Feb 8, 2011

^weekend @ bowl ^

. Feb 8, 2011

hari ahad yang lalu mama sekeluarga menyertai pertandingan bowling di pusat bowling seremban parade anjuran bersama WADAH, ABIM dan PPINS. seronok juga main bowling setelah sekian lama tak main. kali terakhir mama main ialah 2 tahun dulu sebelum mengandung al fatih. mama dan abah satu kumpulan dan tambah seorang lagi iaitu en rosli. rasanya umur en rosli ni dalam lingkungan 40+ tapi skor dialah yang paling tinggi berbanding kami berdua.  bowler lelaki ramai juga, tapi perempuan sikit je. mama je yang datang bawa suami dan anak-anak dan yang lain datang single je. 
tapi yang paling mama surprise ialah mama JUARA kategori perempuan.
kelakar rasa sebab tak pernah jadi juara bowling pun. memang rezeki anak-anak mama. Fatih pandai jaga diri dan tidak meragam pun. kakak dia pulak siap shoping kt situ beli jajan. penat dan lapar tunggu mama dan abah main bowling. kakak benar-benar memainkan peranan sebagai pom pom girl sokong kami.jom layan gambar kami.
mama dan family
johan wanita? macam tak caya :-)
wadah + abim +ppins

mama >>> indahnya hidup berjemaah :-)