Jun 19, 2011

pesanan buat diri sendiri

. Jun 19, 2011

di dalam kehidupan ini apakah yang kita cari? apakah yang kita harapkan? apakah yang kita nantikan? seringkali mama berfikir.

selama kehidupan ini 30 tahun alhamdulillah diberi umur ini. adakah kehidupan kita sekadar di pejabat sahaja? 5 hari seminggu kita bekerja bertungkus lumus untuk memuaskan hati semua. hati bos, hati kawan sepejabat, hati org bawahan kita. mama ingat kita bukan sahaj seorang pekerja. tetapi kita juga
1. seorang ibu
2. seorang isteri
3. seorang anak
4. seorang menantu dll
5. seorang ahli masyarakat
 dan banyak lagi. kdg2 mama fikir, di pejabatlah kita paling banyak habiskan masa kita. 5 hari seminggu. malam sahaja kita bersama keluarga. jika keadaan kita di pejabat gembira, sudah pastinya kita akan gembira dalam kehidupan ini. keseronokan bekerja amatlah penting pada mama. bagaimana untuk seronok bekerja? jika kita dapat menjalankan tugas dgn jayanya, tiada tekanan kerja dari bos, dapat sokongan dari teman sepejabat dan dapat tunjuk ajar yang sewajarnya dari org2 yang lebih pengalaman dari kita.

adakah masa di pejabat kita tidak cukup untuk kita membuat kerja sehingga kita terpaksa membawa balik tugas yang tidak selesai ke rumah? jika anak mama ada kerja sekolah, jadi kalau mama juga bawa balik kerja bermakna mama bawa balik kerja 'kerja' atau kerja pejabat. ini membawa makna yang lebih jelas kerana masa bersama keluarga dan masa rehat di rumah sudah berkurang.  mama memang tidak setuju jika kerja pejabat terpaksa di bawa kerumah. masa mana nak masak? masa mana nak tengok kerja sekolah anak? masa mana nak ajar anak mengaji. lebih lagi masa untuk kita menyumbang kepada masyarakat? masa buat kajian? aduhai semua tentang masa.

kadang-kadang juga kita perlu ingat. kita bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga + untuk membantu masyarakat..... bukannya untuk sekadar memuaskan hati majikan semata. yaAllah semoga kita semua mendapat petunjuk dari Mu...

>>>tidak ada masa utk mekap lebih baik dari tidak ada masa utk bc quran :-)

0 comments: