Buat pertama kalinya hari ini 9 Januari 2019 mama
dapat isi minyak penuh tangki dengan nilai RM71.99 untuk kereta 1.8
cc. Selalunya RM50 tu baru separuh tangki.
Setelah sekian lama sejak 4 tahun tak pernah lagi isi minyak
penuh dengan harga begitu. Terkejut mama pagi ni pergi isi minyak yang tinggal
satu bar di bawah. Selalunya apabila mula isi dengan satu bar tinggal di bawah, RM90 lebih baru penuh . Memandangkan mama dapat tahu harga
minyak Ron 95 sudah turun, tak ingat berapa banyak turunnya, jadi mama hulurkan
RM80.
Sedang syok isi minyak, tiba-tiba nozel pam tu menolak keluar dan terus menendang beberapa kali. Kali kelima
menendang mama terus panggil pekerja dan menggamit mereka keluar. Sebab mama
tidak pernah ada pengalaman nozel pam minyak tendang begitu. Dalam kepada mama ada
juga terfikir “Eh, takkan dah penuh kot? Baru RM70! Tak pernah macam ni weh.”
Sebaik pekerja tu datang, dia terangkan bahawa itu tanda
tangki dah penuh dan mereka akan mengembalikan baki RM8 tu kepada mama.
Wah, ini sudah bagus!
Mama senyum, meletakkan semula nozel pam semula di tempatnya, menutup tangki minyak dan terus berjalan ke kaunter dan
mengambil baki RM8 itu.
Mama gembira!
“Enjoy a simple thing”
1 comments:
Bagaimana klu isi secara auto ttp tak tendang2 pun sampai minyak melimpah keluar! Dah kena beberapa kali dan habis cat keta, rim, tayar dan brek disk belakang berlumuran minyak petrol!
Post a Comment