Aug 16, 2011

permata hati mama

. Aug 16, 2011

azzahra oh azzahra.

semakin membesar semakin banyak perkara yang kamu pelajari.sudah lima tahun usiamu sayang.
- belajar berdikari tiap kali mama out station
- belajar basuh pinggan mangkuk di sinki lepas makan.
- belajar sapu sampah
- belajar kemas baju dan byk lagi yang telah kamu pelajari.
dan mama sangat bangga dengan kamu.  semakin hari semakin sayang mama kepada kamu. kepetahan, kebijaksanaan kamu sangat menghiburkan hati mama walau kadang kala kenakalan kamu sangat menduga kesabaran mama dan abah. terutamanya tatkala mandi pagi sebelum ke sekolah. kamu suka mandi lama-lama sambil menyanyi-nyanyi seolah tiada apa yang hendak dikejarkan pagi-pagi begitu. aduhai anakku.

kata abah, tiap kali mama out station, kamu dan adk sangat baik. tidak buat hal pun. tidak manja-manja dan sangat behave. mama sangat gembira mendengarnya. alangkah bagusnya jika jika mama dapat melihat keadaan itu kan. bila mama ada, kamu dan adik sangat manja kan suka merenggek-rengek dan minta itu dan ini. memang nakal kamu ye :-)

tengok gambar atas ni, sangat bagus anak mama kan. makan suap sendiri. kalau mama ada, mesti ngada-ngada nak mama suapkan kan. gambar ni abah ambil semasa mama out station bulan lepas.
gambar di atas diambil semasa hari ibu. memang kelakar kakak bg kad ucapan selamat hari ibu tapi menggunakan kad selamat hari raya tahun lepas yang tidak habis digunakan.

>>> kelincahan kakak memang sangat-sangat mengingatkan mama pada zaman kanak-kanak mama :-) mana tak tumpah kuah kalu tak ke nasi kan.

1 comments:

vanilla bewak said...

recycle kad raya pn boleh
x mebazir