Apr 23, 2014

Lawatan Kerja ke Jakarta Indonesia

. Apr 23, 2014
0 comments

pada bulan jun 2013 yang lalu mama telah ke jakarta untuk menyertai Lawatan kerja di antara politeknik Port dickson bersama Institut Sains Teknologi Nasional Jakarta ISTN.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang mama di jakarta.


































































>>> wonderful memory in Jakarta :-)

Read More »»

Jul 11, 2013

indah dan fatih

. Jul 11, 2013
1 comments

salam.

hari ini adalah hari ketiga ramadan. tahun ni kakak ara pun puasa spt thn lepas. indah pun turut bgn bersahur. aduh indah macam org besar bgn pk5 bersahur dgn mama, abah dan kakak. fatih je tidur masa kami bersahur. tiga malam ni juga abah dan kakak berterawih di masjid. mama tinggal di rumah dgn indah dan fatih. pukul 9.30 dua orang anak ni dah tidur. memang seronok tengok mereka bermain2 bersama. indah dah boleh tahan lasaknya. sungguh comel.

ni gambar abg fatih dan indah. depan taska cdc . gambar ni cikgu mereka yang ambil. memang selalunya merekalah yang paling lewat balik.

>>>abg fatih mcm dh besar...dh pandai jg indah.

Read More »»

Jun 10, 2013

biskut raya

. Jun 10, 2013
2 comments

salam.
lamanya mama tak update blog ni. hari ni mama nak update. sempena bulan puasa yang akan datang ni, mama akan mula mengambil tempahan biskut raya. biskut ni semua boleh mula ditempah mulai 11 Jun 2013 hingga 19 Julai 2013. insyaAllah biskut akan dapat 2 minggu sebelum raya. mama hanya mengambil tempahan tiga jenis biskut iaitu:

1) untaian mutiara - RM23 / 50 biji


2) tat nenas - RM25/ 50 biji

3)almond london - RM27/ 50 biji
* free delivery area port dickson n seremban :-)

Read More »»

Feb 12, 2013

indahnya hidup ini

. Feb 12, 2013
1 comments

cuti tahun baru cina hari tu mama sekeluarga mempunyai jadual yang padat dan membahagiakan. seawal hari sabtu kami mulakan dengan kerja-kerja rumah tangga di teratak cinta kami dengan sarapan, bersihkan rumah dan kerja laundry baju-baju yang bertimbun kami berlima tu. tengahri pula menghadiri kenduri akikah rumah jiran iaitu ustaz fadzil dan ustazah khadijah. mereka meraikan kelahiran anak ketiga mereka iaitu ilham. anak ketiga ini adalah lelaki selepas dua orang perempuan iaitu izzah dan iffah. balik rumah kemas barang untuk bertolak ke rumah mertua di tampin dan kemas sekali barang untuk ke gambang water park bawa anak2 bercuti sekali dengan menghadiri kenduri sebelah adik ipar di felda chini timur.

pagi ahad kami bertolak ke chini pukul 10 pagi dan sampai pk1 kat sana tgk ciksu dan ayah su zarir di arak ke rumah pengantin. hujan renyai2 masa. 12 biji kereta mengiringi pengantin dan semua keluarga kelihatan sangat gembira lebih2 lagi selepas tu kami terus bergerak ke home stay di gambang. cikdor, kaknik,abe mad,farid,abe loh, abe bahari, cik yah, acit terus balik. tinggal keluarga hj seman je utk acara family day di gambang.

kami menyewa home stay kt gambang kira2 40 minit dari chini. tiba di sana dah asar. dgn sewa rm200 mmg berbaloi ada 4 bilik tidur. so semua family dapat bilik kecuali ayah cik n cik la tidur kat ruang tamu depan tv. tp mmg selesa la. kami ber bbq selepas maghrib dan sampaikan hadiah hari jadi utk semua org malam tu. ada potong kek coklat kukus cikla yang sedap tu dan tgk tv beramai2. pk12 baru mama tidur. seronok tgk keluarga bergembira bersama. tahun 2011 kami meraikan hari keluarga di cameron highland dan tahun ini 2013 di gambang. semua orang dapat hadiah tuala mandi. mama beli tuala ni kat sakan gi shoping dgn liya kwn mama.

pagi isnin pukul 10 kami gerak ke gambang water park selepas sarapan kt rumah. sepanjang perjalanan kakak ara asyik tanya bila nak sampai. tak sabar la tu nak mandi kolam.ramai nya orang kat sana. nasib baik kami beli tiket kat tempat yang tidak ramai orang beratur. jadi, cepat lah kami dapat siap dapat diskaun lagi sebab kami ramai dan dikira harga kumpulan :-)

seronok melihat anak2 bergembira. abang fatih dan akak ara tak puas main air sampai kan kakak minta nak datang lagi sabtu depan. ara sgt gembira bermain air dgn sepupu2 nya kak ain, dikya, uyu dll.

indahnya hidup ini bersama keluarga berbahagia. tahun depan keluarga hj seman  rancang nak ke pulau pula. sama ada pulau perhentian atau pulau lain. kpd semua (cek, kakza, kakta, kakni, yus, da) saya sayang semua. tak lupa juga abg2 ipar dan anak2 sedara yang mennigkat remaja dan comel2 itu. cikno syg kamu.

>>>lagi best jika arwah ayah (hj seman bin abdullah) masih ada. al fatihah :-)

Read More »»

Feb 5, 2013

apabila kita bersedih

. Feb 5, 2013
0 comments

apabila kita bersedih?

apabila kita bersedih, apa yang kita lakukan? adakah kita menangis, termenung, meluahkan kesedihan kita kepada seseorang atau lupakan sahaja kesedihan itu?
apabila mama bersedih, mama akan melupakan kesedihan itu dengan cara membuat sesuatu yang mama suka :-)

Read More »»

Dec 10, 2012

mencari makna

. Dec 10, 2012
0 comments

assalamualaikum.

siapa kah kita sebenarnya?
adakah kehidupan kita bergantung kepada selama mana kita hidup?
apa makna kehidupan kepada kita?

kehidupan sama sekali tidak bergantung kepada selama mana kita hidup atau banyak mana harta yang kita miliki.

tapi kehidupan ialah sejauh mana kita memaknakan masa dan harta yang ada untuk orang di sekitar kita. itulah kehidupan, bermakna kepada yang memberi. dan terus memberi sebanyak-banyaknya.

setiap masa dan harta yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita pasti dipersoalkan di akhirat kelak.
mama sedaya upaya cuba untuk menggunakan dua perkara ini sebaiknya kerana hidup ini hanya sementara, jadi manfaatkanlah masa yang ada ini kerana ia akan diambil bila-bila masa sahaja. masa adalah antara nikmat yang jarang disyukuri. insaf bila fikirkan tentang ini.

andai dapat ku undurkan putaran dunia. apabila telah mati kelak, org yg baik akan menyesal kerana tidak dapat membuat kebaikan dengan lebih banyak dan org yang tidak baik menyesal kerana tidak berbuat kebaikan di dunia. semua tentang masa.


benarlah manusia itu dalam keadaan kerugian jika tidak tahu kenapa kita hidup di muka bumi ini.

seringkali kita lupa. jagalah 5 perkara sebelum 5 perkara.
  • masa sihat sebelum masa sakit
  • masa kaya sebelum miskin
  • masa lapang sebelum sibuk
  • masa muda sebelum tua
  • masa hidup sebelum mati.

>>>apa yang paling jauh??? sudah pastinya masa lalu. dan cukuplah mati itu sebagai peringatan bagiku.

Read More »»

Dec 9, 2012

sudah masanya

. Dec 9, 2012
0 comments

assalamualaikum

tahun 2013 nanti sudah pastinya mendambakan satu jadual perancangan yang jitu. mama berazam tahun ni nanti akan ada beberapa perkara yang mama lebih outstanding dari biasa. memandangkan tiada rezeki mama untuk mencuba kerjaya baru sbg PTD, jadi mama akan lakukan yang terbaik tahun 2013 untuk permulaan kepada satu transformasi diri selepas berehat selama dua tahun. tahun 2009 boleh dikatakan tahun yang cemerlang bagi mama kerana tahun tersebut kelab jka menang kelab terbaik selama dua semester berturut-turut. tahun itu juga mam mengandung anak kedua dan tahun 2010 mama melahirkan muhammad al fatih. tahun 2011 pula mama mengandung , tahun 2012 mama melahirkan aisyah al humaira. 2010,2011 dan 2012 dianggap mama sebagai tahun melahu/berehat mama dari aktiviti membangunkan modal insan secara langsung.

perancangan 2013:

januari - bengkel coaching and mentoring fasa 1
februari - seminar pembentangan intelek ppd
mac- kursus protokol dan event management jka (permintaan dari unit senibina)
april - hari jka (projek pelajar)
mei - tack force ppd - 40 think tank ppd (orang muda)
jun - kursus interpersonal skill fasa 2 - lanjutan dari program di bukit tinggi 2011

julai - alumni talk series jka
ogos hingga december  - ppd and jka coaching series

mama sangat berharap agar Allah permudahkan segala perancangan mama dan team mama untuk bersama manfaatkan kemahiran mama untuk membantu organisasi ppd khususnya jka supaya lebih trampil dan cemerlang. mama perlukan sokongan dari semua pihak bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar. sudah sampai masanya untuk ATIKAH SEMAN kembali proaktif dan responsif terhadap apa jua cabaran mendatang, inshaAllah. :-)

>>> jika kembali aktif, diharapkan juga badan semakin ringan untuk bergerak aktif :-)

Read More »»

Dec 8, 2012

mama masih di sini

. Dec 8, 2012
0 comments

assalamualaikum

mama masih di sini.
lamanya mama tidak menulis di sini. nak dikatakan sibuk, sibuk juga. tapi sebenarnya jika nak menaip boleh je. puteri mama sudah berusia 7 bulan dan masih fully breastfeeding, alhamdulillah. semenjak pindah dirumah baru, banyak betul perubahan yang berlaku terhadap diri mama. dan yang paling ketara ialah mama sangat penat bila berada di rumah selepas balik dari kerja. tapi mama cuba juga memasak makan malam untuk keluarga mama.

jiran-jiran mama semuanya baik-baik. syukur sangat. cuma masih belum berkesempatan nak berziarah dengan lebih kerap. selalu juga bertukar juadah. aduh cakap pasal jiran teringat pasal jiran lama mama iaitu kak wani yang telah selamat melahirkan baby boy awal november hari tu. mama masih belum lagi pergi ziarah. nak sangat tengok kak wani dan bb boy baru ni. namanya muhammad nafi kalau tak salah. minggu depan mama mesti pergi!insyaAllah.

kak huda pun dan balik dari berkelana di bumi china. rindu nya kat kak huda dan famili nya ,abg tajul dan anak2 lelakinya. kak huda masuk kerja januari ni. mama ada niat nak gi ziarah kak huda dan masih mencari masa yang sesuai.

tentang kerja pula mama sangat sibuk sepanjang november dan dicember ni bermula siapakan markah pb pelajar, pergi membuat lawatan pelajar li, menanda paper final, menyiapkan analisis item dan xcompile, mesyuarat sana sini, siapkan kertas kerja untuk program 2013 dan banyak lagi. pergh kerja2 ni mmg tidak pernah selesai.

dan yang PALING MAMA GEMBIRA ialah
hari ni bermula 10 am hingga 1pm mama menghadiri usrah helwa dan mesyuarat helwa ABIM di seremban. ada pengisian dan perkingsian yang bermanfaat. mama membawa semua tiga anak mama. abah menguruskan rumah tangga hari ni. anak2 mama perlu dibiasakan dengan suasana majlis ilmu seboleh mungkin. walau susah juga memandu ke seremban with the 3 kids, tapi mama puas hati sebab inilah mujahadah namanya. petang tadi selepas asar sepatutnya mama ke perhimpunan youth for gaza anjuran ABIM  tapi puteri mama yang 7 bulan tidur sepanjang petang dan tidak jadilah mama ke sana. insyaallah ada peluang mama akan sertainya. balik rumah tghri tadi abah sudah siapa kemas rumah. sapu, mop, lipat kain, jemur kain dan memasak. pergh mmg suami mithali lah. dahsyat abah.

>>>hidup ini perlu berjuang, walau susah kerana syurga itu amatlah manis :-)

Read More »»

Aug 5, 2012

kembali ke blog

. Aug 5, 2012
2 comments

alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di bumi Allah ini. sekarang dah bulan ramadan. ni entry pertama mama sejak mama bersalin pada 25/4 yang lalu. sekarang sudah 3 bulan berlalu barulah mama berhasil menjenguk dan membuat entry dalam blog ni. macam-macam perkara berlaku dalam tempoh 3 bulan ni. perkara yang paling besar ialah :
- bersalin aisyah al humaira
- mama cuti bersalin 3 bulan dan dah naik kerja pun 1 ogos yang lalu
- urusan pindah ke rumah baru kami iaitu Teratak Cinta di bandar spring hills
semoga Allah bg kesempatan untuk mama terus menulis di blog kesayangan mama ni :-)

> badan dah mula rasa sakit-sakit mungkin sebab kerja berat masa pindah rumah.

Read More »»

Apr 17, 2012

signature kitchen dan grille

. Apr 17, 2012
4 comments

semasa entry ini ditulis. mama dan abah baru balik dari rumah baru yang kami beli di bandar spring hill. ada temujanji dengan signature kitchen yang nak datang untuk ukur dry kitchen untuk dipasang kabinet dapur. rasa lega sangat sebab dah selesai satu fasa iaitu tempahan kabinet dapur.

satu lagi yang kami selesaikan hari ini ialah tempahan grill untuk satu rumah. syarikat yang kami pilih ialah lee welding iaitu kedai di spring hill. selepas membayar deposit tadi kami singgah di yuvana ambil sebut harga untuk peralatan elektrik.

jadi sekarang ni hati mama sedikit lega sebab hal kabinet dapur kering dah setel dan begitu juga hal grill rumah. cuma tunggu mereka siapkan sahaja. dalam masa tiga minggu dijanjikan siap. insyaAllah semoga dipermudahkan semuanya. walaupun sudah 39 minggu ni kandungan mama, tapi tetap gagahkan diri juga untuk melihat rumah baru kami bersedia untuk menerima kehadiran kami sikit masa lagi.

>>> grill warna putih dan kabinet dapur punwarana putih. mama tersenyum gembira. nantikan saja hasilnya nanti.

Read More »»