PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku". (lucu juga petua ni)
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam
lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. ia juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Dec 27, 2011
buat semua isteri
Labels: rumahtanggawassini
Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina
"Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya, tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya, kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah membelenggu hidupnya.Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam. "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia perlahan-lahan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu ke mana lagi nak pergi. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan> istiqomah...
sama-samalah kita memperelokkan ibadah..
insyaAllah
indahnya hidup ini
suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka
yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal
diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan
untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini
ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami
dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli
keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan
guru sahaja.
Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan
tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal)kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana
pula dengantuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang
memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan
keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.
Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah
di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai
bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan
tidak tahu hukumhalal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar
tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang
bermaksud:
"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu,kerana
sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu;
barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan
tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada
Allah dan Rasul-Nya."
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan
ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah
keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan
solehah.Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini
bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah
bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa
yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli
keluarganya."
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami
kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak
isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf.
Tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan
dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.Contohnya, mempelajari sifat
yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai
rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah
menerusi firmannya bermaksud:
"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan
isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan
menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika
disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan
mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum
agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan
ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas
dan berwuduk serta masalah haid,nifas dan wiladah. Juga mengenai
cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk
dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang
dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat
riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga
bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan
terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-
rakan, jiran tetangga serta masyarakat.
Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan
santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak
semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa
yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang
kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika
tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka
lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur
perangainya.
Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika
berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya.Memuliakan keluarga suami
lebih daripada yang lain.Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika
ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran
tetangganya.Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan
keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.
Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala
ujian dan perintah-perintah Allah swt.Ajarkannya batas-batas aurat
dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal
ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan,
dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya
isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang
patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun
senang. Dia akan menjadi insane yang sentiasa menjadi pendorong
serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa
mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam
menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak
mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha
mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli
keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka
(ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada
mereka."
6 oktober 2005
coretan ini adalah emel aku kepada group smkatj semasa ramadan tahun 2005. tanpa editting :-)
rindu seorang anak buat ayah
ayah...aku sgt rindu pdmu.. dulu tiap kali pas sahur ayah akan g surau...ayah lah jg yg kejutkan aku bgn sahur utk tlg mak aku msk..ayah aku suker mkn aku msk..lps subuh ayah akan temankan aku bc quran n tegur aku jika ada salah...ayah...aku amat merinduimu..ayah aku seorg yg ramah..selalu pujuk aku..selalu memahami aku..selalu jg aku..selalu amik berat ttg aku...selalu bg pandangan yg positif ttg aku..suka ketawa...selalu senyum...suker tlg org..suka org urut dier..ayah..aku teramat rindu pdmu....Read More »»
Aug 16, 2011
permata hati mama
Labels: familyazzahra oh azzahra.
semakin membesar semakin banyak perkara yang kamu pelajari.sudah lima tahun usiamu sayang.
- belajar berdikari tiap kali mama out station
- belajar basuh pinggan mangkuk di sinki lepas makan.
- belajar sapu sampah
- belajar kemas baju dan byk lagi yang telah kamu pelajari.
dan mama sangat bangga dengan kamu. semakin hari semakin sayang mama kepada kamu. kepetahan, kebijaksanaan kamu sangat menghiburkan hati mama walau kadang kala kenakalan kamu sangat menduga kesabaran mama dan abah. terutamanya tatkala mandi pagi sebelum ke sekolah. kamu suka mandi lama-lama sambil menyanyi-nyanyi seolah tiada apa yang hendak dikejarkan pagi-pagi begitu. aduhai anakku.
tengok gambar atas ni, sangat bagus anak mama kan. makan suap sendiri. kalau mama ada, mesti ngada-ngada nak mama suapkan kan. gambar ni abah ambil semasa mama out station bulan lepas.
gambar di atas diambil semasa hari ibu. memang kelakar kakak bg kad ucapan selamat hari ibu tapi menggunakan kad selamat hari raya tahun lepas yang tidak habis digunakan.
>>> kelincahan kakak memang sangat-sangat mengingatkan mama pada zaman kanak-kanak mama :-) mana tak tumpah kuah kalu tak ke nasi kan. Read More »»
sayang mama
alhamdulillah muhammad al fatih sudah berusia 1 tahun 2 bulan. dan dia masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya. sejak ramadan ini, mama mula dilanda sindrom M di pejabat. jadual pumping sudah banyak lari. jika dulu pam dua kali sehari. tapi sekarang sekali sahaja dalam sehari pam di pejabat. pernah juga tak pam langsung lantaran kesibukan mama dengan 7 kelas mama ajar semester ni. alhamdulillah stok susu di dalam peti ais banyak lagi dan cukup untuk fatih meneruskan penyusuan. tapi ada satu perkara yang merisaukan mama ialah dua botol mama bekalkan untuk fatih tiap kali tinggalkan dia di taska, kerapkali susu tersebut tidak habis.
mama perasan berat badan fatih pun tidak banyak naik. walaupun fatih nampak kecil, tapi jika di dukung, memang terasa padat sekali badannya. malam-malam memang tak boleh berenggang mama bersama fatih. tidak boleh tinggal main sorang-sorang mesti meraung. pendek kata melekat je fatih dengan mama. bak kata abah, " asyik nak berneneng je ". mama hanya boleh buat kerja rumah bila dia dah tidur. itupun dia tidur lewat. dekat pukul 11 baru nak tidur. kalu mama nak sambung kerja rumah ibaratnya mama tidur pukul 1 pagi lah. akibatnya mama pun turut tidur sekali. kerap juga dia bangun menyusu malam-malam. setiap sejam lebih dia akan bangun. akibatnya berlambak kerja rumah tak selesai. mujur ada abah yang memang rajin dan kakak yang semakin rajin membantu mama buat kerja rumah.
sedihnya, bulan lepas fatih naik bisul di kelopak mata kanannya. pada mulanya kami ingatkan sakit mata biasa saja dan bila ke klinik, doktor bagi tahu ketumbit dan dia bagi ubat kecutkan ketumbit tu. tapi ketumbit itu tetap membesar dan lebih parah lagi bernanah! sehinggalah nanah itu pecah dengan sendirinya di taska masa fatih tidur. ya Allah ngeri mama membayangkannya.
fatih sekarang masih belum boleh berjalan. tiap kali nak pimpin dia berjalan, dia suka melembikkan kakinya dan duduk. sangat suka merangkak laju-laju ke sana sini. hampir bersih lantai kat rumah di kerjakannya, aduhai fatih.
cikgu kat taska bagi tahu mama, fatih sekarang suka ikut orang azan. tiap kali dengar orang azan kt pusat islam (taska sebelah pusat islam) dia mesti ikut dengan gaya dan bahasa dia sendiri. memang comel. bila main kupiah abah pun selalu azan. comel betul gelagat fatih ni.
>>>raya tahun ni mama rancang nak belikan baju melayu utk fatih. mesti comel anak bujang mama pakai bj melayu. sama warna dengan abah nya. Read More »»
Jul 30, 2011
ramadan
Labels: muhasabah dirihari ni sabtu.terasa sgt malas nak buat kerja-kerja rumah seperti biasa. basuh baju, masak sarapan, masak lunch, sapu lantai, mop lantai, lipat bj...byk lagi...tp hari ni.mama mcm bercuti.duk umah dgn anak2. tengok tv bersama azzahra dan alfatih. makan apa yang ada je. sbb abah ke kl seharian.
dengan harapan dapat habiskan masa bersama anak-anak sebab minggu lepas mama out station. bermula khamis minggu lepas ke politeknik merlimau bagi ceramah coaching and mentoring di sana bersama kak mala dan en arman. then jumaat ke bentong pahang ceramah event management di dusun eco resort. isnin bersiap ke uniten. selasa - khamis berada di uniten untuk menyiapkan modul coaching untuk politeknik bersama pasukan coach yang lain.
jumaat semalam di pejabat ada kenduri tahlil sempena nak sambut ramadan. juadah sedap terutamanya nasi dagang yang di bawa oleh liza, soto dan banyak lagi.
mama berharap ramadan kali ni mama dapat teruskan aktiviti seperti biasa terutamanya penyusuan fatih. risau juga kerana ramadan tahun lalu fatih kencing berdarah sebab susu mama kurang akibat puasa. masa itu fatih baru dua bulan lebih. sekarang fatih dah setahun lebih dah makan nasi dan lain-lain. harap Allah mudahkan.
Azam Ramadan kali ni:
- tambah ibadat sunat
- khatam Quran
- pengepaman di pejabat 2 kali
- sahur tak tinggal
- minimumkan beli juadah berbuka (hanya dua kali seminggu)
- kumpul duit untuk beraya di kampung bersama saudara mara... dah lama takjumpa anak sepupu nurul huda akmal
- kurangkan makan - kurangkan paling kurang 2 kg sebulan ramadan.
- nak ajar fatimah azzahra berpuasa sebab solat dia dah pandai.
semoga Allah beri peluang ramadan kali ni puasa penuh juga seperti tahun lepas :-)
>>>abah minta ramadan ni tak beli jaudah kt bazar, tp mama tak sanggup sbb sgt rindu kuih akok dll yg mama tak tahu masak.
Jun 21, 2011
anda pasti ada kawan
semua org mempunyai kawan. tidak kisahlah kawan yang ramai atau pun sedikit atau mungkin hanya seorang jer kawan kita. tapi tetap ada kawan. kawan masa kita kecil adalah antara kawan yang tidak mungkin kita lupa. kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. lebih lagi kawan bermain ms kanak-kanak. zaman kanak-kanak adalah satu zaman yang penuh keriangan, kejujuran dan cabaran (padahal permainan sebenarnya) :-).
begitu juga dengan mama. mama mempunyai ramai kawan. boleh dikatakankan sudah seribu lebih rasanya kawan mama bermula masa kecil hinggalah sekarang. tapi mana mungkin mama lupakan kawan semasa kanak-kanak. mama dibesarkan di besut terengganu sejak lahir hinggalah umur 12 tahun. zaman inilah banyak pengalaman yang berharga dan penuh dengan kenangan yang manis. antara kawan yang rapat masa zaman ini ialah Ramlah binti Abdul Rashid. atau mama lebih mesra memanggilnya dengan panggilan Melah.
melah seorang kawan yang sangat baik. rumah melah terletak hanya 500 meter dari rumah mama. melah seorang yang cantik, kulit putih bersih, jari runcing, rambut lurus, suka ketawa, lemah lembut, kening terbentuk dan sangat ramah mesra orangnya.
permainan kegemaran kami ialah batu selambut (batu seremban), tudung botol, saidina, main anok rumoh (masak-masak) dan zero point (lompat getah). melah sangat pandai bermain selambut. jarinya yang runcing cukup cekap menyambut batu-batu kecil dan mama selalu bersaing dengan melah dan dia selalu menang. bila menang dia akan ketawa kuat-kuat. oh masih terbayang wajah dia ceria melah tiap kali kalahkan mama.
mama sangat suka bertandang ke rumah melah. tiap kali penat bermain, mak melah akan jamukan kami dgn makanan yang sedap-sedap dan yang paling mama gemar ialah makan tengah hari di rumah melah nasi lauk gulai lemak nangka dan ikan goreng. kami org terengganu mmg tak boleh tinggal ikan goreng. mak melah atau mam pggl mok cik mek sgt gemar melayan karenah kami masa makan. kalu melah dtg main kt rumah mama pula kami suka panjat pokok celagi dan makan colek buah celagi (asam jawa) di atas pangkin di bawah pokok dan main buaian di situ sambil berlumba buai siapa paling tingi ayunannya. hah yang ni mama menang selalunya.
melah memang penyabar. dia tidak pernah marah. sesuai dengan kesabaran, kelembutan dan keramahannya, dia sangat disenangi oleh semua orang. persahabatan kami tidak pernah sekali pun mengalami perselisihan faham, pergaduhan atau pun merajuk. aduhai, sungguh tulus persahabatan kami. kami sering berbasikal sekeliling kampung bersama kawan-kawan kami yang lain iaitu miza, mekna, juli, norma dan amy. kami sgt rapat. malah kami juga berbasikal bersama-sama ke sekolah iaitu sekolah rendah kebangsaan tengku mahmud 1. bermain, belajar dan bergurau bersama. sungguh indah zaman kanak-kanak. yang paling tidak dapat dilupakan ialah melah selalu tidak lupa berikan hadiah tiap kali hari lahir mama walaupun hanya bagi makanan ringan tapi dia tetap ingat.
semua tinggal kenangan.
apabila mama menginjakkan kaki ke tingkatan satu, mama bersekolah di sekolah berasrama di kuala terengganu (smka tok jiring) dan sebulan sekali dan bila cuti sekolah mama balik kampung berjumpa keluarga dan melah. masa berlalu tanpa disedari dan melah semakin dilupakan. tetapi semasa mama bertunang dan berkahwin, melah datang membawa hadiah. mama sangat terharu dengan kehadiran melah. hampir menangis mama tengok melah datang masa hari bahagia mama.
melah sekarang selalu sakit. dan melah perlu sentiasa berjumpa doktor pakar. melah ada darah rendah dan kadang-kadang diserang sawan. mama pun tidak pasti penyakit sebenar melah. kesian melah. tiap kali mama balik kampung teringin ziarah melah tp hanya beberapa kali sahaya mama berkesempatan memandangkan mama balik kg pun sekejap sahaja. melah pernah sambung belajar di ikm, tapi hanya separuh jalan kerana sakit. sekarang melah masih di kampung dan dijaga oleh maknya.
ya Allah, berilah kesembuhan kepada melah agar melah juga dapat menjalani kehidupan seperti org lain. berkahwin, mempunyai keluarga, bekerja dan bahagia seperti yang melah harap-harapkan.
melah, semoga persahabatan kita ke akhir hayat. semalam mama cuba telefon melah tapi tidak dapat. mungkin melah sudah tukar nombor telefinnya. semoga melah baik-baik saja di sana.
>>> kita ramai kawan dan pastinya kita sayang kawan-kawan kita kan. kita merancang dan Allah juga merancang. sudah pastinya perancangan Allah adakah yang lebih baik. amin.
Jun 20, 2011
alangkah bahagianya
alangkah bahagianya apabila seorang isteri itu dapat menjaga suaminya seperti mana yang dikehendaki suaminya. bahagia nya kerana mama hari ini telah memasak untuk abah dan anak-anak.abah puasa hari ini tanpa mama ketahui. sebenarnya abah dah bagi tahu mama tapi mama lupa. pukul 7 malam baru mama tahu dan masa tu juga baru mama masuk dapur. mama masak ringkas sahaja kerana nak kejar waktu berbuka puasa. mama masak nasi. mama tgk beras tinggal 1/2 cawan sahaja. memang tidak cukup. jika mama khabarkan hal ini kepada abah sudah pastinya abah akan makan sedikit sahaj kerana bagi keutamaan kepada mama dan anak-anak. jadi mama teruskan masak seperti biasa. mama masak lauk sardin, kacang buncis+ bilis dan goreng tempe. lauk yang ringkas kerana nak kejar masa. dalam masa 15 minit siap semuanya. mama mesin bubur untuk fatih. masuk sj waktu maghrib, abah dan zahra mula makan dan mama suapkan fatih. tgh2 makan abh perasan mama tidak makan nasi.
abah tanya.: mama tak makan?
mama jawab: tak
mama teruskan menyuap fatih. bila nasi abah sudah nak habis,
mama : abg, beras dh habis. td last tinggal setgh cawan, lupa nak bg tahu
abah : hbs tu mama nk makan apa?
mama: roti ada...pisang ada....
abah : kesian mama...
mama sgt bahagia jika keluarga mama bahagia...kenyang perut rasa menyaksikan org2 tersayang kenyang. alangkah bahagianya apabila membahagiakan.
>>>kita hidup dgn apa yg kita dpt. tp kita bina kehidupan dgn apa yang kita berikan ;-)
ayah - by aisyah
ayah adalah hero pertama saya
al fatihah buat allahyarham Haji Seman bin Haji Abdullah
saya hanya mempunyai seorang ayah.
saya sangat sayang ayah saya
tapi ayah saya telah pergi buat selama-lamanya
meninggalkan kami sekeluarga
tatkala saya ingin disatukan di hari bahagia saya
tarikh 3/4/2005 itulah tarikh ayah pergi
ayah
masih terbayang lagi wajah ayah
berlesung pipit dan berkulit cerah
wajah tua ayah yang menderita sakit tapi sentiasa ceria melayan anak dan cucu-cucu
semasa majlis konvokesyen ijazah pertama saya
ayah menyatakan hasrat nya untuk turut menyaksikan kejayaan saya menggenggam segulung ijazah
tapi waktu itu kesihatan ayah tidak mengizinkannya untuk bermusafir jauh (besut - johor)
hanya ibu dan adik yang datang
ayah pasti sangat bangga jika ayah juga ada di sana
kerana hari konvo itu lah saya menyampaikan ucapan selaku wakil graduan
di hadapan seribu graduan, ibu bapa, pensyarah saya dan keluarga saya
yang tidak ada hanyalah AYAH
oh ayah
semasa konvo ijazah kedua saya
ayah telah tiada
ayah pastinya bangga jika ayah ada di sana kerana saya sudah berjaya ayah!
seperti harapan ayah untuk melihat saya bergelar
pelajar cemerlang dan menjadi seorang pensyarah atau doktor seperti yang ayah bagi tahu dulu
ayah
masih saya ingat ayah selalu berpesan
'sembahyang jangan tinggal'
itulah kata-kata ayah tiap kali saya telefon ayah
ayah
saya tahu dan sangat yakin ayah sangat bangga dengan saya
kerana ayah tidak pernah risau tentang saya
saya selalu mendapat keputusan cemerlang tiap kali peperiksaan
saya selalu membawa pulang hadiah tiap kali masuk pertandingan
saya selalu berjaya dalam apa jua yang saya buat hingga jadi siulan jiran-jiran di kampung kita
saya selalu membuatkan ayah bangga dengan semua kejayaan saya
ayah
saya sangat rindukan ayah
rindu nak peluk ayah kuat-kuat
rindu nak cium tangan ayah
rindu nak ayah rasa duit hasil titik peluh saya
rindu nak ayah memandu kereta saya
rindu nak ayah peluk dan cium cucu-cucu ayah
rindu nak ayah mengenali suami saya dengan rapat
rindu nak ayah makan masakan saya
rindu nak ayah datang ke rumah saya
rindu nak tengok wajah bangga ayah
ayah.....walau ayah sudah lama pergi
tapi didikan ayah serta nasihat ayah masih tersemat di hati ini.
semoga ayah tenang di sana.
>>>sangat sebak bila fikirkan tentang penderitaan ayah melawan penyakit kencing manis sehingga jari-jarinya terpaksa dipotong. tp ayah tetap tabah.
Jun 19, 2011
pesanan buat diri sendiri
di dalam kehidupan ini apakah yang kita cari? apakah yang kita harapkan? apakah yang kita nantikan? seringkali mama berfikir.
selama kehidupan ini 30 tahun alhamdulillah diberi umur ini. adakah kehidupan kita sekadar di pejabat sahaja? 5 hari seminggu kita bekerja bertungkus lumus untuk memuaskan hati semua. hati bos, hati kawan sepejabat, hati org bawahan kita. mama ingat kita bukan sahaj seorang pekerja. tetapi kita juga
1. seorang ibu
2. seorang isteri
3. seorang anak
4. seorang menantu dll
5. seorang ahli masyarakat
dan banyak lagi. kdg2 mama fikir, di pejabatlah kita paling banyak habiskan masa kita. 5 hari seminggu. malam sahaja kita bersama keluarga. jika keadaan kita di pejabat gembira, sudah pastinya kita akan gembira dalam kehidupan ini. keseronokan bekerja amatlah penting pada mama. bagaimana untuk seronok bekerja? jika kita dapat menjalankan tugas dgn jayanya, tiada tekanan kerja dari bos, dapat sokongan dari teman sepejabat dan dapat tunjuk ajar yang sewajarnya dari org2 yang lebih pengalaman dari kita.
adakah masa di pejabat kita tidak cukup untuk kita membuat kerja sehingga kita terpaksa membawa balik tugas yang tidak selesai ke rumah? jika anak mama ada kerja sekolah, jadi kalau mama juga bawa balik kerja bermakna mama bawa balik kerja 'kerja' atau kerja pejabat. ini membawa makna yang lebih jelas kerana masa bersama keluarga dan masa rehat di rumah sudah berkurang. mama memang tidak setuju jika kerja pejabat terpaksa di bawa kerumah. masa mana nak masak? masa mana nak tengok kerja sekolah anak? masa mana nak ajar anak mengaji. lebih lagi masa untuk kita menyumbang kepada masyarakat? masa buat kajian? aduhai semua tentang masa.
kadang-kadang juga kita perlu ingat. kita bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga + untuk membantu masyarakat..... bukannya untuk sekadar memuaskan hati majikan semata. yaAllah semoga kita semua mendapat petunjuk dari Mu...
>>>tidak ada masa utk mekap lebih baik dari tidak ada masa utk bc quran :-)
Jun 14, 2011
selamat ulangtahun kelahiran muhammad al fatih setahun
semasa entry ini ditulis, mama baru saja selesai menjalani bengkel penyelaras kursus di jka. semalam 13 jun genaplah setahun usia anak lelaki mama muhammad al fatih bin noorhafiz. selama setahun jugalah perjalanan mama bersama fatih berjuang dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif tanpa susu formula. terlalu banyak suka duka pengalaman mama dalam membesarkan fatih sepanjang setahun fatih menjengah dunia ini. banyak juga dugaan yang kami hadapi termasuk pengalaman sepanjang mengandung dan melahirkan fatih sehinggalah genap usia nya setahun semalam. betapa bermaknanya bergelar ibu.
>>>nanti mama akan sambung lagi entri ini dengan cerita tentang cinta mama dan fatih
May 9, 2011
panazzzz
panazzzzz? sekarang ni mama rasa panas sgt cuaca kt luar sana. malam td ms tgk tv pun berpeluh2 mama dan anak2. mama teringat tahun lepas bulan yang sama iaitu bln 5 lah mama beli air cond utk bilik tidur kami. masa tuh mama mengandungkan al fatih. cuaca pns sgt. kami beli aircond yang murah rm800 harga nya jenama fujiaire. ada ionizer lagi. masa mengandungkan fatih memang payah nak tidur malam kerana cuaca sgt panas. masa kami beli air cond thn lepas tauke kt kedai tu pun bg tau byk laku aircond masa tu.
tp skrg kami kena kurangkan guna aircond sbb fatih mudah dpt batuk berkahak bila suhu sejuk. so kami set suhu 28 darjah celcius dan kalu sejuk kami perlu tutup utk elakkan fatih batuk2. kesian anak mama. cuaca panas skrg tidak mungkin membenarkan kami guna kipas sahaja. tak cukup utk menyenyakkan kami malam yang panas begini. adakah ini kesan global warming. bumi sudah tua. pokok sudah kurang. matahari semakin membara. ye ke?
kepada semua, mama nasihatkan bykkan minum air dalam keadaan cuaca panas sekarng ni. kita akan mudah skt kepala jika kurang air dalam badan. tambah2 cuaca skrg yg sgt panas. fatih pun mama bekalkan air masak bersama susu ibu di taska. kakak mama tak risau sgt sbb dia memang suka minum air masak.
skrg di mana2 ada dengar rungutan cuaca sgt panas. mama pun ikutkan hati nk pakai bj from kain cotton je dtg ofis supaya lebih selesa. tp mama ada satu pasang je kain cotton. huhuhuh..jeles dgn si marlya yg br sj menempah 9 pasang bj cotton dgn shifa utk ke pejabat. wah!!!! kelazzz ko liya tindakan yg bijak di musim panas ni.
mama >>> cuaca yang pns ini mengingatkan kita pada padang mahsyar... lagi panas... masyaAllah! so beringat2 lah.... :-) Read More »»
pekerja contoh?
wah baca tajuk ni macam mama je yang jadi pekerja contoh.hehehe..sebenarnya mama nak cerita sikit tentang pejabat mama.
sejak bos baru ambil alih jabatan mama, pelbagai perubahan telah berlaku :-) termasuk anugerah pekerja contoh bulanan. bulan ni pekerja contoh ialah kak zila. mama memang respek kat kak zila ni sebab memang sangat tekun bekerja dan memang she very deserved for it! mama percaya dengan adanya anugerah seperti ini kak zila semakin bermotivasi utk bekerja lebih bagus lagi. mama pun tidak pasti bila agaknya mama akan jadi pekerja contoh.ahaks :-) tidak mustahil tapi macam lambat lagi je. hehehehe.... ada seorang lagi pekerja kat jabatan mama yang mama suka sgt tgk cara dia bekerja selain kak zila ni iaitu tn hj mahmud. fuhhhhh mmg berdedikasi org nya. selalu blk lewat sbb siapkan kerja2 kt pejabat. dan sanggup buat kelas tambahan utk pelajar2 beliau. teringin nye mama jd serajin itu! ada lagi beberapa org yg memang rajin bekerja spt kak nik dgn jadual waktu, kak huda yang tak jemu2 membuat aktiviti taska poli, kak zai yg sentiasa rajin mama tgk, kak jijah yg mmg solehah dan rajin. kak asmah yg rajin buat nota, aduh ramai nye yang rajin. bukan senang nak jadi rajin tau sampai ada seminar utk ajar bg mana nak jadi rajin! jgn tak caya tau!mama tgh kumpul semangat ni...caiyok2 mama azzahra al al fatih :-)
Rasulullah pun ada berpesan supaya kita rajin bekerja dan sentiasa mematuhi arahan pemimpin selagi arahan tersebut tidak bertentangan dengan syariat. subhanallah Islam itu indah kan. pejabat tempat mama mencari rezeki so mama kena rajin bekerja dan sentiasa berdedikasi untuk memastikan keberkatan rezeki yang mama dapat. selagi mama berdaya. cewah :-) mmg kita manusia biasa kdg2 motivasi tinggi kdg2 motivasi rendah.
td kami meeting dan mama rs seronok ms meeting td. suasana ceria dan sgt produktif. tp rs sedikit kecewa dgn pencapaian beberapa pelajar yang kandas di tgh jalan :-(
mama mula fikir >>>>>>> apakah yang akan berlaku kepada mereka yang gagal ini? Read More »»
wah! berangan ye!
saja nak tambah mood mama hari ni. mama nak berangan sikit. boleh kan. mama teringin sangat memiliki kereta honda stream macam ni.
apa lg nak berangan ni? emmm mama berangan nak gi melancong ke eropah. eropah???? wah eropah gitu. agak2 nya berapa bujet tu? tp sebelum nak ke eropah tuh mestilah ke mekah dulu! oklah mama nak sambung buat kerja...seronok nye berangan2 kan
:-) Read More »»
May 8, 2011
byk dlm pale otok mama
Labels: muhasabah dirimalam2 begini mama masih lagi belum tidur. anak2 semua dah tidur. rasanya sudah lama mama tidak menulis blog ni. mungkin mama akan terus jadikan blog ini sebagai tempat untuk mama berkongsi rasa hati mama ini. sebagai wadah untuk mama muhasabah diri. :-)
hari ini mama sekeluarga ke jaya jusco untuk jalan2 dan send time together sambil makan2 dan shoping brg rumah sikit.ramai betul org kt sana. fatih kelihatannya sgt suka dgn tempat org ramai. emmm so memang takde masalah utk bw dia ke tempat yg crowded tp masalahnya ialah penat nk mendukung..biasalah kan bila dh berjalan nanti penat nk mengejar pulak.hehehe...
sejak akhir2 ini, mama seringkali berfikir tentang beberapa perkara.
1- sampai bila mama nak stay kt kuates ni? ada kawan mama tanya, sampai pencen ke nak duduk kat kuates kerajaan?
2. sampai bila mama nak stay kt kerja kt pd ni? teringin juga nak kembali ke kampung halaman. dulu ikut perancangan 2010 blk terengganu. tp sampai skrg masih di sini. ntahlah...sejak mama berusia 13 tahun duduk asrama. masuk universiti dan berkahwin terus duduk di perantauan.
3. apakah perasaan mama sekarang? mama pun tidak pasti :-(
4. teringin membeli rumah tapi macam tiada motivasi ke arah itu. bayar kereta pun hampir rm900 sebulan. aduhai....
5. teringin merasa kereta baru tapi bila fikirkan semula nampaknya mama kena bertahan samppai kereta ni habis bayar baru fikir langkah seterusnya.
6. nak buat haji dan umrah. tp macam mana dgn anak2? tunggulah fatih 2 tahun :-)
7. ibu yang sudah berumur 68 tahun selalu telefon dan menyatakan kerinduan pada mama. bila agaknya mama nk blk ni?ara pun selalu bertanya bila nak main dgn sepupu2 nya. aduh resah juga mama ni.
8.mama yg suka memendam rs
9.mama pk pam mama yg rosak dan botol susu ebm makin kurang.aduh...
10. MASA DEPAN MAMA...ini yg plg penting. nk smbung phD ...atau nk ambil master satu lagi atau amik degree satu lg utk kepuasan mama target 1st class.nk wt phd kt oversea,family mcm mn?
>>>mama makin sarat dgn pemikiran
May 3, 2011
mama kembali
Labels: familyassalamualaikum semua.
1. mama out station shah alam, arau, seberang perai sbb bagi ceramah coaching. banyak cerita berkaitan ceramah yang mama sampaikan dan tidak lupa juga tentang operasi penyusuan secara ekslusif walaupun berjauhan dari al fatih.
2. al fatih masuk wad selama 5 hari sbb pneumonia :-(
3. adik ipar mama kahwin (satu-satunya adik my hubby) - mama dapat biras baru :-)
4. percutian family di cameron highland
5. isu ummat semakin kritikal (isu DNA, video)
6. prince william kahwin
7. osama bin laden meninggal (amerika laporkan)
banyak lagi ....... tak terkejar mama.
hari ni mama selsema teruk juga. bermula semalam mama tak larat sangat nak pergi pejabat. abah nasihatkan ambil cuti sakit tapi nak pergi klinik pun mama tak larat. yang mama larat duduk depan komputer je :-) boleh gitu ek?
sebenarnya mama sekarang sedikit susah hati sebab stok ebm (susu ibu) untuk al fatih sudah semakin berkurang memandangkan mama sudah kurang pam pada masa pejabat. sekali sehari je pam. itupun dapat 8 oz sekali pam. al fatih perlukan 10 oz sehari. jadi terpaksa gunakan stok ebm sedia ada. kenapa hal ini berlaku. ini adalah kerana pam elektrik mama rosak. masih belum hantar servis. so mama terpaksa tumpang pam kak nik atau lina (kawan2 pumping berjemaah kt ofis). lama-lama malu juga kan pinjam pam org. kalu tidak mama pam guna yang manual medela harmony mama. tapi dah nama pun manual lama lah sesi pumping nya kan. macam malam tadi seharian tak pam sebab tak sihat. so masa fatih tidur malam tadi mama pam sambil tengok imam muda dapatlah 5 oz selama 30 minit pam.
inilah pam spektra mama yang rosak tu. kalau ikutkan, kerosakan yang dialami ialah casing dia retak so kena tukar casing dan kosnya dalam rm60 saja. tapi punyalah payah nak kena pergi ke usj utk servis atau pos. mama rasa mama nak pos je.
yang ni pula ialah medela harmony iaitu pam manual. pam ni lah yang mula-mula abah belikan semasa mama berpantang hari tu. sangat berjasa.
mama memang bercita-cita untuk menyusukan al fatih selama 2 tahun. semoga misi mama ni berjaya. mama sangat berterima kasih kepada kak huda (nurhuda ismail) kerana beliaulah yang banyak memberi semangat kepada mama di kala mama lemah semangat dalam bidang penyusuan masa confinement period tempoh hari.
>>> kesihatan mama + al fatih + azzahra + abah tidak berapa baik. mama sedikit risau :-( Read More »»
Feb 25, 2011
^aku sgt merinduimu^
Labels: muhasabah diriFeb 15, 2011
^smile to read^
mama nak kongsi :-)
We have 3 stages of life...........
Teen age:
Have Time + Energy ...but No Money
Working Age:
Have Money + Energy ...but No Time
Old age:
Have Time + Money ...but no Energy
Read More »»
Feb 8, 2011
^weekend @ bowl ^
Labels: familyFeb 6, 2011
NIKMAT..SYUKURLAH
Labels: muhasabah diriJan 31, 2011
azzahra n alfatih ikut mama gi program senibina
Labels: family, senibinatak sampai 10 minit dah sampai ke sana dari politeknik. dekat je tempat ni.abah datang juga lewat malam sebab nak temankan kami. maklumlah seram juga tidur bertiga di bilik ala-ala apartment macam tu. kata orang tempat tu keras.mestilah keras. guna konkrit dan batu bata.hehehe.
sepanjang program berlansung,mama tiada masalah nak handle kaka sebab dia ada ramai kawan kat sana. kak as dan kak yati bawa anak2 mereka dan fatih pula ramai kakak dan abg blh tlg jaga bila mama ada sesi bersama student. fatih tak meragam pun dan sgt pandai bersosial.cuma kalu penat dia tidur dgn lenanya di tgh2 aktiviti. hehehe..jom layan gmbr mereka. :-)
Jan 28, 2011
event management (part3)
Labels: event management, kepimpinansoalan 13
macam mana hendak selesaikan masalah event yang dianjurkan bertembung pada hari yang sama
>adakah ajk yang sama?adakah peserta yang sama?
>kenalpasti punca pertembungan dan elakkan hal yang sama berulang
>sediakan takwim perancangan dan mesyuarat penyelarasan di dalam jawatankuasa induk.
>promosi awal programkerana jika ada yang rancang tarikh yang sama, mungkin blh tukar tarikh sbb tak nk bertembung dgn program kita.
>adakan back up plan.
soalan 14
bg mana nk bahagikan masa study dan masa untuk pimpinan tggjwb yang diberikan
>dalam kelas, berikan sepenuh tumpuan. buat semua tugasan yg diberi di dalam kelas. jgn ingkat arahan pensyarah. jgn bg alasan kepada pensyarah. tunjuk teladan dan cth yg baik di dalam kelas kepada kwn2 dan pensyarah.
>jgn bertangguh buat tugasan. vr kawan yang memahami dan menyokong.
>perlu bina kekuatan diri dari segi akademik supaya kwn2 suka satu kumpulan dgn kita dan menyokong kita.
>dapatkan sokongan pensyarah dan beri komitmen dalam kelas dan aktivti dlm kelas.
>hargai masa, jgn buat perkara2 yang rugikan diri.
>bw tugasan atau bahan ulangkaji tiap kali ada meeting atau aktiviti luar. ada masa blh study.
soalan 15
mcm mana nk tahu amanah yang dipikul dilaksanakan dgn sempurna
>perlu ingat tiada yang sempura ;-) tp blh dilakukan sebaik2 nya
>senaraikan bidang tugasan anda dan buat semakan secara check list.
>matlamat event dan organisasi berjaya dicapai ;-)
>jiwa tenang
>kurang rungutan dari org yg dipimpin
>muhasabah diri. baik org tak suka dari Allah tak suka. tp percayalah jika kita buat baik, kebaikan itu akan juga menarik kebaikan which is mudah org terima :-)
soalan 16
aktiviti utk dianjurkan oleh jpp, jpk dan rakan pi
>hari keluarga ppd
>minggu kebajikan pelajar ppd
>dialog pelajar
>hari kecemerlangan pelajar
>malam penghargaan kepimpinan pelajar - anugerah tokoh pelajar dll
>khidmat masyarakat > bersih pantai
>kempen kitar semula
>semua benda yang melibatkan misi dan visi poli dan bersifat kemanusiaan which is dikongsi bersama1
>kem sukarelawan pelajar dll ..banyak lg!
soalan 17
matlamat sesebuah event dutujukan kepada siapa
>peserta
>organisasi
>penganjur
>dll
soalan 18
sumber kewangan tak cukup
>dapatkan tajaan
>dapatkan sukarelawan dan libatkan mereka
>jika sumber kewangan untuk makan tidak cukup. blh buat masa bulan puasa.
>dapatkan sumber2 sedia ada spt alat tulis dll yang blh di dapati secara percuma.
bersambung
event management (part2)
soalan 8
macam mana nak buat planning awal untuk rancang sesuatu event
>ketahui kekuatan committee sbb kadang2 dalam masa satu minggu pun blh buat event jika strong ;-)
>dapat saja idea @ isu, tuliskan dalam satu kertas nama program, matlamat, objektif, aktiviti, peserta, bujet dll. ini dipanggil idea awal.
>paling kurang pun 2 minggu sebelum event paper work dh hantar.
>tarik ajk dan kongsi idea bersama 2-5 org ajk. buat surat lantikan ajk. buat meeting. then buat paper work properly. pastu submit kepada penasihat. dan jalankan aktiviti seawal mungkin.
>buat takwim perancangan di awal semester. berkaitan bujet dan tarikh sgt penting.
soalan 9
bg mana nak pastikan keadaan sentiasa terkawal
>ajk kena prihatin dan jgn syok sendiri borak2 bersama ajk sahaja
>tumpukan perhatian kepada peserta dan perjalanan majlis
>setiap ajk incaj tugas masing2. jgn leka
>dapatkan bantuan pihak yang berkelayakan jika perlu spt pengawal keselamatan dan polis jika perlu.
>perlu ada org yg berpengalaman untuk dirujuk semasa majlis berlangsung
>ajk keselamatan dan kawalan blh diwujudkan
soalan 10
bagaimana nk jalankan tugas jika ada 2 jawatan dalam satu masa
>seboleh2 elakkan hal ini,
>jika terpaksa juga, pastikan 2 tugas itu tidak sama beratdan tidak bertembung dalam satu2 masa.
soalan 11
tetamu vip yang tidak mesra
>tidak perlu ckp apa2..senyum sahaja sudah cukup jika mereka mcm tak nak layan anda
>mulakan perbualan dgn bertanya hal-hal spt "bagaimana perjalanan td?" tuan perlukan apa2? dll.
soalan 12
bg mana nk rancang kos dan modal bg sesuatu majlis
>ketahui apa yang perlu diutamakan cth bayaran penceramah jika program ceramah, pembelian barangan sukaneka dan hadiah sukaneka jika program sukaneka.
>senaraikan semua keperluan program - bergantung kepada jenis event. lepas dh senarai, ketahui sumber dan harga yang plg berkesan, mudah dan murah didapati.
beersambung
event management (part1)
soalan 1
macam mana nak bagi peserta dapat input yang sepenuhnya
>berilah dari hati, insyaAllah turun ke hati
>pastikah bahan yang digunakan ialah up to date, senang difahami, mudah dilihat, kena pada kumpulan sasaran iaitu sangat berkait rapat dengan latar belakang mereka, menarik minat mereka.
>edarkan borang soal selidik
>buat program susulan untuk mengetahui kesan kepada peserta
>adakan hubungan atau jaringan dgn peserta selepas program
>beri sepenuh perhatian semasa program
>tunjukkan minat terhadap mereka dan raikan mereka.
soalan 2
macam mana nak bagi pelajar seronok
>ketahui minat mereka dan buat bersama mereka apa yg mereka minat
>sediakan ganjaran jika mereka beri kerjasama seperti jawap soalan kita dgn betul
>libat sebanyak mungkin mereka di dalam aktiviti kita
>jaga kebajikan mereka dari segi makan, kesihatan dll
soalan 3
macam mana nk uruskan masa dengan baik
>ketahui keutamaan dalam urusan
>jgn bertangguh bila dapat sesuatu tugas
>jaga solat di awal waktu
>berkawan dengan orang yang menepati masa
>bahagikan masa, rancang masa ikut minit,jam dan hari.
>buat jadual kerja ikut 4 peringkat (urgent n important, urgent but not important, not urgent but important, not urgent and not important)
soalan 4
macam mana nak elakkan perselisihan faham antara ajk
>ingat, perselisihan itu biasa. cuma kena tanganinya dengan bijak ;-)
>ketua mainkan peranan dalam mendamaikan ahli.
>ingat matlamat organisasi, bukan matlamat individu
>saling menerima kelemahan
>ketahui apa yang mungkin menjadi punca perselisihan dan jgn menuju kepada punca tersebut
>yang tua sayang yang muda, yg muda hormati yg tua. mudah kan!
soalan 5
mengelak pelajar mengantuk
>bagi gula2
>aktiviti regangan iaitu senaman ringan
>tengok pelajar yang mengantuk dan tanya "amir, awak sakit ke?"
>buat aktiviti yang libatkan setiap org menyumbang idea atau tenaga.
soalan 6
cenderamata yang sesuai
>bergantung kepada siapa, program apa dan bujet
>buku, buah-buahan, pakaian spt kain songket, kain bj kurung, topi, tudung,barang perhiasan, alat tulis, dll
>ketahui minat orang yang nak diberi cenderamata untuk mengambil hatinya ;-)
soalan 7
bgmana nak dapatkan komitmen dalam melaksanakan program
>pengurusan masa yang baik supaya ajk tidak rasa tertekan dan tergesa-gesa
>berkongsi kebaikan program dan ingatkan ganjaran di sisi Allah jika kita membantu melaksanakan perkara baik.
>adakan jamuan dan jaga kebajikan ajk
>sediakan sijil penghargaan
>sediakan ganjaran (pujian dan sebagainya)
bersambung.....
Jan 25, 2011
al fatih
Labels: family* mama tgh bz lah tersangat kt opis. waktu rehat pun tak terasa rehat. pk 1 semua masih sibuk termasuk mama. sbb tuh mama nk rileks sekejap dgn ingtkan fatih. jap lgi nk blk umah nk pam susu utk fatih. Read More »»
Jan 5, 2011
is getting worst!
Labels: muhasabah dirisemalam abah ajak mama gi klinik sbb mama punya selsema tak baik-baik. macam mana nak baik. mama tak makan pun ubat yang abah suruh makan. katanya ubat tu tidak menyebabkan mengantuk. tapi mama tak makan juga.
hari ni mama punya suara pun macam susah nak keluar. selsema mama makin teruk. kahak pun banyak. hingus pun keluar juga. aduh tapi mama malas nak makan ubat. boleh gitu?
tadi lepas kelas design dgn hj ghafar, mama gi susukan fatih kat taska. mama tengok fatih pun ada kahak. risau juga mama. jarang mama selesema teruk macam ni. biasa minum air banyak kejap je baik.
ya aLLAH... inilah ujian...mama rasa mama kena juga makan ubat!
Jan 4, 2011
^payah juga tak pernah merasai kegagalan^
Labels: muhasabah dirimama sedang cuba membantu seorang klien mama yang sedang menghadapai kegagalan. tapi mama juga ada masalah di sini. kerana mama tidak ada pengalaman gagal dalam akademik. Ya Allah adakah penting untuk kita pernah merasai kegagalan? mama tidak pernah gagal dalam akademik setakat ini alhamdulillah tapi kegagalan yang lain pernah lah seperti percintaan dsb... hehehe :-)
>>> try to 'hadam' masalah klien mama ni. this friday her family gonna see me and get some ideas from me. mama try to get some inspiration regarding this isue :-)
^dulu dan sekarang^
dulu mama byk masa gi jejalan ziarah kawan2 n jiran2
skrg mama byk nye kerja2 di rumah yang perlu diberesin
>peluang untuk mengurus rumahtangga lg byk
>cabaran tak bersosial sgt lah mama nanti
tahun lepas mama telah menghadiri kursus Associate Certified Coach. kursus ini berlangsung sebanyak 2 fasa iaitu 10 hari lamanya. alhamdulillah mama telah laluinya dengan jayanya. sekarang tengah tunggu keputusan untuk penganugerahan itu sahaja. :-) memang banyak cabarannya. jika dulu mama boleh rilek kt ofis tp sekarang masa mama kt ofis di samping mengajar dan masuk kelas, mama juga membuat sesi coaching secara online bersama kaka mala, kaka yana, tan, en azani dan yang paling byk bersama mama ialah kaka saba :-). banyak isu-isu telah berjaya dikupas dan mereka semua sangat membantu mama dalam bidang coaching ini. so thankful ;-)
bermula januari ini mama dijadualkan akan mengadakan in house training bersama staf poli mama untuk kursus 'coaching n mentoring' satu cabaran yang mama akan hadapi tahun ini. mama sangat bersemangat untuk menjayakannya. ;-)
>>>> apa2 pun mama mesti sentiasa bersyukur :-)
Jan 3, 2011
dulu dan sekarang
Labels: family, muhasabah diritahun 2011 ni menanti mama dgn pelbagai cabaran dan peluang...
dulu mama blh bgn lewat sbb anak seorang je >azzahra
skrg mama kena bangun awal sbb anak dah dua > alfatih
> peluang untuk Qiam lebih besar ;-)
dulu mama blk rumah boleh duk santai-santai depan tv tengok drama dengan abah
skrg mama blk rumah kena terus 'terkam' fatih dan lepas tu bergegas siap diri dan masak
>peluang untuk sentiasa aktif pada waktu petang lebih luas ;-)
dulu mama kat pejabat boleh santai-santai borak dengan kawan-kawan bila waktu terluang
skrg MANA ADA MASA REHAT. masa rehat makan, solat dan perah susu untuk alfatih atau gi taska susukan fatih. makan pun selalu tak sempat
> peluang untuk kerja lebih cemerlang + masa kualiti
>cabaran suasana kerja yang SERIUS dan kurang sihat :-(
dulu...skrg...nanti mama sambung kt entry akan datang.ada date dgn abah jap :-)
Jan 2, 2011
^mama pula yang sakit^
Labels: muhasabah diriRead More »»
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-