Curi Milo untuk anak
POLIS menahan lelaki yang mencuri Milo di sebuah kedai runcit di Kampung Sireh, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Mencuri Milo untuk keperluan anak di rumah. Begitulah dakwaan seorang kakitangan kerajaan yang ditahan kerana mencuri dua bungkus Milo di sebuah kedai runcit di rumah pangsa Kampung Sireh di sini semalam.
Walaupun merayu-rayu untuk dilepaskan tetapi lelaki yang mendakwa berasal dari Pasir Mas dan bertugas di Kota Darulnaim itu dibelasah oleh orang ramai.
Suspek ditahan pemilik kedai runcit itu selepas perbuatannya disedari oleh pemilik kedai tersebut.
Pemilik kedai runcit terbabit, Abdullah Zakaria, 61, berkata, selepas melihat lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu berada dalam keadaan mencurigakan dia menahan lelaki itu.
“Saya melakukan pemeriksaan di dalam jaket yang dipakainya dan menemui dua bungkus Milo bernilai RM15 yang cuba dibawa keluar,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian meminta bantuan anaknya dan penduduk kampung supaya menahan lelaki terbabit sebelum menghubungi polis.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
p/s : Ya Allah, berikanlah rezeki yang secukupnya untuk kami sekeluarga sehingga kami tidak perlu meminta-minta dan jauh sekali melakukan perkara dosa..amin
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Feb 2, 2009
bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan.lihatlah nasib yang lain.
Feb 1, 2009
faktor transformasi berat badan
hasil dari analisis transformasi berat badan, 10 faktor penyebab telah dikenalpasti :
muhasabah diri...
1. dulu makan selalu tak habis, skrg makanan org pun aku sebat.
2. hobi suka memasak yang memakan diri...sendiri masak, sendiri makan smpai licin!
3. sepanjang kawen, tak pernah aku habis makan dulu b4 hubby, sbb apa tau, sbb aku lah tukang habiskan lauk2 yang terhidang. termasuk la kt umah mak aku (tgrnu) dan kat rumah mertua (tampin) aku mesti jadi org yang last tinggalkan meja makan...sbg jadi majlis perbandaran pd(ces..elaran utk aku)
4. sarapan tak pernah tinggal which is very good...but lunch and dinner pun tak tinggal +supper and +tea time n + minum pagi pun tak tinggal. huhuhuhu...
5. kurang bersenam..eh kurang apa..memang TAK BERSENAM!!!
6. kurang makan makanan bergoreng, tak makan nasi lemak. tak makan roti canai....which is very good.. BUT makan makanan bakar, rebus dan kukus dengan BANYAKNYA!
7. tido dengan CUKUPNYA!!!
8. sangat suka makan buah-buahan dan sayuran which is very good BUT aku makan dengan banyaknya!!!
9. dula rajin gak menari , sekarang asyik ngadap kartun n astro ceria bersama azzahra.
10. kurang makan ayam dan daging, BUT aku kalu lauk sambal ketuk dan ikan goreng pun boleh sampai 3 pinggan!!!
p/s : fuhhhhhh....berasap otak!
transformasi berat badan!!!
fuhh...sejak berat badan naik nih... from 55kg (after deliver azzahra) and now 71.5kg :-(
10 kesan berat badan naik yang aku alami sendiri ialah :
1. banyak baju, seluar dh sendat. so then byk laa ongkos nk kena kuar beli yang baru..huhuhu
2. kasut ada yang dh tak boleh pakai
3. nak bangun dari seat kereta tak smooth...huhuhuh
4. anak suka landing...hahaha
5. jika gi shopin pakaian, mesti kena cari saiz xl atau xxl...dulu saiz m jer tau!
6. cincin bertunang terpaksa dibesarkan saiz.. saiz asal 11..sekarang saiz cincin 14!
7. skirt lama dh tak boleh pakai sbb jd singkat terjongket.. byk bumber.hahaha
8. kain batik dulu luas, tetiba rasa mcm sempit lak.
9. bila naik motor, rasa mcm kecik jer motor tuh.
10. NAMPAK HUBBY MCM KECIK JER..BUKAN SUAMI MAKIN KECIK, TP AKU DH MAKIN BESAR!!!!!
p/s : kena aktif bersenam semula and control makan....
merlin

salam.
last night i watched a movie 'the adventures of merlin'.. the story was very interesting for me. it was all about warrior and the ability if merlin, a servant of a prince(warrior) who had magic power.
there had a warrior tournament between royal warriors. and one of the warrior use black magic to win the event. during the final event, the warrior namely elvent had to fight with athur (the prince) and merlin (the prince servant) used to prove the king and others that elvent used black magic (which is no allowed in the fighting) to kill the prince athur.
over all, the story really interesting..we got lawan2 and magic...mmg best lastly the prince won becoz of merlin's help. merlin also had special talent in magic.
p/s : 1am got slept...zzzz
Jan 28, 2009
dunia dh terbalik???
PETIKAH AKHBAR MALAYSIA KINI
'Jangan layan penjenayah macam hero'
Jan 28, 09 8:23pm
Menteri dalam negeri tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang, lapor Bernama.Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis."Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.Syed Hamid bagaimanapun enggan mengaitkan kenyataannya itu dengan kematian suspek curi kereta A Kugan semasa dalam tahanan di balai polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas."Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," menteri itu dipetik berkata.Beliau menjelaskan, dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga yang disyaki termasuk Kugan.Menteri itu juga meminta orang ramai jangan mempolitikkan siasatan kes kematian Kugan itu kerana ia boleh menyukarkan lagi tugas polis."Mereka hendaklah bercakap mengenai kes itu berdasarkan fakta dan bukannya andaian," katanya.Bedah siasat awal menunjukkan Kugan meninggal dunia akibat paru-paru berair.
Bagaimanapun, bedah siasat kedua dijalankan setelah keluarga Kugan tidak berpuashati dengan punca kematian Kugan itu.Jumaat lepas, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kes kematian Kugan sebagai bunuh.Polis masih menyiasat punca kematian itu dan keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat.Jenazah Kugan disemadikan di Puchong petang tadi.
P/S: DUNIA DH TERBALIK....PENJENAYAH PULAK DIBELA...
Jan 12, 2009
produk boikot
senarai produk yang menyokong yahudi durjana!!!
AOL Time Warner
Apax Partners & Co Ltd
Coca-Cola
Danone
Delta Galil
Disney - tukar kepada anakku dll
Estée Lauder - aku memang tak pakai yg mahal2 mcm nih
IBM
Johnson & Johnson - tukar kepada anakku dll
Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd
L’Oreal - aku guna sendayu tinggi - tempatan you
Marks & Spencer
Nestle - ara pun kena tukar susu...sblm nih minum nespray..huhuhu
News Corporation
Nokia
lukisan (nampak mcm hidup kan)
p/s: walau macam mana indah pun sesebuah lukisan itu, manusia tetap hanya mampu melukis. sesungguhnya Allah SAHAJA yang maha Menciptakan, Menghidupkan dan Mematikan. MasyaAllah!!!
TERUSKAN BOIKOT!!!
di petik dari email seorang kawan ex-smkatj
Boikot Barang dan Produk Amerika dan Israel
Tindakan kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestin telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam.
tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."
Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestina. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain.
Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat. (Untuk Disampaikan kepada seluruh insan yang empunyai hati nurani.)
jihad
salam. jihad sebenar ialah jihad melawan hawa nafsu (kehendak).
sekarang mari bersama jihad menentang israel dengan memboikot barangan israel. saya pun sama kena berjihad.
1) boikot tesco (walaupun susah tapi kena cuba jugak)
2) boikot mcD (walaupun burger and sundae mmg lazat)
3) boikot barangan disney dan johnson&johnson (barangan ara)
boleh rujuk senarai boikot yang telah Persatuan Pengguna Islam (PPI) keluarkan.
p/s : jangan hanya kata "jika setakat boikot, berjaya ke?". lebih baik buat dari tak buat apa2, yang penting usaha, bukan menjatuhkan usaha org lain! ish sampai bila org Islam nk bersatu dlm hal2 mcm2 nih kan....
GAZA TERUS BERGOLAK
ya Allah, selamatkan Palestin dari terus bermandi darah
anak2 terus kehilangan ayah
isteri terus kehilangan suami
ibu terus kehilangan anak lelaki
anak kecil terus menderita
dibunuh sewenang2 nya..
ya Allah..tunjukkan kekuasaanmu ke atas Israel laknat!!!
Read More »»About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK6 years ago
-
-
Nothing Much (36)8 years ago
-
-
-
Why I love working in Emergency Department10 years ago
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)10 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?12 years ago
-
Lama tak update!14 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~15 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201016 years ago
-
Blog Tersadai16 years ago
-
-