Jan 7, 2019

LATIHAN PENGUCAPAN AWAM UNTUK CALON MPP 2019

. Jan 7, 2019


Pada hari Sabtu lepas 5 Januari 2019, mama diminta oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar memberikan pengisian kepada 41 orang calon MPP Polipd. Tajuk yang diberikan kepada mama ialah Pengucapan Awam atau dalam Bahasa Inggeris kita panggil Public Speaking. Tajuk ini antara tajuk kegemaran mama selain dari tajuk kepimpinan, komunikasi berkesan dan motivasi.

Slot diberikan kepada mama ialah semalam 120 minit. Mama bahagikan slot kepada 5 bahagian iaitu :
1)     Pengenalan ( 5 minit )
2)     1 minutes talk  iaitu setiap peserta ke depan berucap selama 1 minit ( 49 – 60 minit termasuk masa    berjalan ke pentas utama )
3)     Analisis bakat 13 pengucap awam terbaik. ( 20 minit )
4)     Perkongsian berkaitan tips pengucapan awam. (30 minit)
5)     Kesimpulan ( 5 minit )

Berikut adalah gambar semasa mama tengah beri penerangan. Semasa mereka bercakap ( 41 orang) tiada gambar disertakan.

Mama kongsikan 3 perkara yang paling penting sebagai Pengucap Awam yang baik.
1) Kandungan ( isi )
2) Kejelasan suara (bahasa, nada dan intonasi )
3) Gaya dan Penampilan (rupa diri, keyakinan diri dan eye-contact)

Seramai 13 orang dilihat dapat menjadi pengucap awam yang baik. Semoga semua peserta dapat input yang berguna dan memperbaiki teknik masing-masing untuk jadi pengucap awam yang lebih baik. Apa yang mengejutkan ialah semua 41 orang tidak membawa dan memegang sebarang  nota bertulis semasa berucap. mereka berucap dengan yakin dan spontan walau ada yang kali pertama ke depan bercakap.

Mama doakan semua dapat berkempen dengan berkesan dan menang pilihanraya kampus pada 9/1/2019 nanti.

          “ Pemimpin itu perlu benar dan berani ”






0 comments: