gambar ni aku hasilkan semasa menghadiri kursus asas fotoshop hari tu. melihatkan perkembangan dan pertumbuhan anak bermula dari hari pertama di lahir memang menakjubkan.
anakku lahir pada tanggal 4 jun 2006. kami namakan dia nur fatimah azzahra sempena nama puteri Rasulullah dan penghulu wanita syurga.
4 jun 2006
lahir di hospiatl besar seremban dengan berat 2.9kg.
17 Ogos 2006
ara dh boleh meniarap.
20 November 2006
ara dah boleh duduk dan mula merangkak
16 Januari 2007
ara dah boleh menyebut 'abah' n 'mama'
4 April 2007
ara dh boleh berjalan
30 Mei 2007
ara dah berlari
2007-2009 - menyaksikan perkembangan positif ara berkat rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih lagi Pemurah........ara semakin bijak belajar banyak perkara baru. semoga menjadi anak yang solehah. amin.
kalu tengok raut wajah ara nih aku tgk mcm muka abah dia masa kecik2 dulu. tp ada juga yang kata muka mcm aku. tp yg paling ketara watak dia sebijik watak aku.itu memang tidak dapat disangkal lagi.
yang aku risau skrg nih ara kurang makan nasi. makan pun sikit jer. dia sgt suka makan coklat bar (cadbury) dan ais krim.
kalu aku marah, dia akan cakap... " mama kata mama sayang ara. tp kenapa mama marah ara?mama tak sayang ara ker?" aduh...sukar nyer..then aku jawab, " mama sayang tapi ara buat salah mama marah lah. kalu tak nak mama marah, dengar ckp mama"...
kalu nak tido, dia kata " mama, jom tido" tp bila dia dh mula nk tido kt pangkuan aku, dia lasak, terus sepak aku lah...hehehe lawak pulak. tadi ajak tido tp sepak2 lak.huhuhuh...
ara oh ara... penyeri hidup mama.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
2 days ago
1 comments:
First time here at your blog and wanted to say i enjoyed reading this
Post a Comment