Aug 16, 2011

sayang mama

. Aug 16, 2011

alhamdulillah muhammad al fatih sudah berusia 1 tahun 2 bulan. dan dia masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya. sejak ramadan ini, mama mula dilanda sindrom M di pejabat. jadual pumping sudah banyak lari. jika dulu pam dua kali sehari. tapi sekarang sekali sahaja dalam sehari pam di pejabat. pernah juga tak pam langsung lantaran kesibukan mama dengan 7 kelas mama ajar semester ni. alhamdulillah stok susu di dalam peti ais banyak lagi dan cukup untuk fatih meneruskan penyusuan. tapi ada satu perkara yang merisaukan mama ialah dua botol mama bekalkan untuk fatih tiap kali tinggalkan dia di taska, kerapkali susu tersebut tidak habis.
mama perasan berat badan fatih pun tidak banyak naik. walaupun fatih nampak kecil, tapi jika di dukung, memang terasa padat sekali badannya. malam-malam memang tak boleh berenggang mama bersama fatih. tidak boleh tinggal main sorang-sorang mesti meraung. pendek kata melekat je fatih dengan mama. bak kata abah, " asyik nak berneneng je ". mama hanya boleh buat kerja rumah bila dia dah tidur. itupun dia tidur lewat. dekat pukul 11 baru nak tidur. kalu mama nak sambung kerja rumah ibaratnya mama tidur pukul 1 pagi lah. akibatnya mama pun turut tidur sekali. kerap juga dia bangun menyusu malam-malam. setiap sejam lebih dia akan bangun. akibatnya berlambak kerja rumah tak selesai. mujur ada abah yang memang rajin dan kakak yang semakin rajin membantu mama buat kerja rumah.

sedihnya, bulan lepas fatih naik bisul di kelopak mata kanannya. pada mulanya kami ingatkan sakit mata biasa saja dan bila ke klinik, doktor bagi tahu ketumbit dan dia bagi ubat kecutkan ketumbit tu. tapi ketumbit itu tetap membesar dan lebih parah lagi bernanah! sehinggalah nanah itu pecah dengan sendirinya di taska masa fatih tidur. ya Allah ngeri mama membayangkannya.

kesian kan fatih. ni gambar fatih masa bisul tu tengah membengkak. memang keadaan ini sangat meruntun hati keibuan mama. masa gambar ni diambil, kami nak gi ronda-ronda naik motor bersama kakak (azzahra) dan ziarah baby baru kak suriyani dan abg khairul.

fatih sekarang masih belum boleh berjalan. tiap kali nak pimpin dia berjalan, dia suka melembikkan kakinya dan duduk. sangat suka merangkak laju-laju ke sana sini. hampir bersih lantai kat rumah di kerjakannya, aduhai fatih.

cikgu kat taska bagi tahu mama, fatih sekarang suka ikut orang azan. tiap kali dengar orang azan kt pusat islam (taska sebelah pusat islam) dia mesti ikut dengan gaya dan bahasa dia sendiri. memang comel. bila main kupiah abah pun selalu azan. comel betul gelagat fatih ni.

>>>raya tahun ni mama rancang nak belikan baju melayu utk fatih. mesti comel anak bujang mama pakai bj melayu. sama warna dengan abah nya.

0 comments: