Jan 5, 2011

is getting worst!

. Jan 5, 2011
1 comments

semalam abah ajak mama gi klinik sbb mama punya selsema tak baik-baik. macam mana nak baik. mama tak makan pun ubat yang abah suruh makan. katanya ubat tu tidak menyebabkan mengantuk. tapi mama tak makan juga.

hari ni mama punya suara pun macam susah nak keluar. selsema mama makin teruk. kahak pun banyak. hingus pun keluar juga. aduh tapi mama malas nak makan ubat. boleh gitu?

tadi lepas kelas design dgn hj ghafar, mama gi susukan fatih kat taska. mama tengok fatih pun ada kahak. risau juga mama. jarang mama selesema teruk macam ni. biasa minum air banyak kejap je baik.

ya aLLAH... inilah ujian...mama rasa mama kena juga makan ubat!

Read More »»

Jan 4, 2011

^payah juga tak pernah merasai kegagalan^

. Jan 4, 2011
0 comments

mama sedang cuba membantu seorang klien mama yang sedang menghadapai kegagalan. tapi mama juga ada masalah di sini. kerana mama tidak ada pengalaman gagal dalam akademik. Ya Allah adakah penting untuk kita pernah merasai kegagalan? mama tidak pernah gagal dalam akademik setakat ini alhamdulillah tapi kegagalan yang lain pernah lah seperti percintaan dsb... hehehe :-)

>>> try to 'hadam' masalah klien mama ni. this friday her family gonna see me and get some ideas from me. mama try to get some inspiration regarding this isue :-)

Read More »»

^coach n mentor^

.
0 comments



what is the most effective method? coaching or mentoring?

Read More »»

^dulu dan sekarang^

.
0 comments


dulu mama byk masa gi jejalan ziarah kawan2 n jiran2

skrg mama byk nye kerja2 di rumah yang perlu diberesin

>peluang untuk mengurus rumahtangga lg byk

>cabaran tak bersosial sgt lah mama nanti



tahun lepas mama telah menghadiri kursus Associate Certified Coach. kursus ini berlangsung sebanyak 2 fasa iaitu 10 hari lamanya. alhamdulillah mama telah laluinya dengan jayanya. sekarang tengah tunggu keputusan untuk penganugerahan itu sahaja. :-) memang banyak cabarannya. jika dulu mama boleh rilek kt ofis tp sekarang masa mama kt ofis di samping mengajar dan masuk kelas, mama juga membuat sesi coaching secara online bersama kaka mala, kaka yana, tan, en azani dan yang paling byk bersama mama ialah kaka saba :-). banyak isu-isu telah berjaya dikupas dan mereka semua sangat membantu mama dalam bidang coaching ini. so thankful ;-)



bermula januari ini mama dijadualkan akan mengadakan in house training bersama staf poli mama untuk kursus 'coaching n mentoring' satu cabaran yang mama akan hadapi tahun ini. mama sangat bersemangat untuk menjayakannya. ;-)




>>>> apa2 pun mama mesti sentiasa bersyukur :-)

Read More »»

Jan 3, 2011

dulu dan sekarang

. Jan 3, 2011
0 comments

tahun 2011 ni menanti mama dgn pelbagai cabaran dan peluang...

dulu mama blh bgn lewat sbb anak seorang je >azzahra
skrg mama kena bangun awal sbb anak dah dua > alfatih
> peluang untuk Qiam lebih besar ;-)

dulu mama blk rumah boleh duk santai-santai depan tv tengok drama dengan abah
skrg mama blk rumah kena terus 'terkam' fatih dan lepas tu bergegas siap diri dan masak
>peluang untuk sentiasa aktif pada waktu petang lebih luas ;-)

dulu mama kat pejabat boleh santai-santai borak dengan kawan-kawan bila waktu terluang
skrg MANA ADA MASA REHAT. masa rehat makan, solat dan perah susu untuk alfatih atau gi taska susukan fatih. makan pun selalu tak sempat
> peluang untuk kerja lebih cemerlang + masa kualiti
>cabaran suasana kerja yang SERIUS dan kurang sihat :-(

dulu...skrg...nanti mama sambung kt entry akan datang.ada date dgn abah jap :-)

Read More »»

Jan 2, 2011

^mama pula yang sakit^

. Jan 2, 2011
0 comments


pagi ni mama bgn pagi dgn kepala yang sakit dan selsema. ada 6 kali bersih terus-terusan. ya Allah.sebelum ni abah dan anak-anak selsema. sekarang giliran mama pula. malam tadi al fatih pun tak lena tidur. sama ada dia terkejut sebab mama bersin atau dia saja tak nak tidur. nyaris-nyaris mama mc hari ni. tp memikirkan kelas yang banyak. terpaksa mama gagahkan diri ke pejabat.

sambil berai-air hidung mama buat entry ni.huhuhu...


>>> health is wealth :-) sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil. amin...

Read More »»

Dec 28, 2010

ceramah kamsis jumaat lalu

. Dec 28, 2010
0 comments

assalamualikum

hidup kita perlu sentiasa memberi kerana dgn memberi kita akan menerima dari Allah. percayalah! hidup ini diukur bukan apa yang kita capai tapi apa yang kita bagi manfaat. kita bina hidup dengan apa yang kita dapat tapi kita membina kehidupan dengan apa yang berikan ;-)

khamis malam jumaat yang lalu mama telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar kamsis ppd. mama tida di pusat islam bersama anak-anak pukul 8 malam. fatih dibekalkan dengan susu ibu kerana bimbang fatih lapar semasa mama tengah berceramah. tajuk ceramah mama 'kenapa perlu berjaya'. ceramah selesai jam 930 malam. apa yang mama kongsi di sana ialah:
1) 12 sebab kenapa kita perlu berjaya
2) ATTITUDE (paling penting untuk berjaya)
3) adab-adab dalam menuntut ilmu

>>> menjaga disiplin ialah antara tips yang paling berkesan untuk berjaya!

orang biasa fikir kan ttg org lain
org yang sederhana ialah fikirkan masalah
org yg bijak ialah org yang fikirkan masalah dan bagaimana nak selesaikan sesuatu masalah

kita akan nampak apa yang kita fokus. jika kita tidak fokus, apa yang akan kita nampak?

* jika kita tidak mengikut peraturan yang manusia buat, kita bimbang kita juga tikdak akan ikut peraturan Allah..nauzubillah

nantikan entry seterusnya....

Read More »»

Dec 18, 2010

kenduri kesyukuran di rumah baru en lan

. Dec 18, 2010
0 comments

hari ni mama dan keluarga ke rumah en lan yang baru di springhill. kami gerak dari rumah selepas solat zohor dan elok-elok sampai sana majlis dah nak mula. wah memang cantik rumah en lan. siap renovate lagi bertambah cantik :-) kak dayang dan en lan pun sibuk melayan tetamu. masa ni lah mama mengambil kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. anak-anak masing-masing pun dah besar. fatih dan kakak pun baik je tak buat hal ;-)
balik dari rumah encik lan kami shopping hadiah kahwin untuk majlis esok. esok insya Allah kami akan ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan wahida kawan mama sejak belajar di kuittho(uthm) dan resepsi Anne (su kelab jka sesi jan 2009). Anne kahwin dengan adik wahida. jadi, majlis esok dua dalam satulah. ok mama nak temankan kakak tengok tv. berada di rumah bersama suami dan anak-anak ibarat satu terapi bagi mama :-)

> seronok nye hari cuti kan

Read More »»

Dec 16, 2010

hati ini

. Dec 16, 2010
1 comments

family mama in red


mama bersama alfatih n azzahra @ klia last ry puasa

sesekali hati ini terasa sayu...sesekali hati in terasa haru...sesekali hati ini terasa syahdu...namun :-) byk kali hati ini terasa gembira...byk kali hati ini terasa berbunga-bunga...byk kali hati ini terasa syukur dgn nikmatNya..alhamdulillah :-)


Read More »»

Dec 1, 2010

kemunculan semula!

. Dec 1, 2010
0 comments

bismillahirrahmanirrahim

wah! syukur akhirnya selepas 8 bulan hibernate dr blogging, mama muncul semula. semoga semakin bersemangat untk meneruskan dunia blogging. lebih-lebih lagi dengan tugas mama yang semakin mencabar dan kehadiran sayang mama muhammad al fatih yang dah berumur 6 bulan sekarang :-)

jumpa lagi di entry akan datang

adios

Read More »»