hari ni 20 februari 2012 adalah ulangtahun kelahiran mama yang ke 31. dan semasa entry ini ditulis mama baru sahaja balik dari lunch date dgn abah di secret recipe.
on the way back, abah tanya. apa azam awak sempena birthday ni?
mama tanpa teragak-agak menjawab " untuk lebih berjaya" sesuai dgn doa2 seharian kita tiap kali lepas solat. kurniakanlah kebaikan/kejayaan di dunia dan akhirat ;-)
amin.
>>>januari - februari 2012 : keputusan pac ptd (berjaya), keputusan kenaikan pangkat (berjaya), urusan pembelian rumah di bandar spring hill (berjaya), join consultant cac sbg penceramah dan master trainer (berjaya). alhamdulillah permulaan 2012 yang baik. semoga Allah izinkan untuk mama semakin berjaya :-)
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Feb 19, 2012
hari ni birthday mama yang ke 31
Labels: refleksi diripersiapan menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga kecil kami
masa anak pertama: Nur fatimah azzahra binti Noorhafiz (umur sekarang 6 tahun)
mama mula beli barang untuk persediaan menyambut kelahirannya seawal usia kandungan 6 bulan. boleh dikatakan persediaan amat sederhana. lebih-lebih lagi masa tu mama baru mula kerja. jadi duit pun tak berapa nak ada. setiap bulan ambil duit simpanan rm100 untuk membeli barang bayi. beli sedikit demi sedikit mana yang penting je. antara yang masih diingat ialah kain lampin, baju bayi jenama fiffy warna biru,sarung tangan dan kaki fiffy, selimut, botol susu, berus botol susu, tisu lembab, tuala jenama fiffy, beg anakku, baju anakku, changing mat, bantal dll. set tilam kekabu di taja oleh ibu dan kain bedung warna biru kartun dan putih ditaja oleh mak mertua. tempat duduk bayi dalam kereta dibeli apabila sudah dapat gaji sebab gaji tunggakan mama dapat semasa dalam pantang. jadi, masa dalam pantang tu banyak jugalah barang bayi yang dibeli termasuk jugalah buaian dan lain-lain.
masa anak kedua : muhammad al fatih (umur sekarang 1 tahun 8 bulan)
memandangkan jarak kelahiran kedua ini 4 tahun dan rasa keterujaan untuk membuat persediaan lebih meriah. lebih-lebih lagi ekonomi mama sudah stabil. banyak betul barang bayi yang dibeli seolah-olah nak sambut anak sulung pulak. bila dapat tahu bayi yang bakal lahir ialah lelaki, banyaklah baju baru dibeli sebab baju yang lama tidak sesuai lagi.memang banyak lah pakaian bayi yang dibeli. bila dihitung keseluruhannya pakaian bayi baru dengan yang lama ialah hampir 30 pasang. yang mama baru beli ialah dalam 10 pasang. disamping baju, mama juga mula shopping online. barut,bedung dan baju bayi mama shopping online. bengkung bersalin pun beli online.memang banyak jugalah habis untuk kelahiran kedua.
masa anak ketiga : jantina belum diketahui (umur sekarang 7 bulan di dalam perut mama)
genap setahun umur al fatih mama mengandung lagi. cepat pula kali ni. bagus juga sebab mama memang suka anak ramai. sabtu lepas kami sekeluarga ke jaya jusco. membeli barang-barang bayi. mama sudah rancang untuk beli yang penting je kali ni. sebab barang-barang bayi semasa kelahiran al fatih dulu masih elok lagi. cuma tambah sepasang baju (untuk sambut bayi dalam bilik bersalin), sepasang sarung kaki dan sarung tangan, dua helai tuala, selimut. semua ni untuk persediaan semasa di hospital sahaja. mama juga beli 2 helai kain bedung (di taska nanti memang sangat berguna bedung untuk kegunaan setiap hari sebab bayi dalam bilik penyaman udara 8pg-5ptg). persediaan menyusu pula mama hanya perlu beli ice pack dan storage ebm. dua benda ni belum beli. takpe beli lewat sikit sebab nak guna bila dah kerja nanti selepas cuti 3 bulan.
setakat ini, bajet untuk menyambut kelahiran bayi ketiga ini sangat sedikit :
tisu lembab pureen -4.40
set mandian dll baby johnson - 8.90
sarung kaki dan tangan anakku - 6.90
seluar pureen- rm8.41
tuala - 10.90
baju pureen - 9.26
selimut bebe - 24.90
pet pet disposable diaper NB 56 - 29.90
minyak yuyi- 5.20
minyak bayi - 3.50
kain bedung 2 helai - 9.00
Jumlah = rm120.60
bajet ni besar kemungkinan akan bertambah lagi :-) itu belum persediaan untuk mama semasa dalam pantang nanti. insyaAllah minggu ni akan scan baby. semoga selamat semua ;-)
>>>makin besar keluarga makin bermakna kehidupan ini dan makin bertambah tanggungjawab menjaga dan mendidik amanak Allah ini :-)
Feb 15, 2012
tahniah!anda dinaikkan pangkat.
Labels: kerjayaKEPUTUSAN PEMANGKUAN PPPT GRED DH44
Makluman : Berikut adalah keputusan pemangkuan PPPT GRED DH44 .
Status Keputusan : TAHNIAH.. ANDA BERJAYA
Nama Staf : NUR ATIKAH BINTI SEMAN
No. KP : *************
Jawatan Baharu : PENSYARAH, PPPT DH44
Gred Memangku : DH44
Penempatan Baharu : POLITEKNIK PORT DICKSON
Tarikh Kuatkuasa Memangku : 26hb Januari 2012
Lapor Diri : Anda dikehendaki melapor diri di penempatan baharu pada tarikh 16hb Februari 2012. Surat penyiaran pemangkuan akan dikirim dalam masa terdekat.
Status Lapor Diri : Belum Lapor Diri
>>> mama tersenyum syukur :-) alhamdulillah. terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah, suami, keluarga, tn haji kharir, hj asri, Encik Hassan, Hajah Zaleha, kak ani, kak nik, kak asiah, kak daz, kak jijah, kak ziela, kak liza, en shahrul, en reduan, kak yati, kak ayu, kak yusra, kak diha, fakhriah, kak ina.kak huda, semua pensyarah senibina, pensyarah awam, penasihat2 jpp, rakan2 coaches politeknik, rakan2 abim, pkpim, ex uthm, guru2 srtm, smkatj, uthm/kuittho/ittho, byk nya nama2 yang mama perlu berterima kasih di sini. tanpa anda semua. kejayaan ini tidak bermakna :-)
--------------------------------------------------------------------------------
About Me
Followers
My Blog List
-
-
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK5 years ago
-
-
Nothing Much (36)6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?10 years ago
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-