PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku". (lucu juga petua ni)
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam
lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. ia juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian
Labels
- event management (3)
- family (15)
- kepimpinan (4)
- kerjaya (3)
- memori (1)
- muhasabah diri (22)
- refleksi diri (2)
- rumah baru (2)
- rumahtangga (1)
- senibina (1)
- Teratak Cinta (1)
Dec 27, 2011
buat semua isteri
Labels: rumahtanggawassini
Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina
"Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya, tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya, kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah membelenggu hidupnya.Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam. "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca terhempas ke batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia perlahan-lahan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu ke mana lagi nak pergi. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan> istiqomah...
sama-samalah kita memperelokkan ibadah..
insyaAllah
indahnya hidup ini
suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka
yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal
diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan
untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini
ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami
dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli
keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan
guru sahaja.
Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan
tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal)kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana
pula dengantuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang
memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan
keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.
Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah
di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai
bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan
tidak tahu hukumhalal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar
tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang
bermaksud:
"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu,kerana
sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu;
barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan
tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada
Allah dan Rasul-Nya."
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan
ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah
keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan
solehah.Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini
bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah
bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa
yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli
keluarganya."
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami
kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak
isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf.
Tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan
dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.Contohnya, mempelajari sifat
yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai
rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah
menerusi firmannya bermaksud:
"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan
isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan
menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika
disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan
mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum
agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan
ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas
dan berwuduk serta masalah haid,nifas dan wiladah. Juga mengenai
cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk
dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang
dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat
riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga
bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan
terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-
rakan, jiran tetangga serta masyarakat.
Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan
santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak
semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa
yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang
kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika
tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka
lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur
perangainya.
Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika
berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya.Memuliakan keluarga suami
lebih daripada yang lain.Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika
ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran
tetangganya.Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan
keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.
Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala
ujian dan perintah-perintah Allah swt.Ajarkannya batas-batas aurat
dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal
ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan,
dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya
isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang
patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun
senang. Dia akan menjadi insane yang sentiasa menjadi pendorong
serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa
mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam
menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak
mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha
mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli
keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka
(ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada
mereka."
6 oktober 2005
coretan ini adalah emel aku kepada group smkatj semasa ramadan tahun 2005. tanpa editting :-)
rindu seorang anak buat ayah
ayah...aku sgt rindu pdmu.. dulu tiap kali pas sahur ayah akan g surau...ayah lah jg yg kejutkan aku bgn sahur utk tlg mak aku msk..ayah aku suker mkn aku msk..lps subuh ayah akan temankan aku bc quran n tegur aku jika ada salah...ayah...aku amat merinduimu..ayah aku seorg yg ramah..selalu pujuk aku..selalu memahami aku..selalu jg aku..selalu amik berat ttg aku...selalu bg pandangan yg positif ttg aku..suka ketawa...selalu senyum...suker tlg org..suka org urut dier..ayah..aku teramat rindu pdmu....Read More »»
About Me
Followers
My Blog List
-
-
-
Why did I become a Muslim? | Daud Kim5 years ago
-
Trip Percuma Shaklee 2018: Day 1 - Barcelona6 years ago
-
Lama tak pergi bercuti6 years ago
-
-
-
-
GREEN BUILDING (BANGUNAN HIJAU)8 years ago
-
-
Lama tak update!12 years ago
-
-
WeLCoMe 2011~~13 years ago
-
PENDAFTARAN PELAJAR PPD SESI JUN 201014 years ago
-
Blog Tersadai14 years ago
-
-