semua org mempunyai kawan. tidak kisahlah kawan yang ramai atau pun sedikit atau mungkin hanya seorang jer kawan kita. tapi tetap ada kawan. kawan masa kita kecil adalah antara kawan yang tidak mungkin kita lupa. kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. lebih lagi kawan bermain ms kanak-kanak. zaman kanak-kanak adalah satu zaman yang penuh keriangan, kejujuran dan cabaran (padahal permainan sebenarnya) :-).
begitu juga dengan mama. mama mempunyai ramai kawan. boleh dikatakankan sudah seribu lebih rasanya kawan mama bermula masa kecil hinggalah sekarang. tapi mana mungkin mama lupakan kawan semasa kanak-kanak. mama dibesarkan di besut terengganu sejak lahir hinggalah umur 12 tahun. zaman inilah banyak pengalaman yang berharga dan penuh dengan kenangan yang manis. antara kawan yang rapat masa zaman ini ialah Ramlah binti Abdul Rashid. atau mama lebih mesra memanggilnya dengan panggilan Melah.
melah seorang kawan yang sangat baik. rumah melah terletak hanya 500 meter dari rumah mama. melah seorang yang cantik, kulit putih bersih, jari runcing, rambut lurus, suka ketawa, lemah lembut, kening terbentuk dan sangat ramah mesra orangnya.
permainan kegemaran kami ialah batu selambut (batu seremban), tudung botol, saidina, main anok rumoh (masak-masak) dan zero point (lompat getah). melah sangat pandai bermain selambut. jarinya yang runcing cukup cekap menyambut batu-batu kecil dan mama selalu bersaing dengan melah dan dia selalu menang. bila menang dia akan ketawa kuat-kuat. oh masih terbayang wajah dia ceria melah tiap kali kalahkan mama.
mama sangat suka bertandang ke rumah melah. tiap kali penat bermain, mak melah akan jamukan kami dgn makanan yang sedap-sedap dan yang paling mama gemar ialah makan tengah hari di rumah melah nasi lauk gulai lemak nangka dan ikan goreng. kami org terengganu mmg tak boleh tinggal ikan goreng. mak melah atau mam pggl mok cik mek sgt gemar melayan karenah kami masa makan. kalu melah dtg main kt rumah mama pula kami suka panjat pokok celagi dan makan colek buah celagi (asam jawa) di atas pangkin di bawah pokok dan main buaian di situ sambil berlumba buai siapa paling tingi ayunannya. hah yang ni mama menang selalunya.
melah memang penyabar. dia tidak pernah marah. sesuai dengan kesabaran, kelembutan dan keramahannya, dia sangat disenangi oleh semua orang. persahabatan kami tidak pernah sekali pun mengalami perselisihan faham, pergaduhan atau pun merajuk. aduhai, sungguh tulus persahabatan kami. kami sering berbasikal sekeliling kampung bersama kawan-kawan kami yang lain iaitu miza, mekna, juli, norma dan amy. kami sgt rapat. malah kami juga berbasikal bersama-sama ke sekolah iaitu sekolah rendah kebangsaan tengku mahmud 1. bermain, belajar dan bergurau bersama. sungguh indah zaman kanak-kanak. yang paling tidak dapat dilupakan ialah melah selalu tidak lupa berikan hadiah tiap kali hari lahir mama walaupun hanya bagi makanan ringan tapi dia tetap ingat.
semua tinggal kenangan.
apabila mama menginjakkan kaki ke tingkatan satu, mama bersekolah di sekolah berasrama di kuala terengganu (smka tok jiring) dan sebulan sekali dan bila cuti sekolah mama balik kampung berjumpa keluarga dan melah. masa berlalu tanpa disedari dan melah semakin dilupakan. tetapi semasa mama bertunang dan berkahwin, melah datang membawa hadiah. mama sangat terharu dengan kehadiran melah. hampir menangis mama tengok melah datang masa hari bahagia mama.
melah sekarang selalu sakit. dan melah perlu sentiasa berjumpa doktor pakar. melah ada darah rendah dan kadang-kadang diserang sawan. mama pun tidak pasti penyakit sebenar melah. kesian melah. tiap kali mama balik kampung teringin ziarah melah tp hanya beberapa kali sahaya mama berkesempatan memandangkan mama balik kg pun sekejap sahaja. melah pernah sambung belajar di ikm, tapi hanya separuh jalan kerana sakit. sekarang melah masih di kampung dan dijaga oleh maknya.
ya Allah, berilah kesembuhan kepada melah agar melah juga dapat menjalani kehidupan seperti org lain. berkahwin, mempunyai keluarga, bekerja dan bahagia seperti yang melah harap-harapkan.
melah, semoga persahabatan kita ke akhir hayat. semalam mama cuba telefon melah tapi tidak dapat. mungkin melah sudah tukar nombor telefinnya. semoga melah baik-baik saja di sana.
>>> kita ramai kawan dan pastinya kita sayang kawan-kawan kita kan. kita merancang dan Allah juga merancang. sudah pastinya perancangan Allah adakah yang lebih baik. amin.
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Jun 21, 2011
anda pasti ada kawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Followers
My Blog List
-
-
-
Why did I become a Muslim? | Daud Kim5 years ago
-
Trip Percuma Shaklee 2018: Day 1 - Barcelona6 years ago
-
Lama tak pergi bercuti6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-
2 comments:
k.nor....teringat sgt kat jaman dulu...ingat lg dok peristiwa kita kena kejar ngn lelaki gila balaik dr skolah...memecut basikal dgn jayanaya
masih ingt.hahaha skrg susah dh nk tgk org gi skool dgn beskal kan. semua mak ayah hantar n jemput. takpun naik van catar.
Post a Comment