sejak akhir2 ini, ara susah betul nak bangun pagi. sampai abah pun terpaksa spray dia dgn spray iron.tp punya lah susah nk bangun. macam mana nak bangun awal kalu tidur pun lewat. ara susah nk tidur awal malam2. sebelum pukul 11.30 jangan harap dia akan tidur. kadang2 mama yang tertidur dulu baru dia tidur. masa mana dia tidur pun mama tak sedar.
tanya kat kawan2 takde pulak masalah anak mereka nak bangun tidur. lebih2 lg bagi yg ada adik beradik lain. maklumlah ara sorang2 mungkin dia kurang motivasi utk bangun pg. harap2 nya bila dh ada adik nanti dia blh lah bgn awal. tak tau dh nak buat macam mana.
kalu dh bangun pun oklah. nk boleh ke pegi mandi tu punyalah satu hal. time ni lah nk mama gosokkan gigilah, sabun kan lah.bukan nya dia tak pandai buat sendiri. tp bila kita nak cepat tu lah pagi2 dengan nk berkejar ke ofis nk punch kad dia macam2 ragam. dh siap mandi pun nk tunggu pakai baju pun satu hal lain. nk boleh ke naik kereta macam2 dia minta, nak bawa bekal lah, nk minum susu..macam mana mama tak naik angin..huhuhuh...
mama > ingat pesan pengarah - 4s "solat dan sabar sangat-sangat"
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Mar 8, 2010
oh sayangku
Feb 23, 2010
tak pernah berlaku
tak pernah berlaku ara mengamuk seperti malam td.
bermula dgn dia merajuk dgn abah. selepas abah ke surau utk solat maghrib, dia terus terusan menangis sambil berkata "abah nak kawan dgn baby je" di ulang-ulang.
mama perhatikan saja. pastu ara mula mengamuk-ngamuk tak nak mandi. bila mama dh pujuk dia nak mandi itupun sambil menangis dan marah-marah. dalam hati mama hanya Allah saja yang tahu. "apa kena dgn anak aku ni?" dia kata nak mandi dgn mama tapi di bilik air dia. bila mama gi bilik air dia, dia kata nak mandi kt bilik air mama pulak. pening mama. dgn badan mama yang penat ni lagi. tp mama sabar lagi.
dia mula mengamuk sambil sepah-sepahkan cadar dan katil di bilik dia. koyakkan kertas stiker di tilam dia, baling bantal dan bear. mama teruskan mandi di bilik air bilik dia sementara dia sudah berpeluh-peluh sbb mengamuk di atas katil dia. Ya Allah.mama nak kejar waktu maghrib lagi. jadi mama biarkan je dia mengamuk.
lepas mama mandi, mama mandikan dia di bilik air mama sbb itu kehendak dia. dia mandi dalam keadaan marah-marah. lepas solat, mama bc Quran baru ara diam dan berhenti mengamuk. habis je mama ngaji, dia terus merengek-rengek minta air milo. dalam hati mama mungkin dia dh penat mengamuk dan nak tidur. jam baru pukul 8. itu telahan mama saja.
masa mama nak buat air milo, air panas tiada. kena masak air dulu. so mama panaskan air guna mikrowave je nak cepat. tgk milo pulak dh habis. cari punya-punya cari memang dh habis. mama teringat ada milo segera dalam cawan masa ara masuk hospital dulu. mama pun ambil.ara pun ckp."haaaa tu ada tu milo, td mama ckp takde..mama tipu eeeeehhh" amboi...."mama bukan tipu, td memang takde...ni mama br jumpa" sabar je lah.
pastu abah pulak blk lewat. pas isyak tak sampai lg. pk10 lebih br sampai. ara blm tidur. minta mama nyanyikan lagu lah. ngaji lah...aduhai...
pukul 1130 br kami tidur. tp memang gelagat AMUKAN ara malam td sampaikan sepahkan bilik tidur tu tak pernah berlaku...menakutkan!
dugaan ini
Read More »»
susah tak jd ibu mengandung?
this is the first entry after long time ago. a lot of work to be done + malas mood.
minggu lepas masa cuti raya thn br cino mama bw ara jln kt perak. bukan g makan angin tp bw student ke program kem jpp ke kem nur lembah lenggong. punya lah jam jalan 8 jam dari pd br smpai sana.
mama nak citer kt sini balik dr perak selasa malam rabu then rabu morning mama kena buat ujian darah MGTT. untuk cek kandungan gula dalam darah. ujian darah menunjukkan gula tinggi.
pastu hari jumaat mama dapat call dari klinik kena buat BSP (Blood sugar Profile) sebanyak 4 kali hari isnin (semalam). mula ambil darah sebelum sarapan, selepas sarapan, selepas lunch dan selepas dinner. hasilnya selepas lunch tinggi gula. risau juga tp kata nurse itu biasa.
hari ni (selasa) kena ambil darah lagi selepas lunch. hasilnya ok. mama sgt gembira. tp blk dr klinik dapat call esok (rabu) mama kena buat sekali lagi ujian darah sebanyak 4 kali seperti hari isnin. sebelum sarapan, lepas sarapan, lepas lunch dan lepas dinner........ fohhhh letih nye mama!
ini semua sebab ujian hari isnin tu tak berapa reliable. sbb ujian post lunch tu mama makan sepatutnya makan pukul 12 tp mama sibuk sgt pk 1 lebih br makan roti n air milo. jadi ujian gula tinggi.
susah juga jd ibu mengandung ni kan. makan kena jaga, emosi kena jaga, tidur kena jaga. dh cukup jaga pun kalau Allah nak uji Dia akan uji juga kan. ada kawan mama tiap hari kena gi cek klinik sbb darah tinggi. umur br 29 sama dgn mama. huhuhuh...tak boleh predict apa akan jadi pd darah mama lagi...tiap hari kena amik darah...huhuhuh...letih mama ulang alik. tp apa2 pun mama harap baby n mama sihat sampai akhirnya...
Dec 16, 2009
sonok tgk STORM WARRIOR
Read More »»
daging black paper resipi mama
resipi daging black paper mama.
1. seketul daging lembu sebesar telapak tangan (dgg batang pinang lembut sikit) potong nipis2
2. dua sudu besar lada hitam tumbuk kasar
3. bawang besar potong bulat2
4. 4 sudu kicap.
5. myk utk tumis
cara2 - letak hirisan dgg dalam kuali non stik, letak air sikit. dh kering kang letak minyak sikit. pastu letak bawang, letak lada hitam n kicap. kacau2 pastu siap. mudah kan...
kalu nk lagi berkhasiat, tambah sayur2 seperti cili benggala, lobak merah, cili merah, jagung muda, daun bawang atau ikut suka la ye.selera masing2...gambar kt atas tu bukan gambar mama. tp amik kt internet..hehehe....mama nyer gambar dgg black paper tak der gambar. tak sompek..
mama > memang sedang makan dgn nasi pns2...
Read More »»Dec 10, 2009
ayam perap bbq
hari tu mak mertua mama tanya resepi bbq kat mama. masa raya 2 tahun lepas (lama dah) mama ada buat bbq kt rumah mak mertua. kira macam jamuan raya bersama keluarga belah mertua la. kalu kt rumah mama (besut) mama goyang kaki n nganga je.hehehe kat rumah mak metua kena lah jdi chef pulak. maklumlah menantu tunggal (setakat ini la) dan yang sulung pulak tu. apa lagi..tunjuk skill lah..hahahaha...
ini resipi yang selalu mama buat kalu nk perap ayam bakar bbq.
resepi mama utk seekor ayam
- 15 batang serai
- 3 inci halia
- 5 bwg putih
- garam
- gula
- 10 sudu sos tiram
- 5 sudu jintan manis(serbuk)
- 3 sudu rempah kari
- 3 sudu limau nipis (ambil jus)
resepi kwn maya mama
- Seekor ayam yang telah dibersih dan di potong.
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai1 senduk sos tiram
- 2 sudu cili giling
- 2 sudu cuka makan
- 1 inci halia
- 2 sudu serbuk lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
ini resipi yang sarat sikit... tp kalu yg plg simple... serai+bwg pth+halia+garam+gula+sos tiram je.
untuk pencicah
- cili kering+asam jawa+gula+sos tiram+tomato dadu+bawang besar dadu je....
tp kalu nk senang, beli je sos thai Life kt kedai.hehehe...
sebenarnya yang penting rajin..mama kalu bab sediakan ramuan n perap takde masalah. tp kalu time bakar ayam lari jauh2 sbb tak tahan asap..huhuh..
mama > suka sgt tgk org makan apa yg kita masak kan...
Read More »»
dapur mama "cuti"
- tak selera makan
- tak boleh bau kari
- tak lalu makan ayam n dgg
- suka makan tom yam
- suka makan mangga n colek (dgn garam pun layan)
- malas buat keje rumah - masak, sapu, basuh baju, lipat bj dll
- suka tido
- malas gi keje (nk duk tido kt umah je)
- pening kepala dgn karenah ara( lbh2 lagi bila dia bising2 dlm kete)
- tak boleh bau peluh org (lbh2 lagi jika bersesak2)
byk lagi lah.... tido pun selalu tertidur dulu sblm ara tidur. kesian dia tidur sorang2. abah pun selalu blk lewat sbb byk urusan kt luar. tv dh tak layan dh skrg. dpn tv pun blh tido.hohohoh...
kalu bab selera makan, mama teringin sgt mkn masakan terengganu. nasi dagang, pulut lepa (kt sini pgg pulut panggang), satar, laksam.....wah tak sabar nk blk kg minggu depan. kt sini dh tak lalu nk makan...
pernah mak mertua call, masa tu kami on d way keluar makan..dia ckp dgn ara.."ara buat apa?"
ara jawab "nak g makan kt luar" ..mak mertua tanya dgn nada bergurau "mama tak masak k?" ara ckp "dapur mama cuti"
kelakar ara....bila lah agaknya dapur kami akan kembali normal...semalam abah cakap "semester dpn, abang akan masak" wah ini berita gembira ni.....
mama > teringin juga makan makan masakan suami...
Read More »»penuhi jemputan satu kewajipan
be a good friend
kelamarin mama dihubungi oleh kawan baik lama setelah sekian lama kami tidak berhubung antara satu sama lain. apa yang menariknya kami masih dapat merasakan kami tetap kawan baik walau terpisah jauh dek jarak ratusan kilometer. lebih2 lagi apabila kami sama2 bertukar pandangan tentang kehidupan sekarang yang semakin mencabar dan penuh mehnah dan tribulasi.
betullah kata pepatah...carilah kawan seramai mungkin kerana dgn kehadiran kawanlah kehidupan kita lebih berseri
mama > ada ramai kawan dan ada juga yang berpura2 jadi kawan mama..tapi takpe mama tak kisah pun.hehehe...
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK6 years ago
-
-
Nothing Much (36)8 years ago
-
-
-
Why I love working in Emergency Department10 years ago
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)10 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?12 years ago
-
Lama tak update!14 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~15 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201016 years ago
-
Blog Tersadai16 years ago
-
-





