cuti tahun baru cina hari tu mama sekeluarga mempunyai jadual yang padat dan membahagiakan. seawal hari sabtu kami mulakan dengan kerja-kerja rumah tangga di teratak cinta kami dengan sarapan, bersihkan rumah dan kerja laundry baju-baju yang bertimbun kami berlima tu. tengahri pula menghadiri kenduri akikah rumah jiran iaitu ustaz fadzil dan ustazah khadijah. mereka meraikan kelahiran anak ketiga mereka iaitu ilham. anak ketiga ini adalah lelaki selepas dua orang perempuan iaitu izzah dan iffah. balik rumah kemas barang untuk bertolak ke rumah mertua di tampin dan kemas sekali barang untuk ke gambang water park bawa anak2 bercuti sekali dengan menghadiri kenduri sebelah adik ipar di felda chini timur.
pagi ahad kami bertolak ke chini pukul 10 pagi dan sampai pk1 kat sana tgk ciksu dan ayah su zarir di arak ke rumah pengantin. hujan renyai2 masa. 12 biji kereta mengiringi pengantin dan semua keluarga kelihatan sangat gembira lebih2 lagi selepas tu kami terus bergerak ke home stay di gambang. cikdor, kaknik,abe mad,farid,abe loh, abe bahari, cik yah, acit terus balik. tinggal keluarga hj seman je utk acara family day di gambang.
kami menyewa home stay kt gambang kira2 40 minit dari chini. tiba di sana dah asar. dgn sewa rm200 mmg berbaloi ada 4 bilik tidur. so semua family dapat bilik kecuali ayah cik n cik la tidur kat ruang tamu depan tv. tp mmg selesa la. kami ber bbq selepas maghrib dan sampaikan hadiah hari jadi utk semua org malam tu. ada potong kek coklat kukus cikla yang sedap tu dan tgk tv beramai2. pk12 baru mama tidur. seronok tgk keluarga bergembira bersama. tahun 2011 kami meraikan hari keluarga di cameron highland dan tahun ini 2013 di gambang. semua orang dapat hadiah tuala mandi. mama beli tuala ni kat sakan gi shoping dgn liya kwn mama.
pagi isnin pukul 10 kami gerak ke gambang water park selepas sarapan kt rumah. sepanjang perjalanan kakak ara asyik tanya bila nak sampai. tak sabar la tu nak mandi kolam.ramai nya orang kat sana. nasib baik kami beli tiket kat tempat yang tidak ramai orang beratur. jadi, cepat lah kami dapat siap dapat diskaun lagi sebab kami ramai dan dikira harga kumpulan :-)
seronok melihat anak2 bergembira. abang fatih dan akak ara tak puas main air sampai kan kakak minta nak datang lagi sabtu depan. ara sgt gembira bermain air dgn sepupu2 nya kak ain, dikya, uyu dll.
indahnya hidup ini bersama keluarga berbahagia. tahun depan keluarga hj seman rancang nak ke pulau pula. sama ada pulau perhentian atau pulau lain. kpd semua (cek, kakza, kakta, kakni, yus, da) saya sayang semua. tak lupa juga abg2 ipar dan anak2 sedara yang mennigkat remaja dan comel2 itu. cikno syg kamu.
>>>lagi best jika arwah ayah (hj seman bin abdullah) masih ada. al fatihah :-)
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Feb 12, 2013
indahnya hidup ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-
1 comments:
a quality time together..
Post a Comment