Dec 11, 2008

kelebihan kayu sebagai binaan (C 1022)

. Dec 11, 2008
1 comments

Kelebihan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan struktur yang lain:
· Mempunyai ratio kekuatan berbanding berat yang tinggi;
· Mempunyai nilai estetik yang tinggi;
· Mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik;
· Bolek dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi;
· Mudah di ubah bentuk (modify) semasa ditapak binaan;
· Mudah di guna semula;
· Mempunyai insulasi terma dan insulasi bunyi yang baik;
· Mempunyai ketahanan fizikal yang baik apabila menghadapi kejutan (shock) ssecara tiba-tiba (seperti gempa bumi atau kekuatan angin yang tinggi);
· Penyelangaraan yang mudah dan murah;
· Mempunyai harga yang baik apabila menjadi bahan buangan (scrap) ;
· Boleh menghadapi tekanan penggunaan (wear and tear) dengan baik dan mempunyai jangka hayat yang tinggi jika dirawat dengan bahan pengawet tertentu;
· Mempunyai pelbagai jenis kekuatan bergantung kepada jenis kayu, sesuai untuk pelbagai jenis kegunaan;
· Pengeluaran kayu tidak memerlukan pengunaan tenaga (energy) yang tinggi.

Kekurangan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan lain:
· Ketahanan yang lemah terhadap serangan fungi dan serangga (anai-anai);
· Ketahanan yang lemah terhadap api;
· Kemampatan (compression) kayu lemah apabila mengalami tekanan yang bersudut tepat dengan urat kayu

Read More »»

kisah kopi tanpa gula putih

.
0 comments

salam.
tengahari nih sedang saya berbincangdengan kak asmah berkaitan salah seorang pelajar senibina, datang seorang kawan kami dari jpa. promote beberapa barang (kopi segera, showel gel) dll. mula-mula tak berminat, tp lepas baca label keterangan dia, menarik gak.
aku beli satu box kopi pra campuran dengan cekur. yang menarik tentang kopi ni ialah rasanya (kopi + koko) dan ia adalah campuran istimewa dari ekstrak kopi dan serbuk koko bermutu tinggi untuk memberikan anda minuman bertenaga, enak dan lazat. ia diadun bersama dengan ISP atau "isolated Protein soya" iaitu minuman bertenaga untuk ahli-ahli sukan. ia juga diperkayakan dengan ekstrak cekur yang terkenal secara tradisi. TIADA SEBARANG GULA PUTIH digunakan. ia HANYA DIADUN DENGAN PEMANIS HERBA STEVIA dan juga gula tenaga iaitu Dextrose.
dah cuba minum kopi ni dan rasanya not bad dan sedap dan harga sangat berpatutan.

p/s: elaine,thanks for the special price and to kak linda n kak as, keep our secret "minuman bertenaga ahli-ahli sukan" :-)

Read More »»

daging landak

.
1 comments

salam.
bertemu lagi hari ni jumaat saya duti unit exam petang, jadi pagi ni rehat sikit. saya naik ofis jka atas. hari nih kak shila bawa kari DAGING LANDAK! do you ever tasted it? ini merupakan kali pertama seumur hidup saya makan daging landak. bila ditanyakan kak shila tentang harga daging landak ni, terkejut saya. memang mahal. patut lah mahal pun sbb memang susah nak dapat. kena pasang perangkap and ada rezeki masuk jerat adalah landak.
harga daging landak yang suami kak shila (abg lan) beli tu RM150 ringgit dan itu adalah harga untuk setengah ekor which is mean seekor landak tu harga dia RM300!!! mahal tuh...
rasa daging landak memang sedap dan lain dari daging yang lain. terima kasih kepada kak shila kerana bagi peluang tikah makan daging landak nih. :-)

p/s : lambat lagi kot nk beli dgg landak..mahal beb!!!

Read More »»

Dec 9, 2008

perjalanan blk kg raya haji

. Dec 9, 2008
3 comments

salam.
pada hari jumaat yang lalu (6/12/08) kami telah pulang berhari saya di kampung di besut terengganu. kami (saya+suami+anak+adik) bertolak dari port dickson jam9.30 pagi dan singgah makan di pasar teluk kemang. makan nasi ayam yang sedap tu, ni kira promote la.
selepas itu kami meneruskan perjalanan. sampai di senawang kami singgah lagi di giant hypermarket. beli brg2 utk di bw blk besut and hadiah hari lahir aisyah (anak buah saya) yang ke 8. macam biasa anak saya azzahra akan merengenk nak main gelongsor kt situ.
then kira2 jam 12 tghri teruskan perjalanan.

bermula dari bukit putus, kuala pilah, jempol trafik dh banyak. mmg jam. kete pun tak boleh bw laju sgt. dalam keadaan cuaca yang tidak menetu rupanya ramai betul warga kota pulang berhari raya di pantai timur ;-) then kami berhenti solat and makan kt kemaman. mmg jam giler terutama kt dungun n kemaman.

apa yang ditekankan kt sini......kali ni memang mencipta sejarah sebab kami sampai besut pukul 2.30 pagi. bayangkan 17 jam perjalanan.

Read More »»

Dec 5, 2008

HARI SENIBINA 2008

. Dec 5, 2008
0 comments


salam

hari senibina telah dijalankan pada 23 & 24 oktober yang lalu. dalam progrm ini unit senibina ppd telah menjemput pakar ilustrasi iaitu saudara Jomaithir. pada hari pertama khamis itu kami iaitu para pensyarah senibina didedahkan dengan teknik persediaan board presentation, teknik melukis dan mewarna dan sesi berlangsung dengan jayanya di bilik persidangan jab. kej. awam. memang mengkagumkan bakat beliau. byk projek senibina telah berjaya dihasilkan termasuk dalam dan luar negara.

pada hari kedua iaitu hr jumaat, pengisian yang lebih kurang sama diberikan kepada semua pelajar senibina. sesi berlangsung dengan lancar dan menarik minat pelajar terutama teknik melukis perspektif satu dan dua titik dan teknik mewarna.

kesimpulannya, bengkel mcam ni perlu diadakan lagi pada masa akan datang dengan lebih mengfokuskan kepada skill melukis dan mewarna pelajar sama ada menggunakan color pencil, water color atau marker pen. dan bengkel perlu dipanjangkan kepada paling kurang 2 hari utk kesan yang optima terutamanyautk pelajar yang betul2 berminaT utk menajamkan skill masing2.

p/s : sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh en joe...well done dr kami n thank.. :-)

Read More »»

Dec 3, 2008

SIKAP SEORANG PEKERJA

. Dec 3, 2008
0 comments


salam.

apa pandangan kalian berkaitan seorang pekerja? mestilah bila ada pekerja mestilah ada majikan kan. so setipa pekerja sama ada sektor swasta atau kerajaan sudah mestinya patut dan taat pada majikan. patuh dalam erti kata yang sebenar ialah mengamalkan sifat ASERTIF dalam kerja yang dilakukan.

apa itu asertif?

mungkin ini adalah perkataan baru bagi kita..kita sudah biasa dengan perkataan pasif dan agresif kan. pasif ialah sifat seorang pekerja yang tidak pernah atau takut memberikan maklum balas setiap kali tugasan diberikan oleh majikan mereka. golongan macam ni bahaya utk setiap organisasi kerana akan berlaku "makan dalam" atau memendam rasa...

hal ini berbeza pula dengan agresif... yang mana agresif seorang pekerja ialah ciri-ciri pekerja yang "asyik komplen.....elak kerja...tak puas hati...dsb"

ASERTIF ialah jalan penyelesaian bg kedua-dua ciri yang disebutkan di atas di mana pekerja yang asertif ialah melakukan seseuatu kerja berdasarkan keupayaan diri dengan bersungguh2 dan sentiasa positif dalam menerima tugasan yang diberikan oleh majikan. jika beliau mampu, beliau akan laksanakannya dan jika tidak mampu beliau akan berbicang dengan majikan hal sebenarnya...tanpa perlu MEMENDAM RASA atau pun KOMPLEN memanjang...

so bersama jd pekerja yang asertif yer.. :-)

Read More »»

CERAMAH "TIPS 4 FINAL"

.
0 comments


salam.

pada 22/11/08 yang lalu saya telah menyampaikan ceramah "tips for final" utk semua pelajar semi satu jabtan kejuruteraan awam. antara pengisian dalam ceramah ialah:

1. kenapa peperiksaan itu perlu?

2. tips menghadapi peperiksaan akhir

3. apa yang perlu dilakukan selepas peperiksaan

4.teknik mengingat (teknik belajar)

5. apa yang tidak boleh dilakukan menjelang peperiksaan

6. makanan kesihatan utk otak

7.teknik menangani stress di dlm dewan peperiksaan :-)


alhamdulillah hasil dari borang soal selidik yang telah diedarkan kepada para peserta, didapti mereka berpuas hati dengan ceramah yang telah disampaikn. cadangan mereka ialah mengadakan lebih byk prog2 motivasi terutama di awal, ptghn dan akhr semester..


p/s skrg stdt poli pd tgh berjuang dalam final exam.. semoga apa yang telah dipelajari dalam ceramah saya dapat membantu mereka.amin... semoga Allah bg hidayah dan mudahkan segala urusan..:-) insyaAllah

Read More »»

Dec 1, 2008

CERAMAH "KENAPA MESTI BERJAYA"

. Dec 1, 2008
0 comments


salam

pada 3/11 yang lalu saya telah dijemput oleh jawatankuasa disiplin kamsis (kampus siswa) untuk menyampaikan ceramah berkaitan disiplin kepada semua pelajar semester satu bertempat di pusat islam polipd. setelah difikirkan dan hasil perbincangan dengan ajk program saya telah memilih tajuk "kenapa mesti berjaya" untuk ceramah kali ini.

sepanjang sesi ceramah berlangsung bermula 9 hga 11 malam ini pelbagai perkara telah dikupa antaranya ialah :
1. kenapa perlu berjaya dalam hidup
2. adab-aDab menuntut ilmu dalam Islam
2. formula s.m.a.r.t s.t.u.d.e.n.t
3. formula a.t.t.i.t.u.d.e

dalam ceramah ini saya telah berjaya tunjukkan kepada pelajar sem satu betapa pentingnya untuk ita menjadi seorang yang berjaya sama ada dalam akademik mahupun dalam kehidupan. kupasan ialah berkaitan cita-cita dan kepuasan diri demi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

terdapat juga perkara berkaitan disiplin dibincangkan kalu ini seperti peri pentingnya menghormati peraturan tempt belajar sebagai salah satu adab yang penting dalam menuntut ilmu... semoga Allah bagi hidayah kepada kita semua dalam mentaati peraturan manusia dan yang penting peraturan Allah s.w.t...demi kejayaan di dunia dan akhirat.alhamdulillah sesi ceramah berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

"hidup biar berjasa"
p/s : ada pelajar sem 5 yang bg tau..sepanjang kehidupan sebagai pelajar, inilah kali pertama dia mendengar ceramah yang begitu ceria dan bermakna dan lain dari yang lain... emm syukur :-)alhamdulillah..

Read More »»

CERAMAH "SEMINAR PECUTAN TERAKHIR"

.
0 comments



salam
pada 8/oktober yang lalu, aku telah berpeluang menyampaikan sebuah ceramah kepada pelajar kelas PRS (pembimbing rakan siswa) poli pd nih. seminar nih berlangsung pada hari raya ke 8 ialut pada hari sabtu. kira ceramah nih sempena jamuan hari raya pbkj (penyelaras bimbingan kaunseling jabatan) bersama prs dan pelajar yang ambil koko kaunseling. ceramah nih bermula pada jam 9 pagi hinggalah pukul 12.30 tengahri.


Berikut adalah tajuk ceramah yang aku sampaikan :
9-10am - tips menghadapi peperiksaan
10.15-11.15 - tips menghadiri peperiksaan final
11.30-12.30 - tips menjawab soalan peperiksaan

alhamdulillah sesi ceramah berjalan dengan lancar. ucapan terima kasih kepada pbkj yang hadir dan sdri farah (prs yang menjemput saya sebagai penceramah). semoga apa yang telah disampaikan membantu pelajar lebih yakin dan cemerlang utk exam nanti :-)

p/s : ada pbkj yang bagi saya 5 bintang utk ceramah ini...alhamdulillah

Read More »»

CERAMAH "BUDAYA KERJA CEMELANG - FAMA RENGIT"

.
0 comments


salam.
pada 29/11/08 yang lalu iaitu hari sabtu aku telah dijemput oleh urusetia fama rengit untuk menyampaikan sebuah ceramah bertajuk " budaya kerja cemerlang".. ceramah tuh asalnya patut bermula jam 2.30 petang tap terpaksa dilewatkan pada 3 ptg sebb ramai peserta br sampi dr johor..after diorang check in br ceramah dpt dijalankan...



aku mulakan sesi petang itu dengan aktiviti team building.. peserta yang terdiri dari pekerja fama rengit seramai 32 orang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan beberapa aktiviti telah dijalankan... alhamdulillah hasil feedback dar mereka, aktiviti yang dijalankan beri byk input pada mereka... kumpulan yang menang dlm aktivti itu ialah kumpulan puan faridah..tahniah diucapkan... ada yang tak sangka ceramah motivasi jd seceria itu...hehehe...mmg itu strategi aku dlm bg pengisian... problem basd learning.. i think that way can give more effect toword their motivation.



then, pukul 3.45 baru aku mulakan dengan ceramah motivasi. ada tayangan slide power point dan beberapa video berkaitan kerja dan alam kanak2. sepanjang sesi ceramah tersebut semua bg kerjasama terutama bila diminta menulis matlamat hidup masing2, betapa pentingnya setkan aim dlm hidup dan apabila diterangkan tentang hakikat kehidupan ini hanya sementara dan hakikat kematian, ramai yang teresak-esak terutama kaum ibu dan isteri..kata saya " nk tau nilai pengorbann, lihatlah isteri..nk tau nilai kasih sayang, lihatlah seorg ibu". lebih2 lagi bila diceritakan berkaitan pengalaman hidup masing2.satu perkongsian rasa ttg kehidupan dunia..
ada di kalangan mereka yang baru bekerja sebab kematian suami, aada pengurus, ada bhgn kewangan,ada yang kerja sebagai tukang cuci dsb. ada juga pasangan suami isteri dalam ceramah ini.

dalam ceramah ini, para peserta didedahkan tentang "ciri-ciri pekerja cemerlang, bagaimana membentuk organisasi cemerlang dan hala tuju pekerja dan organisasi"

ceramah berakir pada pukul 5.30 ptg dengan kesimpulan dan refleksi. seronok jumpa team fama rengit nih. saya doakan semoga berjaya di masa depan. insyaAllah...

"hidup biar berjasa"
p/s: paling lawak bila isi borang biodata penceramah, urusetia tengok tarikh lahir saya.. 810220..." eh muda lagi rupanya..."

Read More »»