Dec 27, 2011

indahnya hidup ini

. Dec 27, 2011

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih
suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka
yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal
diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan
untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini
ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami
dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli
keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan
guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan
tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal)kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana
pula dengantuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang
memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan
keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah
di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai
bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan
tidak tahu hukumhalal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar
tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang
bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu,kerana
sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu;
barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan
tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada
Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan
ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah
keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan
solehah.Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini
bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah
bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa
yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli
keluarganya."

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami
kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak
isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf.
Tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan
dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.Contohnya, mempelajari sifat
yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai
rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah
menerusi firmannya bermaksud:

"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan
isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan
menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika
disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan
mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum
agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan
ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas
dan berwuduk serta masalah haid,nifas dan wiladah. Juga mengenai
cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk
dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang
dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat
riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga
bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan
terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-
rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan
santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak
semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa
yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang
kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika
tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka
lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur
perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika
berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya.Memuliakan keluarga suami
lebih daripada yang lain.Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika
ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran
tetangganya.Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan
keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala
ujian dan perintah-perintah Allah swt.Ajarkannya batas-batas aurat
dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal
ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan,
dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya
isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang
patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun
senang. Dia akan menjadi insane yang sentiasa menjadi pendorong
serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa
mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam
menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak
mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha
mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli
keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka
(ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada
mereka."

0 comments: