tak pernah berlaku ara mengamuk seperti malam td.
bermula dgn dia merajuk dgn abah. selepas abah ke surau utk solat maghrib, dia terus terusan menangis sambil berkata "abah nak kawan dgn baby je" di ulang-ulang.
mama perhatikan saja. pastu ara mula mengamuk-ngamuk tak nak mandi. bila mama dh pujuk dia nak mandi itupun sambil menangis dan marah-marah. dalam hati mama hanya Allah saja yang tahu. "apa kena dgn anak aku ni?" dia kata nak mandi dgn mama tapi di bilik air dia. bila mama gi bilik air dia, dia kata nak mandi kt bilik air mama pulak. pening mama. dgn badan mama yang penat ni lagi. tp mama sabar lagi.
dia mula mengamuk sambil sepah-sepahkan cadar dan katil di bilik dia. koyakkan kertas stiker di tilam dia, baling bantal dan bear. mama teruskan mandi di bilik air bilik dia sementara dia sudah berpeluh-peluh sbb mengamuk di atas katil dia. Ya Allah.mama nak kejar waktu maghrib lagi. jadi mama biarkan je dia mengamuk.
lepas mama mandi, mama mandikan dia di bilik air mama sbb itu kehendak dia. dia mandi dalam keadaan marah-marah. lepas solat, mama bc Quran baru ara diam dan berhenti mengamuk. habis je mama ngaji, dia terus merengek-rengek minta air milo. dalam hati mama mungkin dia dh penat mengamuk dan nak tidur. jam baru pukul 8. itu telahan mama saja.
masa mama nak buat air milo, air panas tiada. kena masak air dulu. so mama panaskan air guna mikrowave je nak cepat. tgk milo pulak dh habis. cari punya-punya cari memang dh habis. mama teringat ada milo segera dalam cawan masa ara masuk hospital dulu. mama pun ambil.ara pun ckp."haaaa tu ada tu milo, td mama ckp takde..mama tipu eeeeehhh" amboi...."mama bukan tipu, td memang takde...ni mama br jumpa" sabar je lah.
pastu abah pulak blk lewat. pas isyak tak sampai lg. pk10 lebih br sampai. ara blm tidur. minta mama nyanyikan lagu lah. ngaji lah...aduhai...
pukul 1130 br kami tidur. tp memang gelagat AMUKAN ara malam td sampaikan sepahkan bilik tidur tu tak pernah berlaku...menakutkan!
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Feb 23, 2010
tak pernah berlaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Followers
My Blog List
-
-
-
Why did I become a Muslim? | Daud Kim5 years ago
-
Trip Percuma Shaklee 2018: Day 1 - Barcelona6 years ago
-
Lama tak pergi bercuti6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-
1 comments:
kak tikah...
lamanya tak dgr kabar :)
ara mengamuk ek?
mesti comel hehe.
camnelah kalau sy dpt anak nati.
semoga bahagia selalu di samping family sakinah
Post a Comment