assalamualaikum
mama masih di sini.
lamanya mama tidak menulis di sini. nak dikatakan sibuk, sibuk juga. tapi sebenarnya jika nak menaip boleh je. puteri mama sudah berusia 7 bulan dan masih fully breastfeeding, alhamdulillah. semenjak pindah dirumah baru, banyak betul perubahan yang berlaku terhadap diri mama. dan yang paling ketara ialah mama sangat penat bila berada di rumah selepas balik dari kerja. tapi mama cuba juga memasak makan malam untuk keluarga mama.
jiran-jiran mama semuanya baik-baik. syukur sangat. cuma masih belum berkesempatan nak berziarah dengan lebih kerap. selalu juga bertukar juadah. aduh cakap pasal jiran teringat pasal jiran lama mama iaitu kak wani yang telah selamat melahirkan baby boy awal november hari tu. mama masih belum lagi pergi ziarah. nak sangat tengok kak wani dan bb boy baru ni. namanya muhammad nafi kalau tak salah. minggu depan mama mesti pergi!insyaAllah.
kak huda pun dan balik dari berkelana di bumi china. rindu nya kat kak huda dan famili nya ,abg tajul dan anak2 lelakinya. kak huda masuk kerja januari ni. mama ada niat nak gi ziarah kak huda dan masih mencari masa yang sesuai.
tentang kerja pula mama sangat sibuk sepanjang november dan dicember ni bermula siapakan markah pb pelajar, pergi membuat lawatan pelajar li, menanda paper final, menyiapkan analisis item dan xcompile, mesyuarat sana sini, siapkan kertas kerja untuk program 2013 dan banyak lagi. pergh kerja2 ni mmg tidak pernah selesai.
dan yang PALING MAMA GEMBIRA ialah
hari ni bermula 10 am hingga 1pm mama menghadiri usrah helwa dan mesyuarat helwa ABIM di seremban. ada pengisian dan perkingsian yang bermanfaat. mama membawa semua tiga anak mama. abah menguruskan rumah tangga hari ni. anak2 mama perlu dibiasakan dengan suasana majlis ilmu seboleh mungkin. walau susah juga memandu ke seremban with the 3 kids, tapi mama puas hati sebab inilah mujahadah namanya. petang tadi selepas asar sepatutnya mama ke perhimpunan youth for gaza anjuran ABIM tapi puteri mama yang 7 bulan tidur sepanjang petang dan tidak jadilah mama ke sana. insyaallah ada peluang mama akan sertainya. balik rumah tghri tadi abah sudah siapa kemas rumah. sapu, mop, lipat kain, jemur kain dan memasak. pergh mmg suami mithali lah. dahsyat abah.
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Dec 8, 2012
mama masih di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Followers
My Blog List
-
-
-
Why did I become a Muslim? | Daud Kim5 years ago
-
Trip Percuma Shaklee 2018: Day 1 - Barcelona6 years ago
-
Lama tak pergi bercuti6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-
0 comments:
Post a Comment