hari ni mama dan keluarga ke rumah en lan yang baru di springhill. kami gerak dari rumah selepas solat zohor dan elok-elok sampai sana majlis dah nak mula. wah memang cantik rumah en lan. siap renovate lagi bertambah cantik :-) kak dayang dan en lan pun sibuk melayan tetamu. masa ni lah mama mengambil kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. anak-anak masing-masing pun dah besar. fatih dan kakak pun baik je tak buat hal ;-)
balik dari rumah encik lan kami shopping hadiah kahwin untuk majlis esok. esok insya Allah kami akan ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan wahida kawan mama sejak belajar di kuittho(uthm) dan resepsi Anne (su kelab jka sesi jan 2009). Anne kahwin dengan adik wahida. jadi, majlis esok dua dalam satulah. ok mama nak temankan kakak tengok tv. berada di rumah bersama suami dan anak-anak ibarat satu terapi bagi mama :-)
> seronok nye hari cuti kan
0 comments:
Post a Comment