turut menyaksikan kejayaan saya menggenggam segulung ijazah
tapi waktu itu kesihatan ayah tidak mengizinkannya untuk bermusafir jauh (besut - johor)
hanya ibu dan adik yang datang
ayah pasti sangat bangga jika ayah juga ada di sana
kerana hari konvo itu lah saya menyampaikan ucapan selaku wakil graduan
di hadapan seribu graduan, ibu bapa, pensyarah saya dan keluarga saya
yang tidak ada hanyalah AYAH

oh ayah
semasa konvo ijazah kedua saya
ayah telah tiada
ayah pastinya bangga jika ayah ada di sana kerana saya sudah berjaya ayah!
seperti harapan ayah untuk melihat saya bergelar
pelajar cemerlang dan menjadi seorang pensyarah atau doktor seperti yang ayah bagi tahu dulu

ayah
masih saya ingat ayah selalu berpesan
'sembahyang jangan tinggal'
itulah kata-kata ayah tiap kali saya telefon ayah

ayah
saya tahu dan sangat yakin ayah sangat bangga dengan saya
kerana ayah tidak pernah risau tentang saya
saya selalu mendapat keputusan cemerlang tiap kali peperiksaan
saya selalu membawa pulang hadiah tiap kali masuk pertandingan
saya selalu berjaya dalam apa jua yang saya buat hingga jadi siulan jiran-jiran di kampung kita
saya selalu membuatkan ayah bangga dengan semua kejayaan saya

ayah
saya sangat rindukan ayah
rindu nak peluk ayah kuat-kuat
rindu nak cium tangan ayah
rindu nak ayah rasa duit hasil titik peluh saya
rindu nak ayah memandu kereta saya
rindu nak ayah peluk dan cium cucu-cucu ayah
rindu nak ayah mengenali suami saya dengan rapat
rindu nak ayah makan masakan saya
rindu nak ayah datang ke rumah saya
rindu nak tengok wajah bangga ayah


ayah.....walau ayah sudah lama pergi
tapi didikan ayah serta nasihat ayah masih tersemat di hati ini.
semoga ayah tenang di sana.

>>>sangat sebak bila fikirkan tentang penderitaan ayah melawan penyakit kencing manis sehingga jari-jarinya terpaksa dipotong. tp ayah tetap tabah.

0 comments: