Nov 13, 2008

NURATIKAH SEMAN - WAKIL IPTA/IPTS DI MAJLIS PELANCARAN PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) OLEH PERDANA MENTERI

. Nov 13, 2008
0 comments


BERSAMA BARISAN PEMIMPIN NEGARA
muka depan akhbar berita harian :-)
04.24.04 (7:16 am)

Kerajaan lancar Pelan Integriti Nasional (PIN) Oleh Kadir Dikoh[i]ABDULLAH menyampaikan naskah kepada wakil pelajar IPTAdan IPTS, Nuratikah Seman diperhati wakil pelbagai sektorkerajaan dan swasta termasuk (ditengah) Lim Kit Siangketika melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan InstitutIntegriti Malaysia (IIM) di Pusat Konvensyen Putrajaya, semalam.[/i]

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN), bertujuan membangunkan sebuah masyarakat Malaysia beretika serta tahu membezakan antara yang betul dan salah. PIN, satu dasar payung yang komprehensif membabitkan semua sektor dan golongan masyarakat itu, menetapkan lima sasaran untuk dicapai bagi tempoh 2004 hingga 2008.S

Sasaran dikenali sebagai ‘Tekad 2008’ itu ialah:- Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; - Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi;- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;- Memantapkan institusi keluarga; dan- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkannya berkata, bagi memantapkan lagi PIN, sebuah agensi atau jentera pelaksana, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman sebagai pengerusi pertamanya.Perdana Menteri menjelaskan, PIN adalah pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti.

Matlamat jangka panjang PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian kukuh serta ditunjangi budi pekerti luhur.“PIN juga mempunyai objektif meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama rakyat sejagat daripada pelbagai sektor dalam usaha pemantapan integriti. Skop PIN adalah holistik dan menyeluruh.“Tumpuan diberi kepada peningkatan integriti daripada peringkat teratas hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. Pelancaran PIN dan IIM diadakan serentak di Pusat Kovensyen Putrajaya (PCC) di sini.

Pada majlis itu, Abdullah turut mengagihkan buku mengandungi pelan terbabit kepada wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perkumpulan wanita, belia, pelajar dan parti politik. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menerima buku itu bagi pihak pembangkang.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen; wakil kedutaan asing di Malaysia serta pegawai tertinggi kementerian.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai IIM, Abdullah berkata ia adalah sebuah institusi bebas yang akan bersifat sebagai agensi pemantau dan penyelaras bagi PIN.Antara fungsi pentingnya adalah:- Menjalankan penyelidikan, pendidikan dan latihan berkaitan integriti institusi dan masyarakat;- Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika;- Mengemukakan perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika serta memberi khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program peningkatan integriti, dan- Menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pengisian PIN terlaksana.

Perdana Menteri berkata, pemantauan berterusan amat penting bukan saja untuk memastikan PIN dilaksanakan dengan jaya, malah sebagai kayu ukur bagi mengukur tahap kejayaan sebenar yang dicapai.“Dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya IIM menerajui pelaksanaan kajian berkala mengenai tanggapan umum terhadap rasuah setiap dua tahun. Dengan itu, maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada kerajaan mengenai keberkesanan strategi yang dijalankan bagi meningkatkan integriti dan membanteras amalan rasuah.“Ia juga penting dari segi proses penambahbaikan yang berterusan. KSN akan memastikan IIM dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar dan dengan itu akan meneliti urusan penubuhan institut serta struktur organisasi termasuk berkaitan urusan bangunan dan pelantikan staf IIM,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah serta Presiden IIM akan dilakukan dalam masa terdekat untuk membantu Pengerusi IIM.Abdullah berkata, sebanyak sembilan sektor atau komponen masyarakat dikenal pasti dalam PIN. Bagi setiap sektor itu, beberapa program dan aktiviti sudah ditentukan.Program dan aktiviti itu dipadankan dengan agensi yang sesuai sama ada kementerian, agensi kerajaan atau badan sukarela, untuk melaksanakan program berkaitan.Agensi berkenaan pula perlu menyusun atau menyempurnakan program integriti masing-masing berdasarkan kepada cadangan yang terkandung dalam PIN.P

Perdana Menteri percaya rakyat akan terus memberikan sokongan padu dan melaksanakan pelbagai program anjuran PIN, berdasarkan maklum balas positif terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dalam beberapa bulan ini untuk meningkatkan integriti.“Tetapi saya ingin menekankan bahawa kejayaan PIN dan seterusnya langkah menerapkan nilai integriti dalam masyarakat, bukan hanya bergantung kepada usaha kerajaan saja.“Sebaliknya, ia bergantung kepada sokongan aktif setiap individu dalam masyarakat iaitu menerapkan nilai murni dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian,” katanya.Beliau berkata, dengan strategi dan program yang digariskan, PIN mampu bertindak sebagai pemangkin dalam usaha peningkatan integriti. Namun, strategi dan program itu boleh diubahsuai mengikut keperluan setempat dan peredaran masa.©New Straits Times (M) Berhad

Read More »»