May 3, 2011

mama kembali

. May 3, 2011

assalamualaikum semua.

lama nya mama tak update blog mama ni. tersangatlah lamanya. mama terlalu lah sangat sibuk dengan hal-hal kerja dan rumahtangga yang tak pernah habis. beberapa perkara telah berlaku sepanjang mama tidak menulis di blog ni.

1. mama out station shah alam, arau, seberang perai sbb bagi ceramah coaching. banyak cerita berkaitan ceramah yang mama sampaikan dan tidak lupa juga tentang operasi penyusuan secara ekslusif walaupun berjauhan dari al fatih.
2. al fatih masuk wad selama 5 hari sbb pneumonia :-(
3. adik ipar mama kahwin (satu-satunya adik my hubby) - mama dapat biras baru :-)
4. percutian family di cameron highland
5. isu ummat semakin kritikal (isu DNA, video)
6. prince william kahwin
7. osama bin laden meninggal (amerika laporkan)
banyak lagi ....... tak terkejar mama.


hari ni mama selsema teruk juga. bermula semalam mama tak larat sangat nak pergi pejabat. abah nasihatkan ambil cuti sakit tapi nak pergi klinik pun mama tak larat. yang mama larat duduk depan komputer je :-) boleh gitu ek?

sebenarnya mama sekarang sedikit susah hati sebab stok ebm (susu ibu) untuk al fatih sudah semakin berkurang memandangkan mama sudah kurang pam pada masa pejabat. sekali sehari je pam. itupun dapat 8 oz sekali pam. al fatih perlukan 10 oz sehari. jadi terpaksa gunakan stok ebm sedia ada. kenapa hal ini berlaku. ini adalah kerana pam elektrik mama rosak. masih belum hantar servis. so mama terpaksa tumpang pam kak nik atau lina (kawan2 pumping berjemaah kt ofis). lama-lama malu juga kan pinjam pam org. kalu tidak mama pam guna yang manual medela harmony mama. tapi dah nama pun manual lama lah sesi pumping nya kan. macam malam tadi seharian tak pam sebab tak sihat. so masa fatih tidur malam tadi mama pam sambil tengok imam muda dapatlah 5 oz selama 30 minit pam.
inilah pam spektra mama yang rosak tu. kalau ikutkan, kerosakan yang dialami ialah casing dia retak so kena tukar casing dan kosnya dalam rm60 saja. tapi punyalah payah nak kena pergi ke usj utk servis atau pos. mama rasa mama nak pos je.


yang ni pula ialah medela harmony iaitu pam manual. pam ni lah yang mula-mula abah belikan semasa mama berpantang hari tu. sangat berjasa.

mama memang bercita-cita untuk menyusukan al fatih selama 2 tahun. semoga misi mama ni berjaya. mama sangat berterima kasih kepada kak huda (nurhuda ismail) kerana beliaulah yang banyak memberi semangat kepada mama di kala mama lemah semangat dalam bidang penyusuan masa confinement period tempoh hari.

>>> kesihatan mama + al fatih + azzahra + abah tidak berapa baik. mama sedikit risau :-(

4 comments:

amalina nemo said...

semoga pn & sekeluarga cepat sembuh ye~

malasalimin said...

semoga semuanya kembali normal... tak ada kata yang boleh diucapkan kecuali..bersabarlah...

waiduri said...

setelah menelek2 blog u ni mama, i rase mmg u ni gifted from ILAHI la...same as my friend SOLehah...alwayz bersemangat, & ade je bende yang nak dibuat..SO ADMIrE

Unknown said...

waiduri, alhamdulillah :-) datang dair Allah..kembali kpd Allah. hidup di dunia penyeri akhirat :-)