semakin hari
mama rasakan masa semakin cepat berlalu
teringat satu pesan "ingat masa lapang sebelum masa sibuk"
adakah lantaran kesibukan dengan tugas-tugas di pejabat
mama semakin tidak terasa masa yang berlalu
jika dulu mama rasa mama sempat lah nak fikirkan idea-idea
untuk lakukan sesuatu yang outstanding
tapi sekarang mama rasa semakin sesak nafas
masa sangat cemburukan mama
itulah nikmat masa
dan mama sangat insaf
perlu berSYUKUR dengan masa yang Allah pinjamkan kepada kita
bercakap tentang bersyukur ni setiap masa kita perlu bersyukur
sejak dari bangun tidur mama bersyukur kerana mama masih lagi dipinjamkan nyawa
untuk mama terus memberi sedaya yang mama mampu kepada anak-anak dan family mama
dan juga untuk agama,anak bangsa dan negara mama
mama tidak dapat bayangkan jika Allah hanya tarik satu saja nikmat iaitu nikmat saraf
hanya kerana satu saraf sahaja Allah tarik kita sudah tidak boleh bergerak bebas
Ya Allah
banyak nya nikmat yang perlu mama dan kita semua syukuri
dari yang nampak kecil hinggalah kita nampak besar
nikmat buang air kecil dan buang air besar
Ya Allah ini nampak macam kecil kan tapi jika Allah nak tarik macam mana?
nauzubillah
kelmarin mama berjalan-jalan kat pasar malam dan ternampak seorang hamba Allah
lelaki ni berjalan dengan tongkat dan lelaki ini muda remaja lagi
bertongkat dan di pinggangnya tergantung sesuatu
iaitu beg air kencing
masyaAllah kesian nya mama tengok seperti mahu menangis
keadaan itu sangat meruntun jiwa mama hampir menitiskan air mata
betapa nikmat buang air secara normal juga adalah satu nikmat
semalam mama di terminal one seremban ternampak seorang perempuan muda
menggunakan wheel chair menghala ke tandas awam
sekali lagi hati mama terusik pilu
jika mama berada di tempatnya bagaimanaku nanti?
adakah mama cukup kuat untuk menghadapinya
itulah nikmat sihat
'jagalah masa sihatmu sebelum masa sakitmu'
malam tadi mama terbaca dua blog ni dan tuan punya blog sudah meninggal dunia
satu kerana jangkitan kuman ke paru-paru dan satu lagi kanser serviks
mama lantas terfikir sekarang mama menaip blog
bila-bila masa blogger http://nuratikahseman.blogspot.com/
juga akan pergi ke alam yang kekal abadi nanti
apakah yang mama akan tinggalkan
jika mama juga meninggal?
bagaimana nasib anak-anak mama dan keluarga mama
anak-anak mama
al fatih masih menyusu dan belum mengerti apa-apa
tawa dan senyuman al fatih sangat menghiburkan hati mama
az zahra semakin bijak
adakah boleh hidup tanpa mama?
Ya Allah
berilah kekuatan untukku lakukan yang terbaik untuk mengharungi hidup yang Engkau pinjamkan ini
semoga mama dapat menjaga
'masa hidup mama sebelum masa mati mama'
>nikmat air bersih juga perlu disyukuri ;-) mama percaya semua kita pernah mengalami masalah air tiada kan? susahnya kita kan. air adalah sumber kehidupan ;-)
walaubagaimanapun, pada mama, nikmat terbesar ialah NIKMAT IMAN DAN ISLAM
0 comments:
Post a Comment