May 27, 2009

bersangka baik

. May 27, 2009
0 comments

mama akan sambung lagi persoalan menjaga hati. setiap kali kita membaca buku motivasi dan menghadiri mana-mana ceramah, kita sedar yang betapa pentingnya mempunyai pemikiran yang positif. mama amat bersetuju yang kita perlu berfikiran positif.

antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahawa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.

bersangka baik ini perlu kerana :
- dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
- dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
- elakkan dari permusuhan sesama manusia
- jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
- menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
- semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya

persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?
contoh nya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita, mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita, menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam, selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dam sebagainya.

cara penyelesaiannya: Kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
- Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
- cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
- sentiasa memaafkan orang lain.
- anggap semua orang sayangkan kita.
- anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
- ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
- banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
- cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
- kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
- pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
- ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan!

dan sangka baik yang PALING PENTING ialah sangka baik dengan Allah. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan untuk kita belajar dan terus belajar dan bersykur padaNya.

bersangka baik penting dan sama penting juga berhati-hati kerana tidak semua orang bersangka baik macam kita. maklumlah manusia ni kan macam-macam.

p/s: bersangka baik dan teruskan belajar erti kehidupan sebenar.

Read More »»

hati mesti baik

.
0 comments

hari ni mama muhasabah diri kenapa kita sukar untuk membina hubungan baik dgn manusia lain. pada mama apa yang penting dalam hidup ini adalah HATI mesti baik sesuai dgn Hadith Rasulullah "Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging tersebut, maka baiklah keseluruhannya" itu lah hati...
hati...ada bermacam perasaan
sayang
simpati
empati
terharu
marah
syahdu
dll....

hati... juga ada bermacam perasaan
benci
iri hati
dengki
riak
bangga
dll...

oleh itu...didiklah hati agar kita tidak tergolong dlm golongan org2 yang rugi kerana tidak menjaga hati. semoga Allah menjauhkan hati kita dr semua perasaan negatif yang boleh merosakkan hubungan kita sesama manusia.

p/s: mama bersyukur kerana mama masih mampu menjaga hati ini....walau kadang2 tewas juga.

Read More »»

rumah idaman ku

.
0 comments

pagi td baca blog adik iza. tentang rumah idaman ku..memandangkan mama masih belum membeli rumah sendiri jadi mama boleh lah bercerita tentang rumah idaman mama

1. saiz - sederhana sahaja sebab maklumlah mama ni tak berapa nk rajin menyapu rumah. jika rumah besar tp tak bersih pun tak boleh juga. melainkan abah dapat sediakan maid utk membantu mama buat kerja2 membersihkan rumah. :-)

2. jarak dengan tempat kerja - dekat le sbb insyaAllah mama n abah akan kekal ngajar kat poli so kami akan juga mengekalkan kerja di tempat yang sama. jadi jarak ant rumah dgn tempat kerja mestilah dekat. jika dekat mama boleh blk rumah cepat n masak utk family mcm selalu. (sbb skrg sgt dekat) rumah depan hhp poliPD jer. kos petrol pun jimat.

3. harga rumah - mampu milik dalam di bawah rm200k harapnye.

4. ruang2 dlm rumah - ada ruang tamu, family area utm mama+abah+ara lepak2 tgk movie, dining, dapur yang luas sbb mama suka masak jadi ruang mesti selesa dan nk buat kenduri pun mudah family n kwn n student nk dtg tlg mama masak, bilik tidur 4 (bilik utama, 3 bilik extra) mcam skrg nih.

5. bil. tingkat - mama suka rumah dua tingkat sbb jimat tanah n ruang atas lebih privacy.

6. hiasan dalaman - mama suka yang simple dan konsep modern. warna pun yang ceria2 je.

7. landskap - mama tak pandai bercucuk tanam so mungkin serah kt kawan mama mr andy utk design landskap terbaik utk mama. yg ptg ada kolam ikan, air pancut.hehehe...

8. karpet @ tikar - mama prefer tikar buluh sbb karpet blh menyebabkan habuk berkumpul n kalu tumpah air susah nk bersihkan.

9. kejiranan - mama prefer majoriti org Islam dan dekat dengan surau @ masjid.mudah abah nk solat jemaah n mama blh wt aktiviti bsama komuniti kt sana.

10. jarak dgn rumah mak@mak mertua@saudara mara - mesti dekat , tapi jgn dekat sangat. yang ok dalam sejam dh blh sampai. kita mudah nk berkejar ke sana jika apa2 hal. sbb jika terlalu dekat takut kita terlalu bergantung, jika terlalu jauh takut kita jarang sgt balik pulak. rumah mertua mama sejam je dh sampai. mcm tu br ok.

p/s: hidup ini terlalu singkat, hayati lah makna kehidupan dgn menghargai apa kita ada. mama br dapat sms dr shbt mama, jue : marini telah kembali ke rahmatullah pagi td. al fatihah.

Read More »»

May 20, 2009

after 2 years

. May 20, 2009
0 comments

selepas 2 tahun kami duk di rumah sekarang nih...aku ternampak sesuatu yang kebetulannya muncul masa aku kt dapur.
dia lari lintang pukang bila aku buka lampu dapur malam tadi. terkejut aku + geram rasa macam nk tembak jer.
sebenarnya lately, beginning last week hubby dh bg tau byk kali terserempak dgn benda tu kt dapur dan sekitar ruang tamu. aku geli geleman....ish ish ish. kadang2 ada terfikir macam mana jika dia muncul betul2 depan mata aku..
malam td aku nampak dia dh kelam kabut lari celah kabinet dapur. warna hitam pekat.huhuhu..
pagi ni b4 go to ofis:
mama: abang, mlm td mama terjumpa dgn ***** kat dapur.
abah : emm tak per nanti abang beli perangkap ******
mama: eeee...geli tul..teringat cerita Rotatuli.

alahai....TIKUS... kenapa kau dh mula berani memunculkan diri kt rumah kami?

Read More »»

malam keempat

.
3 comments

at last...mlm td ara tidur di bilik dia mula jam11-7 pagi. bangun pagi selepas abah kejutkan, mandi sendiri, berus gigi sendiri, pakai baju sendiri, sikat rambut sendiri, pakai bedak sendiri..wah dh besar anakku. this 4 jun she gonna be 3 years. well done my dear.akhirnya berjaya juga!
:-)

Read More »»

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

.
0 comments

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

very interesting to be think about!!!

Read More »»

May 19, 2009

malam ketiga

. May 19, 2009
0 comments

malam td merupakan malam ketiga ara tidur di bilik dia. pukul 11 dia tidur. sebelum tidur dia minum susu dan terus tertidur after mama baca n belek2 buku gambar dia.sebelum dia tidur mama dh pesan.
mama : ara nk buang air nanti gi toilet yer.
lampu bilik air dlm bilik dia mama saja biarkan on nanti senang dia nk buang air tgh malam nanti. then mama pun masuk tidur selepas tgk citer intan kt tv2.

pukul 2 pagi... mama terjaga sbb dengar ara jerit nama mama...
ara: mama, bukalah air ni!!!
mama: kejap...(rupanya ara dh meluru masuk bilik kami dgn muka tak puas hati) huhuhu..

aku terus ke bilik dia dan tengok apa yang tidak kena. rupa2 nya dia marah sbb dia bangun buang air kt toilet tp tak dapat buka pili paip sbb ketat sangat. hehehehe...kelakar pulak.

lepas aku bukakan air paip, aku sambung tidur semula tp kali nih aku tidur kat bilik dia. ara pun join tidur sekali. last2 kami berdua tidur sampai pagi kt bilik dia...selamat..... :-)

memang seronok pengalaman membesarkan anak n nk ajar dia berdikari.
semoga malam seterusnya ara terus membesar dgn sihat dan belajar berdikari.

Read More »»

malam kedua

.
0 comments

mlm ni ara tidur kt bilik dia selepas mama bacakan buku cerita kira2 pukul 11pm.

tiba2 pukul 3 pagi dia menyusup masuk ke bilik kami jugak....aku terjaga sbb ms tu hubby kejutkan aku.
abah : "sayang, tgk siapa dtg nih..."(sambil tergelak)
mama : aik....ara rupanya (sedikit terkejut sbb dia berani dtg dalam keadaan gelap tu)

pagi2 morning tu..

mama : abg kenapa mlm td abg gelak ms ara masuk tidur kt bilik kita?
abah: abg nk tergelak sbb terkejut...ingtkan 'toyol" mana td...
mama : ish abg nih..
abah: yelah...gelap2 ada budak kecik menyelinap masuk lak...hehehehe..
mama : kelakar tul ara..

so malam kedua berlalu dgn jayanya walaupun pukul 3-7 dia tidur kt bilik kami. at least more than 1st night...

sambung malam ketiga pulak...

Read More »»

malam pertama

.
0 comments

wah dengar tajuk suspen jer. sebenarnya apa yang ingin diceritakan di sini ialah malam pertama ara tidur di bilik sendiri seorang diri.

mlm pertama...aku dh siapkan bilik tidur utk ara. aku jadikan bilik ketiga sbg bilik tidur dia. aku letakkan katil single dlm tu dan hias sikit2 jer.

malam tu aku biarkan dia tidur dulu kt atas sofa kt luar walaupun dia sedikit pelik sbb tiada toto kt ruang tamu seperti biasa. then, aku angkat dia tidur kt dlm bilik dia kira2 jam 10 mam. tiba2 pukul 12 dia bangun nk buang air. lepas tu dia tidur kt atas sofa sambil ayah dia buat kerja kt ruang tamu.

pk1 hubby angkat dia masuk bilik kami...last2 mlm pertama ara kt bilik dia hanya 2 jam shj. sampai pg dia tidur kt bilik kami juga.
bangun pagi...
mama : "abg kenapa tak tidurkan ara kt bilik dia?"
abah : "ntah...lupa pulak"
mama: "emmm...mlm esk kita tidurkan dia kt sana"

nanti sambung malam kedua pulak...

Read More »»

May 15, 2009

mat rempit dan peragut

. May 15, 2009
1 comments

seluruh negara dikejutkan dengan berita 2 orang wanita mengandung menjadi mangsa peragut yang tidak berperikemanusiaan sehingga mengakibatkan mereka menemui ajal.

aku mula terfikir kenapa hal seperti berlaku sekarang? tidak ada lagikah sifat kemanusiaan dlm diri mereka. terdesak sgtkah mereka hingga terpaksa menggunakan cara yang haram utk dapat duit? entah2 dalam beg duit kedua2 wanita ni ada duit sikit jer. kesian anak kehilangan mak, suami kehilangan isteri....sedih betul :-(

remaja yang merempit nih...
mula2 lepak2 tak tentu hala, then lumba2 motor haram, pastu ada lah mula cuba2 rokok, then lebih teruk lagi dadah...lagi seks bebas, bohsia, bohjan, arak dll...nauzubillah...

bila dh terlibat dengan dadah atau pil khayal manusia mula hilang pertimbangan. aku sangat setuju dgn ungkapan "dadah musuh no1 negara!"

krn dadah dan pil khayal... manusia sanggup dera isteri, ugut mak, pukul ayah, mencuri, lebih teruk lagi membunuh. nauzubillah... byk yang kita dengar ank2 gadis hilang kegadisan mereka dan ada yang sampai mengandung disebabkan dirogol ketika tidak sedarkan diri atau dibawah pengaruh dadah dan pil khayal. pendek kata memang dahsyatlah kesan penyalahgunaan dadah ni.

semua ibu bapa perlu peka dgn apa yang anak2 mereka buat. jgn biar jer mereka merempit tak tentu hala... anak2 gadis perlu lebih diawasi. jgn nanti perut dah bulat br menyesal. nauzubillah. mcm berita hari ini...anak dh bersalin dan sembunyikan mayat bayi bwh katil pun tak sedar. yaAllah minta dijauhkan dari kita dan keturunan kita.

p/s: tiada yang lebih bahagia kehidupan ini melainkan percaya dan patuh pada agama, kita dan seluruh isi keluarga kita dan seluruh umat manusia.

Read More »»