Nov 9, 2009

kami

. Nov 9, 2009
1 comments

Read More »»

parti mangga muda kt ofis

.
5 comments

assalamualaikum wbt...

setelah sekian lama menyepi...aku kembali!!!

hari ni kak as bw mangga muda n buah kedondong ke ofis..aku apa lg mmg tgh kemaruk makan mangga muda...blk umah buat colek kicap+cili..adohai mmg meriah kt ofis mkan mangga.aku yang mengidam, tp tg besytnya yang lain pun sama2 memeriahkan kenduri mangga+kedondong..sampaikn encik wira pun join sekali.liza, kak as n kak linda jgn ckp ar...mmg meriah..tak taulah mengandung kali ni mmg kemaruk buah mangga. alhamdulillah tak der lah muntah atau mabuk2 cuma cepat penat+mengantuk memanjang....sampaikan rs ingin ambil cuti tanpa gaji je...penat....ngantuk jer...tp kesian lak kt students.

kerja pun byk.final dh dekat. terus tabah :)

esok mama jd panel pembentangan projek final pelajar dka..esok juga mama n abah plan nk gi klinik.semoga semua berjalan lancar.

Read More »»

Jul 20, 2009

hari cuti

. Jul 20, 2009
2 comments

sudah sekian lama mama tak update blog mama. rindu terasa. percutian kami sekeluarga ke sabah baru-baru ini pun mama tak tulis banyak. lantaran kesibukan melayan facebook sebab itu lah mama tidak update blog ni.

hari sabtu yang baru ni kami menghabiskannya di rumah sahaja. masak sarapan, makan tengahari dan makan malam, basih baju dan sekali lagi menemankan ara tgk tv kegemaran dia sampai tak boleh kacau. pening gak kadang-kadang tu tp seronok tgk dia seronok.

hari ahad mama masak sarapan cucur udang. memang sedap cucuk udang adabi. cuma tambah air sahaja. mudah dan cepat. tengah hari tu mama masak ayam goreng kunyit bersama kacang dan lobak sahaja. ara pulak leka melayan nabilah (anak jiran) bermain di bilik dia dan kejap-kejap main kat ruang tamu, main buai dan main basikal.

selepas solat zohor kami bergerak balik ke rumah mother in law (mil) kat air mawang, johol. kali ni kali ikut jalan lain kata hb nak uji jalan mana dekat. sampai Giant tampin kami singgah beli barang dapur sikit. hajat di hati nak singgah di bank islam untuk masukkan duit tapi tak singgah juga. bagusnya kat tampin ni ada mesin deposit cash, kt PD tiada.jika nak masukkan duit kena ambil nombor.

sampai saja rumah mil dah asar. kami solat asar dan mama mula masak untuk makan malam. menu malam itu behoon sup ayam dengan sambal kicap. tapi kali ni mama tak letak sup bunjut. mama letak jintan manis+jintan putih+ketumbar+lada hitam yang telah disangai dan dikisar halus. tak perlu tumis, hanya rebus sahaja sup. sedap juga dan yang paling penting berkhasiat dan tak perlu tumis guna minyak. mil bawa balik nenas dari batu pahat johot. ara tiba-tiba je teringin nak makan nenas dan habis juga dua keping nenas. akibatnya, tiga kali masuk tandas malam tu. sakit perut katanya.

hari isnin tu kami berehat. hb keluar bawa mil, bro in law dan ara gi cari ubat untuk chicken pox. bil kena chicken pox. mama dan fil duk rumah. tengah hari ni mama mesin kelapa, perah santan, masak nasi, masak sup sayur cendawan, masak lemak cili api nenas + ikan masin dan goreng ayam. bila time makan tengah hari ni mama tambah tempoyak. sedap juga. tapi tangan mama yang luka masa potong ayam menjejaskan sedikit sebanyak selera mama.

pukul 6.15 petang kami bertolak balik PD untuk solat maghrib berjemaah di masjid jamek port dickson dan ceramah israk mikraj. nanti mama tulis tentang ceramah yang mama hadiri ye.

mama > cuti je mama busy dengan aktiviti masak memasak...macam mana nak diet ni.huhuhu..

Read More »»

Jul 9, 2009

like mother like daughter

. Jul 9, 2009
0 comments

senyum simpul ara

ara ni kalu bergambar suka betul. sama mcm mama dia kan...hehehe...baguslah kami berdua suka bergambar. abah pulak tak suka bergambar tp suka ambil gambar kami..

Read More »»

ppsmi dimansuh sepenuhnya 2012

.
0 comments

i strongly agree with this new policy. for me the best way to improve English skill is by enhancing the method of teaching English subject and get fully support from students to commit in English class activities effectively.

i got my first 100% marks in English exam when i was in standard 2. i still can remember it. and i always get the best result afterward. this is because i like English subject so much , i support English activities and i love English teachers!

i started doing UPSR exercise book when i was in standard three. the earlier we start, the better we get. i agree with that.

when i was in secondary school, i started to communicate with tourist confidently. that is the way i improve my English skill.

since primary school, i joined story telling, debates, speech, poems reading, short play, choir and many more. i like English activities.

although i like English, but i still like Bahasa Melayu subject most.

i recognize that Allah give me the language intellectual which is one of 8 intellectuals. so thankful with that.

mama> bahasa jiwa bangsa.

Read More »»

ara is recovering from chicken pox

.
0 comments

this pic was captured b4 ara having chicken pox - @ tang dynasti kota kinabalu sabah

today i want to share with all that i feel so happy because cant waiting for tomorrow. i had promised to ara to bring her to KL. this is a reward for her because of her recovery from chicken pox. actually during she had her chicken pox this whole week, i felt so sad looking at her. i cannot afford to catch any daun semambu. my hubby is so busy with his work the whole days.

anyway, i am so proud to have ara because although she is sick, she still smiling, laughing like usual. she always say that " mama, when i recovered lets go KL, JJ, tESCO"

then, i hope tomorrow i can fullfil her wish. may Allah bless us. amin.

mama> fail to plan is plan to fail

Read More »»

rasa hati

.
0 comments

kata orang ikut rasa binasa, ikut hati mati. betul ke?

pada mama, sebenarnya dalam kehidupan ini yang paling penting ialah hati kita. bersesuaian dengan hadis Nabi " dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal darah, jika baik daging itu maka baik lah keseluruhannya, dan daging itu adalah hati "

justeru, dengan hatilah kita dapat mendidik jiwa dan akal kita agar sentiasa berbuat baik dan mencuba yang termampu bagi kita untuk terus survive di muka bumi Allah ini.berapa ramai di kalangan kita yang mempunyai akal yang tinngi yakni kecerdikan sampai phD tetapi masih tidak mampu untuk mengeluarkan sedekah, membantu org susah dan menghormati orang lain? malah terdapat juga golongan yang bijak pandai inilah yang memudaratkan sesebuah masyarakat melalui cara mereka yang seolah-olah mengambil kesempatan di atas kecetekan akal orang lain.

mama juga teringat bait2 lirik nasyid dendangan kumpulan hijaz suatu masa dulu.
"pandangan mata selalu menipu, pandangan mata selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan HATI itu yang HAKIKI...andai hati itu bersih."
persoalannya ialah hanya jika hati itu bersih.

bersama-samalah kita berdoa dan berusaha agar hati kita sentiasa bersih dan benar.
"sesungguhnya sebaik2 kamu ialah yang banyak kebenarannya"- al- hadis

mama> tiada siapa yang tahu apa di dalam hati kita, hanya yang Maha Pencipta hati itu sahaja yang Maha Mengetahui.

Read More »»

Jun 28, 2009

seronok menunggang kuda

. Jun 28, 2009
3 comments


mama bersama 'Zen' ....amboi malu2 lak zen nih bergambar.hehehe...

Read More »»

Jun 18, 2009

^sebagai seorang hamba^

. Jun 18, 2009
4 comments

bila memperkatakan tentang tugas sebagai hamba mama teringat tentang satu perkataan iaitu 'ikhlas'

seringkali kita mengungkapkan kata-kata ikhlas, pentingnya keikhlasan, adakah si anu itu ikhlas, bagaimana nak ikhlaskan diri kita dan sebaginya. tetapi adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan keikhlasan. adakah ikhlas wujud di awal amalan atau hadir di akhir amalan?

mama ada terbaca satu buku berkaitan ikhlas ini. ikhlas ini terbahagi kepada dua:
1) ikhlas kerana kita ingin kan balasan. tapi balasan itu adalah balasan pahala dan syurga Allah swt.
2) ikhlas tanpa inginkan balasan. bila mana kita melakukan sesuatu perkara itu hanya kerana KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH. kita tidak kisah tentang balasan. kita redha dengan apa jua suruhanNya dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan kerana siapalah kita. hanya sebagai HAMBA.

antara kedua-dua ikhlas ini, yang mana pilihan hati? pada mama, mama nak kedua-duanya. mama memang hairan jika ada yang mempertikaikan sesuatu perkara yang dilakukan. ada yang lakukan kerana nak balasan dari manusia, gila glamer, nak menonjol, nak jawatan, nak bayaran dan sebagainya. sebenarnya jika kita fikirkan sedalam-dalamnya sesuatu amalan itu adalah asalnya adalah datang dari Allah. manusia hanya menyampaikannya kepada sesama manusia.

ikhlas semestinya hadir di awal amalan kerana bertepatan dengan sabda Nabi, "sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat"

namun ada juga ikhlas yang hadir di akhir amalan. ikhlas jenis ini selalunya merupakan 'hidayah Allah' kepada mereka yang terlupa menetapkan niat di awal amalan.


jadi, ikhlas sangat penting dan manusia hanya alat untuk kita meningkatkan amalan kerana KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH sudah semestinya sentiasa sukarela dan berlumba-lumba berbuat kebaikan.

mama> terus optimis dan bersangka baik dengan Allah :-)

Read More »»

Jun 17, 2009

~apa yang perlu dibuat~

. Jun 17, 2009
2 comments

apa yang perlu dibuat vs apa yang kita nak buat.

banyak perkara dalam dunia ni yang kita nak buat tapi sebenarnya tidak perlu kita buat.
sabda Rasulullah S.A.W
"sebaik-baik kamu adalah orang yang meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan kamu"

oleh itu mama sentiasa berpesan dengan diri mama supaya tidak sibuk-sibuk sangat dengan hal orang kerana Nabi dah pesan macam tu. banyak kebaikannya jika kita meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan kita. antaranya ialah:
1. elak kejadian add on - tokok tambah (jadi fitnah pulak nanti)
2. elak pra sangka buruk
3. pupuk rasa bertanggungjawab pada hal kita sendiri dan yang bersangkutan dengannya.

ada juga pepatah yang sangat mama gemari iaitu DYP which is Do Your Part.
jika semua orang menjalankan tugas masing2 insyaAllah semua perkara akan berjalan dengan lancar. contohnya dalam sesebuah organisasi, jika seorang pekerja itu buat tugas dengan baik, bos pun mampu memberi arahan dengan baik dan klien pun mampu memberi respon yang membina sudah pastinya sesebuah organisasi itu akan cemerlang.

dalam melaksanakan sesebuah tugas, kita harusnya berfikir dahulu sama ada perkara itu perlu atau tidak. kadangkala kita banyak buat apa yang kita hendak buat. bukan yang perlu kita buat. contohnya jika seorang bos mendapat aduan dari pihak luar tentang pekerjanya, sudah pastinya dia PERLU memdapatkan maklumbalas dari pekerja itu sendiri, bukannya menceritakan hal tersebut kepada orang yang tidak sepatutnya. tidak pastilah apa alasan sekalipun tapi bos itu dianggap tidak profesional jika tidak bijak mengatur permasalahan anak buahnya. perkara ini akan menjejaskan organisasi dan tidak mustahil ada orang luar yang ingin melihat organisasi porak peranda gara-gara sikap bos yang tidak profesional menjalankan tugas. dasar kepercayaan sangat penting.

kita dapat perhatikan sekitar kita, ada aduan berkaitan hal peribadi pun dicampuradukkan dengan kerja. dan ada juga masalah berkaitan kerja dikaitkan dengan peribadi pula. mungkin kita sekadar hendak bercerita, tapi sebenarnya kita TIDAK PERLU BERCERITA terutamanya kepada orang yang langsung tiada kaitan dengan sesuatu masalah itu.

mama > Alhamdulillah sentiasa positif di tempat kerja :-)

Read More »»